ASSALAMUALAIKUM :) BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Barang keperluan masuk rumah baru / sewa
Memandangkan aku akan berpindah ke rumah sendiri (rumah sewa je) kat ipoh dan hidup berdikari bersama suami tercinta (sekarang dok ngan mak abah) jadi aku nak buat check list untuk diri sendiri laaaa , barang apa yang nak dibeli dan dibawa masuk nanti .

Rumah sewa tu sebenarnya suami aku dah duduk sejak tahun lepas lagi dengan kawan dia . Aku duduk dengan family aku , sebab masa tu aku kerja lagi kat Parit Buntar . Sebenarnya aku dah nak resign dah lepas kahwin hari tu , tup2 dapat tahu pregnant (bunting pelamin) terus rasa sayang nak berhenti kerja . Risau nanti orang dah tak nak amek aku kerja sebab mengandung , takan sembilan bulan nak dok umah ja kan , baik aku cari duit untuk beli barang baby + barang rumah nanti .

RUANG TAMU
1. Tikar : PENDING , yang ni tunggu suami ukur keluasan rumah tu dulu baru boleh beli . Kang terbeli banyak takut membazir pulak kan .
2. Carpet : DONE , sekarang dah ada selai kat rumah . Saiz besar , boleh la buat lending-lending depan ruang tamu tu .
3. Langsir : PENDING
4. Bidai : PENDING
5. Rak Kasut : PENDING
6. Televisyen : DONE , tv ambil kat rumah mak je . Tv kecil yang biasa tu je , asalkan ada hiburan sikit .
7. Antena : PENDING
8. Rak Televisyen : PENDING
9. Astro : PENDING , tak tahu lagi macam mana . Kena bincang dengan suami dulu .
10. Alas Kaki : PENDING
11. Meja Kopi : PENDING
12. Bunga Hiasan : PENDING
13. Gambar Kahwin (Frame) : DONE ,Dah ada satu kat rumah mak mertua , lagipun boleh print sendiri . Frame dah ada . Jimat .
14. Frame Allah / Muhammad @ Ayat Al-Quran : PENDING
15. Bangku / Kerusi Comel : PENDING
16. Sofa : PENDING
17. Kipas : TAK PERLU , Kat ruang tamu dah memang ada kipas siling , rasanya tak perlu kot . Kecuali kalau panas je , mungkin diperlukan .
18. Cermin Besar : PENDING (cermin hiasan)
19. Jam Dinding : DONE


MASTER BEDROOM
1. Katil : PENDING 2. Tilam : PENDING 3. Bantal : DONE , bawa dari rumah mak je . 4. Almari Pakaian : PENDING 5. Meja Solek : PENDING 6. Rak / Laci : PENDING 7. Penyangkut Tudung : PENDING 8. Penyangkut Baju : DONE , sekarang mungkin dah ada sebab suami dah duduk kat rumah tu kan . 9. Penyidai Sejadah & Telekung : PENDING 10. Cadar / Sarung Bantal : PENDING 11. Comforter : PENDING 12. Kipas : DONE , memandangkan bilik tak disediakan kipas angin . Jadi aku dah beli kipas berdiri yang tinggi tu untuk letak dalam bilik  nanti . 13. Jam Dinding : PENDING , untuk bilik tak beli lagi . Just beli untuk ruang tamu & dapur je dulu . 14. Bakul Sampah : DONE , tapi beli satu je .
15. Seterika : DONE , iron ambil yang dapat cabutan bertuan masa Annual Dinner tahun 2016 hari tu .
16. Iron Board : PENDING
17. Toto : DONE , yang ni aku beli kat Nilai .
DAPUR 1. Dapur Gas : DONE , dapat hadiah kahwin . Kawan mak bagi . 2. Tong Gas : DONE , yang ni suami bawa dari rumah mak dia nanti yang kosong . 3. Peti Sejuk : PENDING , ni tunggu lepas aku dah berhenti kerja baru fikir . 4. Set Pinggan Mangkuk : DONE , dapat hadiah kahwin . Set pinggan mangkuk la yang paling banyak orang bagi , aku bawak yang perlu ja dulu . Kalau nak bawak semua jenuh jugak la kan , lagipun aku ada beli set pinggan mangkuk plastik . 5. Set Cawan Gelas Jug : DONE , dapat hadiah kahwin . Mak sedara aku bagi , cantik sangat . 6. Set Pisau + Tempat Pemotong : DONE , yang ni aku beli sebelum kahwin lagi kat Langkawi . 7. Set Kuali : DONE  8. Set Periuk Belanga : DONE , yang ni mak aku belanja . Dia beli yang tiga beradik tu . Colour merah , cantik . 9. Periuk Nasi : DONE , dapat hadiah kahwin 2 buah . Sekarang satu dah ada kat rumah sewa , suami aku guna .  10. Water Heater : DONE , 1 dapat hadiah kahwin tapi yang jenis ada 2fungsi (air panas + air sejuk) adik + mak bagi hadiah . 1 lagi jenis cerek elektrik tu , yang ni aku beli kat Mydin . 11. Set Balang Kecil & Besar : PENDING , ada beli satu je untuk gula .
12. Tupperware : PENDING
13. Set Pencuci Pinggan Mangkuk : DONE , span cuci pinggan + berus bontot kuali + berus singki . 
14. Microwave : PENDING
15. Blender : DONE , dapat hadiah kahwin . Abah + adik bagi hadiah .
16. Lesung Batu : PENDING
17. Set Sudip + Peralatan Masak : DONE , mak belanja .
18. Toaster : DONE , dapat hadiah kahwin 2 buah . 1 bagi mak .
19. Kain Pengelap : PENDING
20. Set Sudu : DONE , mak bagi yang besi tu je . Sudu + Garfu . Tadak la beli yang jenis ada tempat gantung tu .
21. Set Rempah Ratus : DONE , beli kat Mr. DIY .
22. Rak Pinggan Mangkuk : DONE , abah belanja .
23. Bakul Penapis : DONE
24. Dulang : PENDING
25. Jam Dinding : DONE
26. Bakul Sampah : DONE , hari tu suami hantar gambar dapur . Rasanya macam dah ada .
27. Tudung Saji : DONE
28. Tisu Dapur : DONE
29. Mug : DONE , ni benda wajib ada . Sebab aku jenis suka minum dalam mug , tak suka pakai cawan plastik . Kat rumah mak dah banyak sangat aku beli , sebab asyik jatuh pecah je . huhu
30. Penapis Air Teh/Kopi : PENDING
31. Aluminium mat (pelapik dapur gas) : DONE , beli kat Mr DIY je murah Rm 2.10 (70x55cm)
32. Kitchen Wall Sticker : DONE , beli kat Mr DIY .


BILIK AIR 1. Set Mandian : DONE , suami aku punya . 2. Set Detergent + Pencuci Bilik Air : PENDING , tapi aku tak pasti la kalau suami aku dah beli kan . 3. Gayung : DONE 4. Set Rak Untuk Bilik Air : PENDING 5. Cermin : PENDING 6. Penggantung Baju : TAK PASTI 7. Slipper : PENDING 8. Berus Bilik Air : TAK PASTI
LAUNDRY 1. Penyangkut Berklip : DONE , nanti bila aku dah pindah sana baru aku bawak . Pakai yang dah ada ja sebab aku baru ja beli hari tu . 2. Penyangkut Baju : DONE , tapi mungkin aku akan beli lagi nanti . 3. Bakul Laundry : DONE , pakai yang dah ada ja . 4. Sabun Cuci + Pelembut Pakaian : DONE  5. Penyepit Baju : DONE 6. Mesin Basuh : DONE , suami aku beli sejak sebelum kahwin lagi . 7. Baldi : DONE 8. Berus Baju : DONE 9. Besen : PENDING
LAIN-LAIN KEPERLUAN
1. Penyapu Sampah : TAK PASTI 2. Penyodok : TAK PASTI 3. Mop : TAK PASTI 4. Bakul Sampah : DONE 5. Plastik Sampah : DONE 6. Pencuci Lantai : PENDING 7. Bulu Ayam : PENDING 8. Extension Plug : DONE 9. Paip Getah : DONE 10. Langsir + Bidai : PENDING
Hit: 0 Laman Asal