Dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pemasaran dan promosi usahawan-usahawan di bawah bimbingan Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor, satu program promosi telah dijalankan iaitu Promosi Kraf di Kompleks PKNS Shah Alam seperti berikut:

Tarikh : 7 hingga 12 Mei 2010
Masa : 9.00 pagi hingga 9.30 malam
Tempat : Ruang Legar B, PKNS Shah Alam

Program yang telah berlangsung selama 6 hari ini telah melibatkan seramai 24 usahawan kraf pelbagai bidang seperti produk tekstil, hasil rimba, seramik, aneka kraf dan logam. Promosi ini bukan sahaja melibatkan usahawan daripada negeri Selangor sahaja malah turut melibatkan usahawan daripada Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kelantan dan Terengganu. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena promosi ini adalah seperti Pertandingan Mencanting Batik serta sudut permainan congkak dan dam aji.
Hit: 0 Laman Asal