Definisi Budaya Popular.

Media merupakan medium yang paling berkesan untuk mengembangkan budaya popular kerana mempunyai kelompok penonton yang ramai.

Merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya) manakala popular pula ditakrifkan sebagai digemari atau disukai ramai.

Merujuk kepada takrifan di atas budaya popular boleh dikatakan sebagai kemajuan fikiran, akal budi yang berkaitan dengan cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya serta disukai atau digemari ramai.

Definisi Sukan.

Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya, berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.Terdapat pelbagai jenis sukan, dan kebanyakannya mengorbankan masa, wang, dan keinginan manusia sama ada sebagai peserta atau pun sebagai penonton.Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan yang mana sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan. Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran (benchmarks) terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

· Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.

· Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.

· Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas dan sebagainya

Sukan fizikal menggunakan sifat sifat seperti kekuatan, stamina, kelajuan, dan beberapa kemahiran lain manakala sukan-sukan lain contohnya iaitu sukan akal menggunakan kemahiran berfikir seperti pemikiran strategik dalam catur. Walaubagaimanapun, rencana ini akan menumpukan perhatian kepada aspek fizikal sesuatu sukan.Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.

Sejarah Sukan Barat

Istilah Stadium telah wujud sejak era keagungan empayar Yunani lagi. Pada ketika itu istilah yang digunakan ialah Stadion yang merupakan istilah jangka ukur yang bersamaan dengan 186 meter (600 kaki). Orang Yunani membangunkan stadio sebagai arena lumba jalan kaki (footrace) pada ketika itu yang mana kawasan tersebut di kelilingi dengan tempat duduk seperti tangga. Di antara stadion daripada zaman Yunani yang masih terdapat sehinggalah sekarang ialah seperti di Athens, Delphi, Epidaurus dan Olympia. Stadion Athens dapat memuatkan 50,000 penonton yang duduk dalam 46 barisan kerusi yang diperbuat daripada batu marmar yang lengkap dengan kemudahan mandi untuk para atlet. Selain itu juga, manusia pada zaman Yunani telah membina stadion yang dikenali sebagai hippodrome bagi mengadakan perlumbaan kereta kuda (chariots).

Pada era kegemilangan tamadun Rom juga banyak gelanggang sukan dibina yang dilengkapi dengan tempat permandian umum(public baths) dan kita dapat lihat yang penekanan sukan pada zaman Yunani lebih kepada semnagat kesukanan manakala tamadun Romawi pula lebih mengutamakan terapi fizikal dan kemudahan rekreasi.

Zaman Rom juga memaparkan suatu perubahan yang mana versi hippodrome Yunani dijadikan sarkis oleh orang Rom. Bermula dari sinilah sukan pada zaman Rom lebih berkembang yang mana amphitheater yang merupakan gelanggang manusia beraksi dengan binatang buas seperti singa di bina yang berbentuk bujur dan gelanggang ini bukan sahaja menjadi medan kepada pertarungan antara manusia dengan binatang buas namun juga digunakan untuk mengadakan latihan perperangan laut (mock naval battles) setelah memenuhi kawasan tersebut dengan air. Kesemua penonton dibahagikan tempat duduk mengikut kelas sosial masing- masing. Amphitheater juga dilengkapi dengan kawasan mengurung binatang buas dan di antara gelanggang yang seumpamanya yang masih berkekalan hingga kini ialah Colloseum di Rom yang mampu memuatkan 45,000 penonton namun setelah kejatuhan empayar Rom tidak ada perkembangan sukan yang seterusnya sehinggalah kurun ke- 19.

Menjelang abad ke- 20 dan ekoran daripada perkembangan pesat dalam masyarakat bandar, semangat kesukanan sekali lagi muncul di eropah yang mana terdapat banyak gelanggang yang dibangunkan samada bagi mengadakan atau menganjurkan perlagaan lembu jantan atau (bullight) manakala di Paris pula arena seumpamanya adalah Cirque d’ Hver, manakala gelanggang perlagaan lebu jantan banyak di bina di Sepanyol, Portugal dan Latin Amerika.

Bermula pada tahun 1896, Sukan Olimpik diperkenalkan semula oleh masyarakat dunia dan disebabkan perkara inilah yang menyebabkan lebih banyak stadium di serata eropah. Stadium Olimpik yang pertama telah dibina di Athens bermula pada tahun 1896 sebagai persediaan untuk menganjurkan sukan tersebut. Pada asalnya stadium ini dibina oleh Herodus Atticus pada 170 masihi dan pada tahun 1896 stadium ini dibaik pulih dan diperbesarkan lagi untuk memuatkan 66,000 penonton. Selesai sahaja sukan di Athens itu sehingga menjelang 1920-an terdapat lebih kurang 18 stadium yang mampu memuatkan lebih 50,000 penonton dibina di seluruh dunia dan menjelang tahun 1930 di Amerika Syarikat sahaja sudah pun di bina lebih 100 stadium besar.

Oleh itu sejarah adalah merupakan faktor utama yang menjadikan sukan sebagai suatu budaya yang popular dan selain itu terdapat lagi faktor- faktor lain yang menyebabkan sukan menjadi popular yang akan diterangkan di bawah.

Faktor- faktor yang Menyebabkan Sukan menjadi Popular.

-Media

Sudah semestinya media memainkan peranan penting dalam mempopularkan sukan sebagai suatu budaya yang popular tidak kiralah media elektronik mahupun media cetak kerana media merupakan pengantara teknikal yang luas skop ataupun ruang penyampainnya untuk menyampaikan mesej kepada khalayak yang mana dengan adanya pengantara media apa sahaja mesej mahupun perkara- perkara berkenaan sukan dapat disalurkan kepada khalayak dengan meluasnya. Sukan menjadi popular kerana kerap dan banyaknya pemaparan iklan- iklan atau rancangan- rancangan berkaitan sukan yang mana kita dapat lihat khalayak sememangnya menjadi tertarik hati dengan apa- apa perkara yang berkaitan dengan sukan. Misalnya media memaparkan apa- apa iklan berkaitan dengan peralatan sukan seperti pakaian sukan dan juga peralatan sukan yang lain. Selain daripada itu penayangan sebarang acara sukan melalui media elektronik seperti televisyen secara langsung atau yang sebaliknya seperti perlawanan bolasepak antarabangsa mahupun tempatan, penayangan acara- acara sukan dunia seperti sukan komanwel dan sukan olimpik menyebabkan sukan ini menjadi suatu budaya yang popular sehingga menyebabkan khalayak minat akan sukan dan minat bersukan.

-Kesihatan

Kesihatan makin dititikberatkan oleh masyarakat masa kini disebabkan oleh terdapatnya pelbagai serangan penyakit dan juga keghairahan khalayak yang tidak suka akan obesiti dan mahukan berat badan yang ideal. Merujuk kepada kamus perubatan obesiti didefinisikan sebagai jumlah lemak yang tidak normal pada tubuh yang mana pada kebiasaannya, lelaki dengan lebih 25% peratus lemak tubuh dan wanita dengan lebih 30% peratus lemak tubuh daripada segi perubatan dianggap obes. Dari segi saintifik, obesiti dedifinisikan sebagai mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) 30 atau lebih (27 bagi orang Asia). Obesiti boleh menyebabkan berlakunya berbagai serangan penyakit dan risikonya amat tinggi seperti penyakit jantung koronari, kegagalan jantung kongestif, strok, tekanan darah tinggi, kolestrol darah tinggi(dislipidemia), diabetis, osteoartritis, asma, gangguan tidur apnea dan masalah pernafasan, beberapa jenis kanser seperti (endometrium, payudara, prostat dan kolon), komplikasi kehamilan(seperti diabetis ketika hamil, tekanan darah tinggi kehamilan dan praekklampsia) serta komplikasi dalam pembedahan kelahiran (Caeserean), gangguan kesihatan sistem pembiakan wanita (seperti kitaran haid tidak tetap, tidak subur dan ovulasi tidak tetap) dan gangguan psikologi(seperti murung dan rasa rendah diri). Penyakit mental adalah gangguan yang melibatkan perubahan pemikiran, emosi dan tingkah- laku yang menjadikan kehidupan seseorang menjadi sukar yang mana kecelaruan perasaan adalah salah satu daripada pelbagai jenis kecelaruan mental yang ada. Senaman boleh mengurangkan perasaan negatif, mengurangkan perasaan negatif, dapat menambah keyakinan diri, melawan kemurungan, mengurangkan stress dan mengurangkan masalah tingkah- laku yang disebabkan oleh masalah psikologi dalaman seseorang individu.

-Infrastruktur Sukan

Pembinaan infrastruktur sukan yang dibina oleh kerajaan seperti stadium sebagai tempat berlangsungnya sebarang temasya sukan samada kecil mahupun besar contohnya pembinaan Stadium Nasional bukit Jalil yang mula dibuka pada tahun 1998 membolehkan temasya sukan antarabangsa misalnya sukan komanwel 1998 yang berlangsung dengan jayanya dan juga membolehkan temasya sukan tempatan berjalan dengan baik. Wujudnya juga kemudahan- sukan untuk orang awam samada di bandar- bandar mahupun di kampung misalnya stadium mini, padang bola, gelanggang tenis ataupun badminton yang dibina oleh organisasi persendirian mahupun pihak kerajaan menyebabkan sukan digemari ramai dan menjadi satu perkara yang popular di dalam masyarakat dan seterusnya memberi ruang kepada masyarakat untuk sentiasa bersenam dan bersukan untuk mewujudkan suatu gaya hidup yang sihat.

-Alatan Sukan

Alatan- alatan sukan yang dijual di pasaran juga mendorong kepada wujudnya minat khalayak kepada sukan dan wujudnya budaya sukan di dalam masyarakat. Kebiasaannya, khalayak tertarik kepada alatan- alat sukan seperti bola sepak, seluar dan baju sukan dan kasut yang berjenama yang biasanya dijual di pasaran walaupun barangan ataupun alatan sukan yang dijual itu sememangnya mahal dan agak mahal tetapi bagi seseorang individu yang agak fanatik dengan dengan sesuatu kelab sukan mahupun atlet perseorangan akan membeli barangan sukan seperti yang dipakai oleh kelab sukan seperti kelab bolasepak barat dan atlet perseorangan tersebut yang mana jika mereka tidak dapat membeli brangan yang asli mereka akan membeli barangan tiruan disebabkan ketidakkemampuan mereka dari segi keewangan dan diantara contoh jenama- jenama alatan sukan yang popular adalah seperti Adidas, Nike dan Umbro yang dipromosikan dengan menggunakan bintang- bintang sukan yang terkenal sehingga menyebabkan khalayak tertarik dengan barangan tersebut dan akhirnya menjadikan khalayak suka dan minat akan budaya bersukan.

-Populariti Bintang- bintang Sukan

Populariti bintang- bintang sukan juga membuatkan wujudnya budaya sukan di dalam masyarakat kerana kebiasaannya masyarakat amat mengagumi bintang- bintang sukan yang diminati mereka dan akhirnya menyebabkan mereka suka meniru gaya bersukan bintang- bintang sukan tersebut. Contohnya golongan yang meminati sukan bolasepak misalnya mestilah ada meminati bintang- bintang bolasepak tersebut samada bintang bolasepak tempatan ataupun bintang bolasepak luar negara. Selain itu promosi barangan- barangan sukan dengan menggunakan muka- muka bintang- bintang sukan yang popular menyebabkan khalayak gemar menggunakan barangan- barangan sukan tersebut disebabkan minat mereka terhadap bintang- bintang sukan tersebut.

-Penajaan

Penajaan syarikat- syarikat, organisasi- organisasi terkemuka dan kerajaan terhadap sebarang temasya sukan samaada bersifat tempatan atau antarabangsa dan juga penajaan terhadap satu- satu pasukan yang menyebabkan perjalanan apa- apa aktiviti sukan berjalan dengan baik dan akhirnya mewujudkan budaya bersukan di dalam masyarakat dan di antara contoh penajaan yang biasanya kita dapat perhatikan adalah seperti sebuah syarikat alatan sukan menaja pakaian sukan dan alatan sukan yang lain bagi sesebuah pasukan mahupun bintang sukan kerana melalui penajaan inilah pembangunan mutu dan kualiti sukan itu dapat dicapai.

-Kerjaya

Akhir- akhir ini kita dapat perhatikan yang mana sukan sudah menjadi satu kerjaya yang diminati oleh golongan khalayak yang mempunyai kemampuan di dalam suatu jenis sukan yang diminati mereka hingga menyebabkan lahirnya muka- muka baru di dalam arena sukan disebabkan oleh pendapatan di dalam lapangan suka adalah lumayan dan inilah yang menyebabkan ramai individu- individu yang berkebolehan di dalam lapangan sukan dan akhirnya menyebabkan sukan menjadi suatu budaya yang popular di dalam masyarakat.

-Pengaruh sekeliling

Pengaruh sekeliling juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan sukan menjadi suatu budaya popular yang mana dapat dilihat seseorang yang tidak minat bersukan ataupun sesuatu jenis sukan yang akhirnya mereka minat akan bersukan ataupun sesuatu sukan tersebut apabila terdapatnya suasana rakan- rakan yang minat akan bersukan sehingga perkara ini mempengaruhi diri individu tersebut minat akan bersukan dan akhirnya budaya bersukan ini senakin berkembang di dalam masyarakat.

Implikasi Budaya Bersukan.

Implikasi Terhadap Individu

Budaya bersukan yang diamalkan oleh seseorang individu secara berterusan daripada sudut positifnya mampu untuk membentuk watak seseorang individu itu menjadi lebih menarik, memangkin kepada imej kendiri yang positif, boleh mengurangkan stress yang mana stress dan kemurungan sentiasa terjadi di dalam kehidupan harian seseorang individu kerana senaman meningkatkan aliran darah ke otak, mengeluarkan hormon, merangsang sistem saraf dan meningkatkan paras bahan seperti morfin yang ditemui dalam tubuh(seperti beta- endorfin) yang mempunyai kesan positif ke atas perasaan, sukan dapat membina daya kepimpinan individu khususnya di dalam sukan yang berbentuk pasukan, membentuk dan memupuk semangat patriotisme dengan melahirkan rasa bangga dengan pasukan yang dibentuk dengan penyertaan dalam sebarang acara sukan, memupuk semangat setiakawan menerusi sosialisasi manusia yang berlaku di dalam sukan, peningkatan tahap kesihatan dan wujudnya nilai- nilai murni di dalam diri seseorang individu seperti sikap menghormati peraturan, toleransi, bekerjasama dan berbagai nilai- nilai murni yang lain. Sukan juga mempunyai implikasi dan kesan- kesan yang negatif kepada individu jika budaya bersukan ini dibiarkan berlansung tanpa pengawasan seperti sikap terlampau mementingkan kemenangan hingga menghilangkan semangat kesukanan dalam berpasukan, berlakunya keagresifan di dalam sukan dan penggunaan barang terlarang seperti dadah untuk meningkatkan prestasi sukan.

Implikasi Terhadap Negara.

Penglibatan negara di dalam lapangan sukan ini juga mempunyai pro dan kontranya. Di antara implikasi- implikasi positif daripada sudut sosialnya integrasi ataupun perpaduan antara kaum akan dapat dilaksanakan dengan baiknya, sumber ekonomi negara akan meningkat melalui peningkata sumber keewangan daripada segi penajaan sesuatu acara sukan, hak penyiaran, kutipan cukai dan lambakan pelancong asing yang datang ke dalam negara. Daripada segi hubungan diplomatik pula akan wujudnya semangat setiakawan di antara negara khususnya pada peringkat serantau melalui penyertaan dalam temasya sukan seperti sukan SEA dan sukan ASIA manakala hubungan diplomatik yang lebih bersifat antarabangsa dapat dapat diwujudkan secara meluas dengan penyertaan negara ke dalam temasya- temasya sukan besar dunia seperti sukan Komanwel dan sukan Olimpik. Selain daripada implikasi baik dan positif yang diperolehi oleh negara melalui sukan terdapat juga implikasi yang buruk dan negatif yang diperoleh seperti berlakunya perbalahan antara negara untuk mendapatkan hak penganjuran sesuatu acara temasya sukan dan ini akan menyebabkan semangat setiakawan dan kerjasama antarabangsa mungkin terjejas jika perkara ini tidak ditangani dengan teliti.

Islam dan Sukan

Islam tidak melarang memiliki badan yang kuat dengan bersukan. Muslim di arahkan supaya memiliki badan yang kuat dan minda yang cerdas disamping memiliki akhlak mulia. Dalam Hadith, kita dapati: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada yang lemah.” (Riwayat Muslim) Badan yang kuat mampu menunaikan kedua-dua tugas agama dan dunia. Islam tidak menerima apa-apa yang mendorong kepada pengabaian tugas itu, kecuali dalam beberapa kes yang beberapa kelonggaran di berikan supaya memudahkan penganutnya. Di dalam kitab ‘Zad-Al-Ma`aad’, Imam Ibnul-Qayyem menyatakan pergerakkan ialah asas kepada sukan. Ia menolong badan membuang sisa makanan dengan cara tabii. Ia menjadikan badan aktif, meningkatkan immuniti badan dan melindungi badan daripada penyakit. Setiap organ ada jenis sukan yang sesuai dengannya. Bagi menunggang kuda, memanah, bergusti dan berlumba-lari, merupakan sukan yang memberi manfaat kepada seluruh badan. Dalam Islam, terdapat banyak ibadah Islam mengandungi sukan yang menolong badan mengekalkan kekuatan fizikal apabila ia di amalkan dengan sempurna. Amalan ibadah Haji, melawat saudara Muslim , melawat yang sakit, pergi dan balik ke masjid dan terlibat dalam aktiviti sosial merupakan aktiviti bersukan.

Adab Bersukan Dalam Islam :

Fakta Islam menggalakkan bersukan menjadikan seseorang sedar betapa besar, fleksibel dan lengkap agama ini yang Allah berikan kepada manusia. Dalam hal ini, Islam menekankan kepentingan latihan spiritual dan moral yang sepatutnya seiringan dengan latihan fizikal supaya mencapai matlamat yang dihajati. Dalam menyokong pasukan, keganasan wajib dielakkan. Bermegah-megah juga mesti hindari. Menang dalam pertandingan tidak bermakna halal menghina lawan yang kalah. Islam memandang sukan sebagai jalan untuk meningkatkan kasih dan kerjasama antara manusia, bukan jalan melukakan perasaan. Inilah sebab si pemenang tidak sepatutnya terbawa-bawa dengan kegembiraan sampai menghina lawan, dan yang kalah tidak boleh dihantui oleh cemburu terhadap kelebihan pihak lawan kerana perlu diingati yang kekalahan akan membuka jalan untuk kemenangan pada masa depan, jika ada kesabaran dan cuba menambah-baik diri mereka dan ini mengingatkan kita akan peristiwa apabila seekor unta milik seorang badwi mengalahkan unta betina Rasulullah yang sentiasa menang dalam perlumbaan, Muslim berduka-cita. Mengulas hal itu, Rasulullah (SAW) bersabda: “Allah SWT telah menetapkan tiada apa-apa yang kekal menang (bermaksud setiap situasi ada naik dan turun dan tiada keadaan yang kekal).” Rasulullah (SAW), membuat kenyataan ini untuk mententeramkan perasaan mereka yang rasa kekalahan untanya satu hakikat yang sukar diterima. Dalam pertandingan, seorang Muslim sejati tidak lupa adab memberikan pihak lawab layanan baik. Mengenepikan adab dalam pertandingan dan perlawanan ialah satu sifat munafik yang Rasulullah (SAW) rujuk apabila bersabda: “Terdapat empat sifat jika ditemui pada seseorang, dia seorang yang betul-betul munafik. Jika salah satunya ditemui pada seseorang, ia memberikan dia satu sifat munafik sampai dia meninggalkannya: jika diamanahkan dengan sesuatu, dia pecah amanah, jika bercakap, dia berbohong, jika berjanji, dia tidak tunaikan dan jika dia bertengkar dengan seseorang, dia melampau-lampau (menggunakan kata-kata kesat dan perbuatan buruk.)”.

Panduan untuk Seseorang Muslim Dalam Bersukan

Seseorang muslim yang melakukan aktiviti bersifat kesukanan ini tidak sepatutnya lalai dengan sukan sehingga sampai mendorong meninggalkan tugas-tugas agama dan yang lain. Seseorang Muslim tidak dibenarkan bersikap tidak peduli dalam bersukan dengan cara menimbulkan kecederaan kepada yang lain. Bersukan di atas jalan yang sesak misalnya, boleh menyebabkan kesesakan jalan, ini bukan cara Islam. Perasaan fanatik membabi-buta dalam menyokong atau menentang satu pasukan adalah tiada kaitan dengan Islam, kerana ini benar-benar bercanggah dengan ajaran Islam yang menyeru kepada perpaduan dan kasih-sayang. Tidak dibenarkan kata-kata kesat, perbuatan buruk dan fitnah semasa bersukan. Islam tidak membenarkan pertandingan atau permainan yang melibatkan kedua-dua jantina, dengan cara membuka jalan hawa nafsu, syahwat dan keruntuhan akhlak. Islam menolak semua permainan dan sukan yang mendorong rangsangan seksual dan menggalakkan kejatuhan moral seperti wanita berlatih menari dan ditontoni oleh orang ramai. Lelaki hendaklah mengamalkan sukan yang sesuai dengan sifat mereka dan sebaliknya. Didalam Islam, tidak dibenarkan bagi wanita mengamalkan sukan yang khas untuk lelaki.

Kesimpulannya, sudah jelas yang sukan dan budaya popular adalah sesuatu perkara yang amat berkait rapat dan tidak dapat dipisahkan yang mana sukan merupakan suatu aktiviti yang perkembangan berevolusi bermula daripada zaman dahulu lagi hingga sekarang yang menyebabkannya berkembang sehingga menjadi suatu budaya yang popular dalam masyarakat dan sudah semestinyalah media yang memainkan peranan yang kuat dan besar dalam mempopularkan sukan kepada masyarakat melalui apa- apa program yang berkaitan sukan, iklan- klan dan penyiaran- penyiaran berkaitan dengan perlawanan dan temasya- temasya sukan dan agama Islam membenarkan sukan itu sebagai suatu yang halal sebagai halal yang mana jika jenis sukan yang diamalkan dan pengamalan di dalam sukan tersebut adalah dengan nenngikut acuan dan ajaran Islam yang sebenar- benarnya dan ini bermaksud umat Islam samada lelaki mahupun perempuan boleh bersukan dan bergerak dengan cergas dan ini membuktikan islam bukannya suatu agama yang hanya bersifat statik(tetap) tetapi mudah dan fleksibel dalam sesuatu perkara tersebut selagi ianya tidak melanggar dan bercanggahan dengan syariat Islam itu sendiri.


Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66