Semasa kawe ride KL-Gemas 2010
Bismillah. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dua bulan sudah berlalu, motosikal z1000 kawe sudah pun terjual atas beberapa faktor. Ada beberapa perkara perlu dipertimbangkan untuk menggunakan motosikal kuasa tinggi. Elok kita sama bincangkan, mungkin boleh dijadikan panduan buat semua sahabat. Beberapa bulan lepas, kawe mendengar sembang2 sahabat di kedai kopi di Kapit, tempat kawe bertugas. Daripada sembang2 tersebut terdengar rakan guru di Kapit ingin membeli kawasaki er6-n untuk digunakan di Kapit. Isu ini turut dibincangkan oleh kami dan perlu difikirkan baik-buruk penggunaan motosikal kuasa tinggi di Kapit. Pendapat dan nasihat ini bukan apa, hanya untuk kebaikan kita semua.
Singgah di Kuala Kangsar: Jumpa Nasri di depan Bis School, MCKK (Asrama kawe masa belajar dulu)
Kawe membuat keputusan menjual z1000 pon disebabkan faktor tertentu. Memang sayang sungguh motosikal ni. Apakan daya, kawe jauh di Kapit, Motosikal plak di Kelantan, jarang2 balik menyebabkan motosikal tersadai. Setiap tahun perlu bayar insuran dan roadtax yang agak tinggi. Bila motosikal tak digunakan, ianya agak tidak berbaloi dengan pembayaran insuran dan roadtax hampir RM1500 setahun. Bila tak digunakan, banyak juga la masalahnya. Dari segi enjen, minyak, litar elektronik, bateri dsb semua serba sedikit akan terjejas. Seolah kita menyara benda yang tidak berfaedah. Oleh tu kawe buat keputusan untuk menjual sahaja dan insyaAllah akan beli jenis motosikal baru sebaik sahaja dapat berpindah ke semenanjung.
Abons pada hari pertama membeli Kawasaki er6n dia. Masa ni darat lagi
Ada orang kata, mengapa tidak sahaja dibawa ke Kapit. Boleh selalu digunakan untuk berulang alik. Ermmm yang ni mungkin boleh dijadikan panduan buat sahabat yang tadi katanya ingin memakai motosikal kuasa tinggi di Kapit. Mengapa tidak sahaja menggunakan mosikal kuasa tinggi di Kapit? Banyak masalahnya bro. Pertama adalah masalah jalan. Kapit mana ada jalan raya. Kalau ada pon jumlahnya x sampai pon 30km. Bila nk speed motosikal, tak sempat nk masuk gear 4, dah kena drop gear balik (sebab tak cukup jarak nk speed). So apa faedah bawa superbike kalau stakat 50kmh ja. Enjinnya nanti akan terjejas untuk jangka masa panjang (Ibarat anda bawa motosikal ex5 sejauh 2km hanya dengan gear 2 sepanjang perjalanan).
Kawasaki VN900 custom; suatu masa nanti, kawe insyaAllah akan beralih ke arah ini pulak.
Faktor kedua pula adalah masalah service dan maintenance. Untuk motosikal z1000 memiliki 4 selinder maka memerlukan 4 liter minyak enjen (4T). Berbanding er6n hanya 2 selinder memerlukan hanya 2 liter 4T. Biasanya kawe akan menggunakan 4T Motul yang dijual dengan harga dalam rate RM50/liter bagi full sintetik. Jika motosikal jenis plastik macam Z1000 dan er6n ni seeloknya pakai full sintetik untuk penjagaan enjin bagi jangka masa panjang. Maka kawe perlu membayar dalam RM2++.00 termasuk dengan filter (ini la beza superbike dengan mosikal biasa; superbike adalah 500cc ke atas dan perlu tukar filter seperti kereta perlu tukar filter apabila tukar minyak enjen). Itu di semenanjung. Jika di Kapit masalahnya nak maintenance kat mana? Takkan nak post superbike dengan kapal ke Sibu semata2 hanya nak tukar minyak enjen. Jika boleh dibuat di Kapit pon (tentu kos berlipat ganda), kedai2 motosikal di kapit tiada kepakaran untuk kendalikannya. So cop rekod service pada motosikal tidak valid dan jika berlaku apa2 insiden, insuran mungkin tidak cover kerana motosikal tiada rekod penyeliaan yang sah oleh pakar.
Kawasaki versys; Ada juga plan nk pakai ni. sdg pertimbangkan.
Sebenarnya banyak lagi masalahnya bila pakai motosikal kuasa tinggi tidak kena pada tempatnya. Kita perlu ukur baju di badan sendiri. Bukan maksud kawe nak pertikaikan dari segi kemampuan masing2.. InsyaAllah sesiapa yang ingin memiliki superbike ada kemampuan dan badget tersendiri, tetapi maksud kawe kesesuaian tempat kita menunggang superbike. Sememangnya menunggang superbike membawa kelainan kepada kita. Sangat pantas, lebih2 lagi bila kita nak cepat ke destinasi dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Hit: 0 Laman Asal