Terma dan syarat berikut perlu  dibaca sebelum membuat tempahan dan perlu dipatuhi samasa menginap di Pelangi Homestay.



1. Check-in: 2:30 pm dan Check-out: 12.00 pm. Sila patuhi peraturan check-in dan check-out bagi memudahkan proses penyewaan. Jika tiada pelanggan lain, boleh minta untuk check-in awal atau check-out lewat pada kadar masa yang wajar (sila maklumkan terlebih dahulu).

2. Bayaran boleh dibuat secara tunai semasa check-in atau cash deposit melalui ATM (Deposit RM100 diperlukan bagi mengesahkan tempahan).

3. Pihak homestay berhak menyimpan satu salinan IC wakil tetamu bagi tujuan keselamatan dan mengelakkan sebarang bentuk penipuan.

4. Tetamu adalah bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan rumah dan barang-barang yang di sediakan dalam homestay semasa tempoh penginapan. Pastikan pintu, tingkat, pagar berkunci semasa keluar meninggalkan ruamah atau tidur di waktu malam/siang

5. Semua suis elektrik hendaklah dipadam selepas digunakan / sewaktu keluar meninggalkan rumah.

6. Tetamu yang menginap tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam homestay ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakan pihak homestay berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

7. Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam rumah tanpa kebenaran pihak pengurusan homestay.

8. Sila menjaga kebersiahn di dalam/luar homestay. Gunakan kemudahan tong sampah yang di sediakan untuk membuang sampah / bungkusan makanan yang tidak diperlukan.

9. Tidak dibenarkan membawa masuk semua jenis minuman keras dan binatang peliharaan.

10. Bagi tujuan keselamatan juga, tetamu tidak dibenarkan merokok di dalam homestay. Tetamu boleh merokok di kawasan laman/porch homestay. Sila jaga kebersihan dan saki-baki rokok hendaklah tidak dibuang merata-rata. 

11. Pihak homestay tidak  sama sekali menerima tetamu yang berpasangan atau berkumpulan yang bercampur lelaki dan perempuan dan tidak mempunyai hubungan keluarga atau mahram.

12. Kami memohon jasa baik dan keikhlasan tetamu untuk menjaga rumah dan segala kemudahan/peralatan dengan baik.

13. Dipohon juga supaya penyewa menghormati kawasan kejiranan, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati.

14. Pihak homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kehilangan, kerosakan atau kecederaan pada tubuh badan  atau harta benda tetamu diatas kecuaian dan kelalaian semasa menginap di homestay ini.



























Hit: 0 Laman Asal