Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya nabi s.a.w bersabda:
Jagalah diri kamu dari sifat dengki kerana sifat dengki itu akan memakan amalan kebaikan sebagaimana api memakan kayu yang kering.
(Hadis riwayat Abu Daud).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Haram berhasad dengki iaitu mengharapkan supaya nikmat hilang dari seseorang sama ada nikmat tersebut adalah nikmat agama ataupun nikmat dunia.
2- Hasa...

2- Hasad dengki adalah sifat yang tercela dan dapat mencetuskan perasaan benci dan dendam di dalam hati malah Nabi s.a.w melarang kita dari bersifat dengan sifat ini.
3- Hasad dengki akan menghapuskan semua amalan kebaikan yang dilakukan oleh orang yang berhasad dengki sebagaimana api memakan kayu api yang kering.
'the truth is out there'
sepatutnya kita harus bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang... agar dia tidak hilang tanpa disedari...
"Ikhlas sesaat saja, merupakan keselamatan sepanjang masa. Tiadalah hamba itu merendahkan diri, sebelum ia mengenal dirinya sendiri"