*INFO ILMU*
Kambing Boer merupakan satu baka kambing yang dicipta di Afrika Sleatan pada awal 1900-an untuk penghasilan daging.
Namanya berasal daripada bahasa Afrika iaitu boer yang bermaksud *peladang atau petani.*
Kambing Boer biasanya mempunyai badan putih dengan kepala coklat yang menonjol. Ada juga kambing Boer yang seluruh coklat atau seluruh putih. Seperti kambing Nubia, ia mempunyai telinga yang panjang dan labuh. Ia terkenal dengan sifat yang jinak, cepat membesar dan tinggi kadar kesuburannya. Kambing Boer betina dilaporkan mempunyai kemahiran keibuhan yang unggul berbanding baka-baka lain. Kambing Boer jantan dewasa berberat 110–135 kg (240-300 lb), dan yang betina dewasa pula 90–100 kg (200-220 lb).
Biarpun kambing jantan baka tulendiutamakan untuk tujuan pembiakbakaan, tetapi tidak kurang juga penggunaan kambing betina kacukan untuk menghasilkan anak, iaitu anak kacukan Boer 7/8 ke atas. Antara kacukan yang umum adalah Boer x Sepanyol, Boer x Angora, Boer x Kiko, Boer x Nubia, Boer x Sirohi, Boer x Osmanabadi, dan Boer x Jamnapari.
*Perhatian:*
Notasi 'F' merupakan singkatan umum bagi menandakan peratusan keturunan tulen (Boer dalam hal ini) yang terhasil daripada kacukan bapa Boer tulen dengan ibu kambing baka lain :
FB : _Full Blood_
F1 : _1/2 keturunan Boer (Bapa baka tulen, ibu bapa lain)_
F2 : _3/4 keturunan Boer (Bapa baka tulen, ibu F1)_
F3 : _7/8 keturunan Boer (Bapa baka tulen, ibu F2)_
F4 : _15/16 keturunan Boer (Bapa baka tulen, ibu F3)_

F5 : _31/32 keturunan Boer (Bapa baka tulen, ibu F4)_


Hit: 0 Laman Asal