`Tempat Jatuh Lagi Dikenang, Inikan Pula Tempat Bermain'....Itu peribahasa orang dulu-dulu untuk menunjukkan betapa rindu dan ingatnya kita pada sesuatu tempat atau peristiwa. Itulah yang terjadi pada diriku. Ada rakan2 yang bertanya, tidak rindukah kepada bumi Kelantan? Aku sering menjawab seperti peribahasa di atas. Dan, memang benar apa yang ku katakan.

Julung2 kali aku menjejakkan kaki ke Kelantan agak terlalu lama iaitu semasa aku masih `teruna' trang..tang..tang....lagi. Ketika itu aku baru masuk berkhidmat di dalam tentera. Aku pergi ke Kelantan dengan 3 orang rakan2ku dengan menyewa sebuah kereta. Tempat pertama yang aku tuju ketika itu adalah di Rantau Panjang, maklumlah semasa itu Rantau Panjang terkenal dengan tempat jualan murah. Bandar K.Bharu ketika itu tidak membangun seperti sekarang.

Setelah itu, berpuluh tahun aku tidak berkunjung ke negeri Che Siti Wan Kembang tersebut. Sehinggalah pada Jul tahun 2009, aku sendiri memilih untuk ke sana bertujuan untuk belajar dan menimba ilmu sebagai Juruhebah Radio di Stesen Radio anis FM. Selama tempoh lebih kurang 6 bulan aku di Manis FM, aku tidak mempunyai musuh walaupun seorang. Bahkan, aku mendapat ramai teman2 yang boleh dijadikan tempat menghilangkan kesunyian di rantau orang.

Terlalu banyak saat manis sewaktu aku berada di sana. Tidak kurang juga saat yang membuatkan aku rasa sedih. Semuanya itu aku harungi kerana bagiku di mana jua kita berada kita pasti akan diuji. Aku tidak suka menyimpan perasaanku bersendirian terutamanya yang melibatkan penugasan ku. Semuanya aku luahkan pada rakan2 setugas samada secara lisan dan juga melalui kiriman SMS. Aku sebenarnya inginkan suntikan semangat atau nasihat dari mereka. Biasalah, ada rakan2 yg sudi berkongsi masalah denganku dan ada juga yang menyepi. Aku tidak pernah berasa hati kepada rakan2 yang menyepi seperti itu kerana bagiku aku harus kuat dan tabah melaluinya tanpa mereka.

Kini, aku berada jauh semula dari bumi Kelantan. Tidak berani aku untuk menyatakan samada aku akan kembali berada di Manis FM. Semua itu rezeki dan ketentuan Illahi. Apa yang pasti, aku akan ke sana juga....rindu...terlalu rindu...
Hit: 0 Laman Asal