Untuk mencapai kelepasan dari seksaan kubur atau meringankannya, seseorang Mu'min perlulah melakukan beberapa perkara bagaimana yang pernah ditunjukkan oleh Rasullullah s.a.w dalam Hadith dan Sunnah :

1. Memelihara Solat 5 Waktu

Berdasarkan Hadith oleh Ibu Hajar Al-Haitami dlm kitabnya
"Az-Zawaajir" bahawa orang yg memelihara Solat Lima Waktu itu
akan dihindarkan dari seksaan Kubur; sebaliknya
orang yang mengabaikannya maka diwaktu dia mati, mayatnya
dihimpitkan Kubur sehingga berselisih tulang rusuknya.

2. Selalu Membaca Surah Al-Ikhlas terutamanya dalam kesakitan
yang membawa kematian

Al-Imam At-Tabaraani mengemukakan Hadith menerusi
'Abdulah b.Asy-Syakhiir bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

"Siapa membaca Qul huwallaahuahad dalam kesakitan yang membawa matinya, tiadalah ia menderitai himpitan Kubur;
dan dihari Kiamat kelak, ia dibawa oleh Malaikat dengan
telapak tangannya hingga terlepas dari Titian Siratul Muntaha dan
sampai ke Syurga." (bagi mereka yg beriman).

** Akan tetapi mengikut Hadith yg sama dikemukakan oleh Abu
Nu'aim adalah didapati sanadnya Maudhuu.

3. Senantiasa membaca Surah Al-Mulk (Tabaarak)pada
setiap malam sekurang-kurangnya malam Jumaat.

Rasullulah s.a.w menamakan Surah ini dengan "Al-Maani'ah"
(Pencegah, penahan dari seksaan) dimana beliau bersabda;

"Dialah surah Pencegah yang mencegah pembacanya
dari seksaan Kubur" Riwayat An-Nasaa'i. Hadis Riwayat
At-Turmudzi menerusi Ibnu 'Abbaas adalah bertaraf Hasan.

"Siapa yang pada setiap malam membaca Tabaarak..,
adalah dia akan dicegahkan oleh Allah 'Azza Wa Jalla dari
seksaan Kubur"

Hadis Riwayat An-Nasaa'i menerusi Ibnu Mas'uud.

Abu Hurairah dan Jaabir b.Abdullah pernah menerangkan bahwa
Rasullullah s.a.w tidaklah beliau tidur malam sehingga beliau
membaca Surah alif Laam Miin Al Kitaab (Surah As-Sajdah) dan
Tabaarak.

4. Mati Syahid

Hadith yang diriwayatkan oleh At-Turmudzi dan Ibnu Maajah
bahawa antara kelebihan mati syahid kerana menegakkan kalimah Allah ialah seseorang itu akan dijauhkan daripada
seksaan kubur.

Salmaa Al-Faarisi menyebutkan bahawa dia mendengar
Nabi s.a.w bersabda :

"Mengawal negeri sehari dalam peperangan Sabilillah itu adalah
lebih utama".Terkadang berliau bersabda: Lebih baik dari berpuasa (sunat) sebulan dan beribadat (pada malamnya); dan
siapa mati di dalam mengawal (termasuk orang yang mati sedang
hatinya masih terikat dengan perjuangan menegakkan kalimah
Allah)nescaya terpeliharalah dia daripada fitnah kubur; sedangkan amalannya subur (terus bertambah;dipahalai sebagai
hari-hari hidupnya) sampai hari Kiamat."

Riwayat At-Turmudzi; Hasan

5. Mati di malam atau siang hari Jumaat

Rasullulah s.a.w bersabda :
"Tiadalah seseorang Islam yang meninggal dunia dihari atau
malam Jumaat, melainkan Allah memeliharanya dari fitnah kubur"
Riwayat At-Turmudzi:Marfuu'

6. Mati sebab sakit dalam perut

Abu Daud mengeluarkan Hadis secara Marfuu':
"Siapa mati disebabkan penyakit dalam perutnya tidaklah dia
diseksakan dalam kuburnya" - Juga Riwayat Ibu Maajah Al
Baihaqi dan At-Turmudzi dimana dia menganggap ia Hasan.

7. Tidak ditangisi mayat diwaktu kematian seperti perlakuan
Jahiliah

Umar Al-Khattab menyebutkan bahwa Rasullullah saw bersabda:
"Seseorang yang mati itu akan diseksakan dalam kuburnya
disebabkan dia ditangisi (sewaktu kematiannya sebab itu wasiatlah diwaktu hampir kematian agar tiada keluarga yang
menangisi dengan cara menampar-nampar pipi dan mengoyak-ngoyakkan baju sebagai menunjukkan sikap simpati dan terharu dengan kematian; akan tetapi tidaklah mengapa dengan
menangis sahaja" Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

8. Selalu diri sendiri memberi sedekah atau derma
kebajikan:

Uqbah B.Aamir menyebutkan bahawa Rasullulah saw
bersabda :
"Sungguhnya sedekah itu akan mengurangkan kepanasan (seksaan) Kubur daripada yang selalu memberi sedekah; dan
hanya sungguhnya seseorang Mu'min itu akan dapat
bernaung dibawah naungan sedekahnya di hari Kiamat" Riwayat
At-Tabaraani

9. Menyempurnakan basuhan wudhuk dan menolongi orang
sedang dianiayai:

Menurut Ibnu Mas'uud bahawa Rasullullah saw pernah memberitakan : "Ada seorang hamba Allah yang diperintah supaya dipukul 100kali dalam kuburnya. Akan tetapi oleh
sebab orang itu selalu berdoa supaya dilindungi daripada
seksaan Kubur semasa hidupnya maka dia dipukul hanya sekali
pukulan. Akan tetapi dengan sekali pukulan itu menyebabkan
kuburnya dipenuhi api.Sesudah api hilang(padam)dan dia sembuh dari pukulan itu maka orang itu bertanya pada Malaikat: Sebab apakah saya dipukul (tadi?). Malaikat menjawab : "(Ialah
disebabkan) engkau bersembahyang tanpa wudhuk (dengan wudhuk yang tidak dilakukan dengan sempurna basuhannya) dan engkau pernah melalui orang yang sedang dianayai tetatpi engkau tidak memberikan pertolongan" Riwayat At-Tahaawi

10. Selalu memohon pada Allah swt agar dilindungi daripada seksaan Kubur

Menurut Hadith yang dikeluarkan oleh Imam Muslim, Abu Daud,
An-Nasaa'i, Ahmad b.Hanbal,Abu Awanah dan Ibnu Al-Jaaruud
bahawa Rasullullah saw membacakan doa memohon daripada Allah agar dilindungiNya dari empat perkara, yang mana
dibacakan lepas Tasyahhud Akhirnya sebagai satu sunnah
bgainda saw (yg perlu diikuti segera) iaitu dibacakan debelum doa
terakhir sebelum salam, doanya berbunyi :
"Wahai Allah, sungguhnya saya memohon perlindungan
Engkau daripada seksaan Neraka Jahanam, daripada seksaan
Kubur, daripada fitnah (perdayaan) hidup dan mati dan
daripada/fitnah (gunakan salah satu kata ini) Al-Masiih Ad-Dajaal"

11. Seseorang hamba Allah itu hendaknya selalu membaca
dan mengkhatami Al-Quran serta berdoa diwaktu khatamnya dengan salah satu doa yang pernah diajarkan Rasullullah
saw berbunyi:

"Perjinakkan keliaranku dari ketakutan dalam kuburku"
Riwayat Abi Umaamah
Hit: 0 Laman Asal