Assalammualaikum
Nasi lemak hijau pernah buat dulu...kali ni masak nasi lemak kuning pula. Tapi ni nasi lemak versi tumis. Utk warna kuning tu tambah sikit dgn serbuk kunyit. Nasi lemak ni menjadi hidangan kami sekeluarga di pagi minggu beberapa minggu lepas. Dah lama tak masak nasi lemak...sejak duduk sini ini baru rajin nak masak....Syakirah yg selalu sebut nak nasi lemak tapi mamanya asyik tertangguh nak buat.



Berselera makan nasi lemak tumis ni... sbb dah lama tak masak nasi lemak dan suka rasanya yg dimasak letak halba dgn serai...tumis pula dgn minyak sapi, itu yg rasa sedap.Sambal pula nasib baik tak pedas dptlah anak2 mkn...kalau tidak kena masak lauk lain.














Nasi Lemak Tumis
Resepi; Jun @ MYR
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi

Cara-cara
Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. masukkan air n santan, kacau hingga pecah minyak.
bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai n garam.
pastu masak seperti nasi lemak biasa..
hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur n ikan bilis goreng.

Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air.

Sambal Nasi Lemak
Resepi; Oh Malaysia
Bahan-bahan (Sambal) 5-6 orang

12 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
8-10 sudu besar cili kisar - letak 5 sb saje
2 cawan air
1 keping gula Melaka
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Sedikit ikan bilis (dikisar)
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara-cara

Untuk sambal, masukkan 2-4 sudu minyak masak ke dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan kacau sekata. Biarkan seketika.
Masukkan air, gula Melaka, belacan, asam jawa dan ikan bilis. Masak sehingga pekat. 30-60 minit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.



Masa ambil gambar nasi lemak ni...Syakirah cakap mama ada burung.....cepat2 ambil gambar burung sebelum terbang.....kat tepi tingkat tu mmg selalu ada burung bertenggek...
Hit: 0 Laman Asal