AMALAN baik sepanjang Ramadan akan mendapat keberkatan dan ganjaran berlipat ganda daripada Allah. Begitu pun, kita hendaklah berdoa supaya Allah memberi keberkatan terhadap amalan yang dilakukan itu.
AMALAN baik sepanjang Ramadan akan mendapat keberkatan dan ganjaran berlipat ganda daripada Allah. Begitu pun, kita hendaklah berdoa supaya Allah memberi keberkatan terhadap amalan yang dilakukan itu.

Diriwayatkan dari Hasan bin Ali, katanya, Rasulullah mengajar aku, beberapa doa yang aku baca dalam qunut witir, maksudnya: “Ya Allah! berilah aku petunjuk berserta orang yang telah engkau beri petunjuk, berilah aku kesihatan yang sempurna berserta orang yang telah engkau beri kesihatan yang sempurna, pimpinlah aku berserta orang yang telah Engkau pimpin, berkatilah untukku apa yang telah Engkau berikan, peliharalah aku daripada apa yang telah Engkau tentukan.

“Maka sesungguhnya Engkaulah yang memutuskan dan tiada yang dapat memutuskan atas Engkau, bahawa tidak akan hina siapa saja yang telah Engkau pimpin dan tidak akan mulia siapa saja yang engkau musuhi (benci). Maha Agung Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau.”

Orang yang berpegang pada mazhab Syafie akan membaca qunut witir selepas melakukan solat Tarawih yang dilakukan dalam solat witir pada malam ke-15 hingga akhir Ramadan.

Rasulullah mengajar umatnya supaya berdoa kepada Allah memohon petunjuk, kesihatan, kemuliaan dan perlindungan daripada segala kesusahan dan kehinaan.

Oleh itu, setiap kali membaca doa, bacalah dengan khusyuk sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Perkara ini kerana hanya doa yang dipohon secara bersungguh-sungguh akan dimakbulkan oleh Allah.
Hit: 0 Laman Asal