Rukun wuduk ada enam perkara:

1. Niat
Wajib ditasdikkan di dalam hati bahawa kita hendak mengambil wuduk kerana Allah Ta'ala.
"Sahaja aku mengangkat hadas kecil fardhu atasku kerana Allah Ta'ala"

2. Membasuh muka
Mulai dari tempat tumbuhnya rambut sebelah atas hinggalah ke bawah dagu termasuk antara dua telinga sebelah kanan dan kiri.

3. Membasuh kedua tangan
Dimulai dari hujung jari hinggalah kedua-dua mata siku.

4. Menyapu kepala
Ulamak Syafie berpendapat yang perlu disapu hanyalah mana-mana bahagian di atas kepala.

5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali
Pastikan air mengenai pada celah-celah anak jari dan kuku.

6. Tertib
Mendahulukan yang dahulu.


Batal Wuduk
Terdapat 5 perkara yang membatalkan wuduk iaitu:

1. Apabila terkeluar sesuatu dari dua jalan sama ada melalui qubul atau dubur.

2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, tetapi jika tidur dengan mengiring maka tidak batal wuduknya.

3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit.

4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang bukan mahram tanpa alas/lapik.

5. Tersentuh kemaluan hadapan atau sekitar kawasan punggung lelaki, wanita atau dirinya sendiri tanpa alas. Tetapi jika tersentuh dengan belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.


Sunat Wuduk

1. Menghadap kiblat.
2. Membaca Bismillah.
3. Berkumur-kumur dan menggosok gigi (bersiwak).
4. Mencuci kedua belah tangan dan pergelangan tangan serta menggosok celah-celah jari.
5. Memasukkan air ke hidung dan mengeluarkannya semula.
6. Mendahulukan anggota kanan dari yang kiri.
7. Menyapu seluruh kepala.
8. Menyapu kedua belah telinga.
9. Menggosok celah-celah janggut dengan anak jari.
10. Mengulangi basuhan sebanyak 3 kali.
11. Menjimatkan penggunaan air.
12. Melebihkan sedikit pada setiap anggota basuhan.
13. Menggosok-gosok pada setiap bahagian wuduk.
14. Menggerak-gerakkan cincin.
15. Berturut-turut.
16. Membaca doa wuduk.

Hit: 0 Laman Asal