Assalamualaikum, eh!!! jarang-jarang saya post kat blog ni memberi salam. Tapi kali ni agak official sikit, gituww...  Berkaitan dengan posting saya terdahulu juga terkejut dan tak sangka. Dah terlalu ramai yang komen ingin saya emailkan contoh surat rayuan. Maaf saya tak tahu kalau ada komen jika saya tak tengok ulasan di blog saya. 

Yaaa sehingga kini komen semakin meningkat. Jadi saya ambil la contoh surat yang telah siap diedit untuk mereka yang memerlukan. Tak susah sebenarnya cuma kita yang tak tahu nak mula bagaimana. malah saya dapat ini pun dari orang lain juga. So berkongsi pula kepada mereka yang memerlukan.
Ada cerita disebalik cerita ini, saya juga pernah membantu kawan untuk dapatkan kuarters. Dengan berkongsi makluman dan dokumentasi yang BPH perlukan. Ada juga yang saya bantu buat ayat yang bersesuainya dengan situasi mereka dan emailkan kepada pegawai yang menjaga kuarters, Alhamdulillah 2 ke 3 orang juga yang dapat cepat, berjaya hanya dari contoh surat saya ini juga mereka dapat. 
Tapi kalau nak tahu mereka berstatus ibu Tunggal, bukan ibu tunggal pun mengaku tunggal hehehe.... Allah bersubahat ke saya.... Tetapi ia adalah rezeki jugak sebenarnya. Jadi kalau yang ada anak OKU pun mudah nak dapat kuarters cuma perlu datang sendiri berurusan dengan pihak BPH untuk maklumkan situasi sebenar.
Semoga ianya memberi menfaat kepada mereka yang memerlukan. Cuma 1 pinta saya bagi la komen ucap terima kasih atau nak share. Tak perlu bayaran pun kan. Saya malas nak layan bagi mereka yang nak suruh saya emaikan, dalam ramai-ramai saya emialkan sorang dua yang membalas dan ucap terima kasih.
Orang berbudi kita berbahasa, tak salah kalau ucap terima kasih, kita kan orang Malaysia, saat ingin bantuan kita merayu, bila dibantu bukan mintak apa-apa pengeras atau pelembut kain pun just say thank, tetapi kalau tak mahir untuk komen dan sebagainya tak pe la. 
Jadi ini lah iniseatif saya untuk mereka yang bertanya dan tak mampu sebenarnya saya nak melayan komen orang ramai, lagi-lagi blog saya adalah blog yang tak popular. Siapa saja la yang nak tengok kan.


ambil la ini sebagai contoh, jangan lupa istikharah dan dhuha, kerana segalanya atas izin Allah.







Hit: 0 Laman Asal