Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya meny...
Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.
Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Cemburu Tak Bertempat
Seperkara yang membuatkan kaum perempuan cukup lemas dan makan hati ialah apabila lelaki yang dikasihi bersikap cemburu tak bertempat. Sikap cemburu yang melampau tanpa usul periksa ini menyebabkan pasangan terasa dikongkong. Memang perasaan cemburu sudah menjadi asam garam perhubungan, namun cemburu yang melampau akan melahirkan perasaan tidak puas hati terutama di kalangan perempuan yang tegas. Maka terjadilah perang dingin yang tidak sepatutnya.
Boleh dikatakan lelaki yang berperasaan cemburu tak bertempat ini tidak begitu yakin dengan keikhlasan hubungan ataupun kurang berkeyakinan sehingga terlalu dihantui rasa tercabar apabila ada lelaki lain yang rapat dengan kekasihnya. Tetapi awas, lelaki jenis ini lebih cenderung untuk ditinggalkan kekasih yang tidak tahan dengan sikapnya.
NiKmaTIlaH keHIduPAn InI DeNgaN peNuH KeSYuKUraN..
yahoo id : hana_5162
email : siput_sedut11@hotmail.com
mungkinkah esok ada mentari..apakah secerah hari ini...harap begitulah..dan moga mudahlah perjalanan hidupku..