Kenderaan adalah satu alat yang penting dalam kehidupan kita seharian. Saban hari kita menggunakan kenderaan untuk ke setiap destinasi yang ingin dituju. Lantaran itu, kita sebagai pengguna haruslah mematuhi peraturan atau adab semasa menaiki kenderaan.

Di antara adab-adab baik menaiki kenderaan yang perlu dititik beratkan ketika menaiki kenderaan ialah :-

1) Baca Basmallah (Bismillahirrahman nirrahim)


2) Baca doa naik kenderaan.
Baca doa naik kenderaan dan berdoa untuk mencari kebaikan dan ketakwaan agar Allah menghindarkan pemandangan buruk, kesusahan semasa dalam perjalanan serta memudahkan perjalanan. Doa menaiki kenderaan adalah seperti berikut:-





3) Mulakan dengan langkah kanan 
Ketika hendak menaiki kenderaan, kita digalakkan agar memulakan langkah dengan kaki kanan.

4) Ikut giliran.
Kita mesti berbaris atau beratur ketika manaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi dan sebagainya. Ini adalah kerana untuk mengelakkan kejadian seperti terjatuh, terhantuk dan tertolak antara satu sama lain. Selain itu, jika kita mengikut giliran ketika menggunakan kenderaan awam seperti bas akan membantu para penumpang menaiki kenderaan dengan cepat dan selamat.

5) Berdisiplin.
Faktor utama berlakunya kemalangan semasa menggunakan kenderaan ialah tidak berdisiplin dan cuai seperti bermain-main di dalam kenderaan, tidak menghormati penumpang lain dan mementingkan diri sendiri. Sehubungan dengan itu, kita juga dilarang menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan diri dan orang lain seperti melakukan lumba haram atau merempit.

6) Utamakan orang yang lebih memerlukan.
Golongan muda digalakkan mengutamakan golongan warga emas, wanita hamil, orang kurang upaya (OKU), ibu-ibu yang mengendong anak kecil dan kanak-kanak kecil dengan memberikan mereka tempat duduk di dalam mana-mana pengangkutan awam.

Kesimpulannya :

Kita sebagai warga yang prihatin dan berhemah tinggi seharusnya mengamalkan adab-adab menaiki kenderaan pada sepanjang masa dengan demikian dapat melahirkan warganegara yang lebih bertanggung jawab dan bersopan santun dalam apa jua perkara.

Adab-adab diatas amatlah mudah diamalkan. Kekalkan sikap bertenang dan bersopan santun di jalan raya untuk perjalanan yang lebih selamat serta menyeronokkan.
Hit: 0 Laman Asal