Lewat subuh tadi saya memerima sms dan panggilan
dari seorang sahabat saya. Beliau menceritakan masalah kepincangan rumahtangga beliau. Sahabat saya ni mempunyai seorang isteri yang cantik lagi bergaya
dan bertugas sebagai setiausaha.Perkahwinan mereka adalah dasar suka sama suka. Beliau juga mempunyai 2 orang cahayamata.
Masalah yang beliau hadapi ialah karenah isteri beliau yang suka kelaur dengan rakan-rakan chatting beliau(terkadang hingga lewat malam) tanpa mempedulikan status b...
Lewat subuh tadi saya memerima sms dan panggilan
dari seorang sahabat saya. Beliau menceritakan masalah kepincangan rumahtangga beliau. Sahabat saya ni mempunyai seorang isteri yang cantik lagi bergaya
dan bertugas sebagai setiausaha.Perkahwinan mereka adalah dasar suka sama suka. Beliau juga mempunyai 2 orang cahayamata.
Masalah yang beliau hadapi ialah karenah isteri beliau yang suka kelaur dengan rakan-rakan chatting beliau(terkadang hingga lewat malam) tanpa mempedulikan status beliau sebagai seorang isteri dan ibu.
Katanya lagi beliau akan menghantar anak-anak beliau
ke kg di awal minggu untuk tujuan persekolahan(anak-anak beliau bersekolah di kg nenek/datuk) dan mengambilnya semula pada hujung minggu.
Keluarga kedua-dua pihak telah tahu akan situasi rumahtangga sahabat saya ini. Malah mertua sahabat saya ini mencadangkan agar berkahwin lagi, tetapi sahabat saya kata dia masih sayangkan isterinya dan selagi beliau masih sayangkan isteri beliau selagi itulah beliau kan bertahan...
Apa yang mampu saya lakukan ialah memberinya semangat dan mendoakan agar beliau tabah menghadapi ujian yang maha berat ini,selain mengesyorkan beliau berjumpa kaunselor rumahtangga.
Pun begitu, saya rasa rakan komuniti di sini dapat memberikan pandangan/pendapat yang lebih baik daripada saya,supaya beliau lebih berkeyakinan untuk menghadapi seterusnya menangani pergolakkan/kepincangan rumahtangga beliau.
Sekian
wasallam
Walau berabad dipersoalkan, tak akan goyang kebenaran
Oklah Dinda...Kanda pun dah nak beransur juga... Dinda jangan lupa temujanji kita ye...
I'll be the sunshine in your life....always.........