Fahamkan betul-betul, mana satu Insuran Konvensional dan mana satu Insuran Islamic sebelum anda mengambil mana-mana polisi insurans

Jika anda seorang muslimin atau muslimat yang mementingkan halal haram dari apa jua aspek kehidupan anda, sila teliti dan baca sepenuhnya laman ini sebelum anda mengambil mana-mana polisi insurans dari mana-mana agent insurans atau takaful
1)Kalau di dalam industri perbankan, kita ada dua kategori bank iaitu bank konvensional dan Bank Islam. Begitu juga dalam industri insurans, juga ada dua kategori iaitu Insurans Konvensional dan juga Insurans Islamic (takaful).

2) Dari segi peranan dan tujuan, takaful atau insurans konvensional adalah sama sahaja,cuma yang membezakan keduanya adalah dari segi perjalanan operasinya sama ada ianya berjalan mengikut apa yang ditetapkan syarak atau sebaliknya.


3) Takaful adalah satu kemudahan yang bersangkut paut dengan pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah  atau dalam bahasa mudahnya takaful adalah Islamic Insurans yang diperkenalkan sebagai alternatif kepada orang Islam untuk memilih skim perlindungan insurans yang mengikut garis-garis yang mematuhi hukum syarak sepenuhnya.

Bagi memastikan segala operasi takaful mematuhi prinsip syarak sepenuhnya, takaful akan dikawal selia oleh satu badan yang berautoriti yang dipanggil Majlis Pengawasan Syariah.

5) Badan seperti ini tidak wujud dalam insurans konvensional. Dalam insurans konvensional, segala keputusan dan cadangan pelaburan mereka akan ditentukan oleh ahli-ahli lembaga pengarah. Anda boleh check sendiri siapa ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat konvensional.

6) Apa yang berlaku, pengendali insurans konvensional bebas untuk membuat apa sahaja dan melabur wang caruman bulanan pelanggan mereka di mana-mana pelaburan yang menguntungkan.


7) Asas pertimbangan hanya keuntungan daripada pelaburan mereka tanpa mengambilkira pelaburan itu dibenarkan oleh syarak atau tidak. Jadi jangan terkejut lah, jika anda dapati wang caruman pelanggan yang dibayar setiap bulan akan dilaburkan di dalam syarikat-syarikat yang judi,arak dan juga syarikat yang berteraskan riba yang sah-sah hukumnya.

8)  Jadi tidak hairan lah banyak ulama-ulama dan badan-badan agama seperti JAKIM, Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa sendiri yang telah mengeluarkan hukum berkenaan dengan pengambilan insurans dan takaful.

Boleh rujuk di sinidi sinidi sini dan  di sini untuk keterangan lanjut.
Untuk melihat siapa yang menganggotai MPS dalam Etiqa Maybank, anda boleh klik disini.

Note : Untuk mendapat lesen takaful ini, bukan sesuatu yang mudah untuk diperolehi sebenarnya. Company yang ingin memiliki lesen takaful dan ingin menjalankan operasi takaful ini akan melalui syarat-syarat ketat yang ditentukan/ditapis oleh pihak Bank Negara Malaysia sebelum mereka dibenarkan untuk menggunakan nama takaful dan seterusnya menjalankan operasi takaful ini kepada pelanggan-pelanggan.

9)  Bagi memudahkan anda mengetahui, mana satu syarikat yang menjalankan operasi insurans secara konvensional atau takaful, saya senaraikan disini syarikat-syarikat yang beroperasi untuk takaful dan insurans konvensional untuk rujukan anda.

Takaful Insurans Konvensional Etiqa Takaful Etiqa Insurance Great Eastern Takaful Great Eastern Insurance AIA Takaful AIA Insurance Takaful Malaysia Sdn Bhd Asia Life Insurance Takaful Ikhlas Sdn Bhd Oriental Pacific Insurance Hong Leong Takaful ING Insurance BSN Prudential Takaful Micare Insurance MAA Takaful Hong Leong Assurance


10) Bagi yang muslim, anda sepatutnya sudah ada pilihan sekarang untuk anda atau ahli keluarga anda memilih skim perlindungan diri anda sekeluarga. Pilih lah mana-mana pengendali takaful yang disenaraikan di atas.

11)  Jika anda perlukan khidmat saya, anda boleh teruskan dapatkan info-info terkini yang akan diposkan di laman web dan juga blog ini dari masa ke semasa.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan takaful, sila isikan maklumat diri anda sebagaimana yang saya paparkan di halaman bawah  page ini. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda pada borang yang disediakan. Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.



Wassap Lazim 019-344 2370
Hit: 0 Laman Asal