Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Rahsia solat subuh 2 rakaat
Orang yang pertama mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. 
Rakaat pertama – Bersyukur baginda kerana terlepas daripada kegelapan malam. 
Rakaat kedua – Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
1001 berkenaan solat subuh
"Sesungguhnya amal manusia yang pertama kali dihisab pada hari kiamat adalah solatnya" Jika solatnya baik, maka baik pula seluruh amalnya; dan kalau buruk, maka buruklah seluruh amalnya. Bagaimana mungkin seorang yang beriman mengharapkan kebaikan di akhirat, sedang pada hari kiamat bukunya kosong dari solat Subuh tepat pada masanya?
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya'dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya (berjemaah di masjid) sekalipun dengan merangkak "[HR Al-Bukhari dan Muslim]
Solat Subuh memang solat wajib yang paling sedikit jumlah rakaatnya, hanya dua rakaat saja. Namun, ia menjadi standard keimanan seseorang dan ujian terhadap kejujuran, kerana waktunya sangat sempit (sampai matahari terbit)
Ada hukuman khusus bagi yang meninggalkan solat Subuh. Rasulullah saw telah menyebutkan hukuman berat bagi yang tidur dan meninggalkan solat wajib, rata-rata punca utama seorang muslim meninggalkan solat Subuh adalah tidur.
"Syaitan melilit leher seorang di antara kamu dengan tiga lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap lilitan syaitan membisikkan, 'Nikmatilah malam yang panjang ini'. Apabila dia bangun lalu mengingat Allah, maka terlepaslah lilitan itu. Apabila dia berwudhu, lepaslah lilitan yang kedua. Kemudian apabila dia solat, lepaslah lilitan yang ketiga, sehingga ia menjadi bersemangat. Tetapi kalau tidak, dia akan terbawa-bawa perlahan dan malas ".
"Berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang banyak berjalan dalam kegelapan (waktu Isya 'dan Subuh) menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada hari kiamat" [HR. Abu Daud, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Allah akan memberi cahaya yang sangat terang pada hari kiamat nantinya kepada mereka yang menjaga Solat Subuh berjemaah (bagi kaum lelaki di masjid), cahaya itu ada dimana sahaja, dan tidak mengambilnya ketika melewati Sirath Al-Mustaqim, dan akan tetap bersama mereka sampai mereka masuk syurga, Insya Allah.
"Solat berjemaah (bagi kaum lelaki) lebih utama dari solat salah seorang kamu yang sendirian, berbanding dua puluh tujuh kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat Subuh ". "Kemudian naiklah para Malaikat yang menyertai kamu, pada malam harinya, lalu Tuhan mereka bertanya kepada mereka padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka - 'Bagaimana hamba-2ku ketika kamu tinggalkan?' Mereka menjawab, 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami dapati mereka dalam keadaan solat juga '. "[HR Al-Bukhari]
Sedangkan bagi wanita walaupun solat di masjid dibenarkan, solat di rumah adalah lebih baik dan lebih banyak pahalanya, iaitu yang mengerjakan solat Subuh pada saat para lelaki sedang solat di masjid. Ujian yang membezakan antara wanita munafik dan wanita mukminah adalah solat pada permulaan waktu.
"Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Solat Subuh menjadikan seluruh umat berada dalam jaminan, penjagaan, dan perlindungan Allah sepanjang hari. Barang siapa membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah akan menuntutnya, sehingga Dia akan membenamkan mukanya ke dalam neraka "[HR Muslim, At-Tarmidzi dan Ibnu Majah]
Banyak permasalahan, yang bila diurut, berpunca dari pelaksanaan solat Subuh yang dipandang ringan. Banyak peristiwa petaka yang terjadi pada kaum penderhaka berlaku di waktu Subuh, yang menandakan berakhirnya dominasi jahiliyah dan munculnya cahaya tauhid. "Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu Subuh; bukankah Subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud: 81)
Rutin harian permulaan bergantung pada pelaksanaan solat Subuh. Seluruh urusan dunia seiring dengan waktu solat, bukan waktu solat yang perlu mengikuti urusan dunia.
"Jika kamu menolong (agama) Allah, maka ia pasti akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad: 7)
"Sungguh Allah akan menolong orang yang menolong agamanya, sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Kuasa," (Surah Al-Hajj: 40)
Waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung didalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupun dengan merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ramai ulama hadis memberi penjelasan berkenaan hadis ini. Diantaranya, bagi melihat sama ada seseorang itu beriman ataupun munafik, perhatikan solat Subuhnya. Sekiranya kita nampak dia di saf solat Subuh, bolehlah kita katakan yang dia benar-benar beriman.
Tetapi sekiranya sebaliknya, hatinya sudah dijangkiti virus munafik. Salah satu petandanya adalah seseorang ragu-ragu dengan kebenaran dan keagungan Allah yang bernama Solat Subuh ini.
Dalam hadis juga mengatakan , waktu subuh lah pengantian malam dan siang bermula. Pada saat ini juga , malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.
“Solat berjemaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu solat subuh.” (Hadis Riwayat Bukhari)
“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka yang sebenarnya maha mengetahui bertanya kepada mereka, ‘Bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereka?”
Para malaikat menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Jadi beruntunglah bagi orang yang dapat mendirikan solat subuh berjemaah di masjid kerana ia disaksikan oleh malaikat, baik malaikat yang bertugas pada malam hari, mahupun siang hari.
Allah menjelaskan, “Dan dirikanlah solat Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan oleh para malaikat,”(Surah al-Israk , ayat 78)
Bayangkanlah waktu itu kalau malaikat melaporkan yang , kita sedang nyenyak tidur dan tidak mengutamakan waktu solat. Di waktu ini juga lah Syaitan sedang memeluk kita dengan erat sekali supaya kita terus lena dan tinggalkan solat subuh.
“Dua rakaat fajar (solat sunat sebelum ataupun qabliyah Subuh) lebih baik daripada dunia dan seisinya, “(Hadis Riwayat Muslim)
Solat Qabliyah Subuh adalah solat sunat yang paling banyak pahala. Lebih baik daripada segala kebaikan isi dunia.
Cuba bayangkan, harta, wang, pangkat jawatan, isteri , anak…semuanya tidak kekal. Yang dulu cantik lama-lama jadi tua, bongkok, berkedut dan tidak secantik masa muda. “Segala sesuatu akan binasa,”(Surah al-Qashash ayat 88).
Segala dunia dan isinya tidak lebih baik dari solat sunat fajar ini. Dalam situasi apa pun , jangan tinggalkan solat sunat Subuh ini kerana Rasulullah sendiri memesan dalam situasi apa pun sama ada dalam perjalanan ataupun dalam pertempuran, jangan tinggalkan solat sunat Subuh.
Solat Subuh juga dapat menjadi penerang pada Hari Kiamat seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah, “Berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang terang benderang pertolongan pada Hari Kiamat” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah).
Cahaya ini penting semasa melintasi titian Sirath. Sirath ini menakutkan. Waktu itu keadaan gelap gelita dan manusia meraba-raba untuk melintasi Sirath yang bawahnya Api Neraka Jahanam.
“Di kedua-dua belah Sirath terdapat anjing yang terikat yang diperintahkan menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya. Sesiapa yang berjalan dengan tegak, selamat manakala yang bertatih-tatih masuk ke dalam neraka,” Nabi Muhammad SAW berkata.
Itulah pentingnya cahaya untuk orang yang solat subuh berjemaah di masjid dan mereka bisa melintasi titian sirath berjalan bagaikan kilat(sekelip mata). Bukan orang yang sembahyang subuh seorang diri ataupun berjemaah di rumah.
Hikmah solat Subuh begitu hebat kerana ia adalah solat yang paling sukar dikerjakan pada awal waktu. Ramai diantara kita yang memilih untuk tidur di tilam empuk dan berselimut hangat.
Seorang pemimpin Yahudi pernah mengatakan yang mereka tidak takut dengan orang Islam melainkan dengan satu perkara, iaitu apabila jumlah jemaah solat subuh sama dengan jumlah jemaah solat Jumaat.
Umat yang menjaga solat Subuh berjemaah adalah umat yang berhak berdiri kukuh di muka bumi. Manakala Umat yang lalai mengerjakan solat Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan.
Perbualan dua orang Yahudi: Antara solat Jumaat dengan solat Subuh
Suatu Ketika, berlaku perbualan yang cukup gempar di antara dua orang Yahudi. Mereka membicarakan tentang kemajuan umat yang sangat mempengaruhi dalam perjalanan panjang mereka untuk menguasai dunia iaitu umat Islam.
Yahudi pertama: "Nampaknya kita harus mula berwaspada gerakan umat Islam sekarang ini ..."
Yahudi kedua: "kenapa?"
Yahudi pertama: "Lihatlah, sekarang di masjid-masjid, setiap hari Jumaat, selalu dipenuhi dengan mereka yang menunaikan solat Jumaat. Nampaknya mereka sudah mula bersatu. "
Yahudi kedua: "Hmm, nampaknya itu biasa saja. Sebenarnya kita masih boleh bertenang "
Yahudi pertama: "Mengapa?"
Yahudi kedua: "Jika umat Islam sekarang ramai pergi ke masjid pada hari Jumaat untuk menunaikan solat Jumaat, sebenarnya mereka kebanyakan hanya kerana sekadar menggugurkan kewajipan mereka di depan ramai orang atau masyarakatnya sendiri. Mereka tidak benar-benar bersatu. Tetapi kesatuan umat Islam baru harus kita waspadai ketika masjid-masjid mereka di waktu Subuh sama penuhnya dengan solat Jumaat yang mereka tunaikan. Itulah tanda-tanda bersatunya umat Islam dan kebangkitan mereka. "
Hit: 0 Laman Asal