Terasa nak makan biskut yg baru kuar dari oven pulak.. merajin2 kan diri di petang ahad kelmarin.. resepi CP dari dapur Ika (ARAH) .. terima kasih ika .. juga tuan punya resepi Lilidvalley MYR..


BISKUT KACANG MAZOLA
Resepi Asal: KAK LILIDVALLEY MyR

Bahan-bahan ( 1 balang ) 200gm tepung gandum 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus>>Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu :D
100 gm gula -kisar halus 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya Kuning telur>>Utk sapuan
Sedikit garam>> Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2 :D tq!!
Cara-cara Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.
Hit: 0 Laman Asal