1. Beriman kepada qadak dan qadar ·         pengertian qadak dan qadar

Qada bermaksud ketentuan sesuatu perkara yang telah, sedang atau akan berlaku ke atas seseorang  yang kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi. Adapun qadar bermaksud pelaksanaan ke atas ketentuan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk kesemuanya telah ditentukan oleh Allah sejak azali.
Contohnya : 
(klik kotak untuk paparan lebih jelas)  Firman Allah Taala :


                                       Ertinya : Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).(Al-Qamar  : 49)
   
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA


Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

 

ANTARA BENTUK KETAATAN

Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada AllahTaala.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186)


SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11)

KONSEP QADAK DAN QADAR

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

1.Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
2.Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
3.Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
4.Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

 PENUTUP
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu.



2. Sifat-Sifat  Allah :
2.1  Wahdaniah
Wahdaniah ertinya  Allah bersifat Maha Esa atau Tunggal. Pengertian sifat Tunggal Allah – segala zat, sifat dan perbuatan Allah tidak serupa dengan zat, sifat dan perbuatan makhluk ciptaan-Nya.
Firman Allah Taala :   Ertinya :   Katakanlah: Dialah Allah, Yang Maha Esa.                                                                                                                              ( Surah al-Ikhlas : ayat 1 )
Perbezaan sifat Tunggal  Allah dengan  sifat makhluk-Nya :

(klik kotak untuk paparan lebih jelas)




Hit: 0 Laman Asal