PENGERTIAN DAN PENGELASAN  

ASET
Harta bernilai yang dimiliki oleh sesebuah syarikat yang digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Aset Bukan Semasa (Aset Tetap)
o  Digunakan untuk menjalankan perniagaan dan bukan untuk tujuan jualan semula. o    Aset yang tahan lama dan kekal untuk beberapa tempoh perniagaan. o   Contoh; Mesin, Kenderaan (Kereta, Van, Motorsikal, Bas), Premis, Lekapan dan Lengkapan / Kelengkapan, Perabot (almari, kerusi, meja) dan Alatan Pejabat (komputer, mesin taip, mesin kira, mesin fotostat).
2. Aset Semasa

o  Harta yang senang berubah bentuk dan nilai dalam satu tempoh perakaunan. o    Aset yang boleh bertukar menjadi wang tunai dalam tempoh yang cepat atau digunakan dalam satu tempoh perakaunan. o    Contoh; SPBT - Stok akhir, Penghutang, Bank, Tunai, Hasil belum terima, Belanja Terdahulu.
LIABILITI
Tanggungan hutang perniagaan kepada pihak luar yang perlu dijelaskan dengan wang tunai, barang atau perkhidmatan. Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Liabiliti Bukan Semasa (Liabiliti Jangka Panjang)
Tanggungan hutang yang perlu dibayar balik dalam tempoh masa yang lebih panjang iaitu lebih daripada satu tahun. Contoh; pinjaman bank, gadai janji. 

    2. Liabiliti Semasa (Liabiliti Jangka Pendek)  Tanggungan hutang yang boleh dijelaskan dalam jangka masa pendek iaitu dalam satu tempoh perakaunan atau setahun.  Contoh; pemiutang, overdraf bank, belanja terakru, hasil terdahulu.


EKUITI PEMILIK

Pelaburan pemilik dalam perniagaan. Tanggungan perniagaan kepada pemilik; jumlah modal yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan dan untung yang diperolehi daripada aktiviti perniagaan. Keuntungan akan menambahkan ekuiti pemilik. Kerugian akan mengurangkan ekuiti pemilik. Ambilan akan mengurangkan ekuiti pemilik.  MODAL AKHIR = MODAL AWAL + MODAL TAMBAHAN + UNTUNG BERSIH - RUGI BERSIH - AMBILAN

HASIL 
 Pendapatan yang diterima atau yang akan diterima oleh perniagaan pada suatu tarikh daripada aktiviti jualan barang niaga atau perkhidmatan yang diberikan. Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Hasil Kendalian  Pendapatan yang diterima secara langsung daripada aktiviti utama sesuatu perniagaan. Contoh; klinik, firma audit : hasil daipada perkhidmatan yang diberi, kedai jam : hasil diperolehi daripada hasil jualan jam.

2. Hasil Bukan Kendalian
Pendapatan yang diterima secara tidak langsung atau tidak berkaitan dengan aktiviti utama sesuatu perniagaan. Contoh; sewa diterima, faedah atas simpanan bank, dividen pelaburan, untung pelupusan aset bukan semasa.

BELANJA
Wang yang dibayar atau akan dibayar oleh sesebuah perniagaan. Kos perkhidmatan atau barangan yang digunakan untuk mendapatkan hasil. Terbahagi kepada dua iaitu;

1. Belanja Kendalian Belanja yang terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.  Contoh; sewa kedai, gaji pekerja, promosi, insurans, alat tulis dan sebagainya.

2. Belanja Bukan Kendalian Belanja yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi urus niaga harian.Contoh; belanja faedah pinjaman bank, rugi jualan aset bukan semasa, rugi daripada risiko banjir, kerosakan, kecurian dan sebagainya.

Hit: 0 Laman Asal