PERUMPAMAAN
1.     bagai ayam di bawah kepuk –mendapat keuntungan atau kesenangan tanpa perlu berusaha
2.     bagai balak terendam –orang gemuk yang malas bergerak    3.     bagai beliung dengan asahan –tidak pernah berpisah
4.     bagai buntal kembung,perut buncit di dalamnya kosong –orang yang tidak mempunyai apa-apa tetapi bercakap besar.
5.     bagai cicak makan kapur –seseorang yang mendapat malu kerana kesalahan sendiri     6.     bagai dakwat dengan kertas –perhubungan yang sangat rapat
7.     bagai denai gajah lalu –perkara atau rahsia yang tidak dapat disembunyikan
8.     bagai gagak menggonggong telur –perempuan hodoh yang berpakaian cantik
9.     bagai haruan makan anak –perbuatan bapa yang menganiayai anak sendiri
    10. bagai itik pulang petang -          Orang yang berjalan lambat.
11.bagai kambing dihalau ke air –     Memaksa seseorang melakukan sesuatu yang tidak       disukainya.
12.bagai layang-layang putus tali –   Putus harapan untuk meneruskan hidup
13.bagai melepaskan batok di tangga –     Melakukan pekerjaan dengan tidak bersungguh-sungguh.
14.bagai mendukung biawak hidup –     Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
15.bagai pahat dengan penukul –     Orang yang hanya membuat kerja apabila disuruh.
16.bagai pelita kehabisan minyak –    Wajah yang muram akibat sesuatu perkara yang berlaku.
17.bagai rasa batang pisang –     Keadaan anggota badan seseorang yang sangat sejuk.
18.bagai sireh pulang ke gagang –     Pulang ke tempat yang sepatutnya.
19.laksana batik lasam –     Benda yang semakin lama digunakan semakin baik.
20.bagai telur di hujung tanduk –     Keadaan yang tidak selamat.
21.bagaimana rupa begitulah bayangnya –     Sesuatu sifat itu adalah menutut keadaan asalnya.
22.laksana kunyit dengan kapur –     Sesuatu benda atau perkara itu bersesuaian atau kena pada       tempatnya.
23.seperti anjing berebut tulang –     Seseorang yang tamak kerana berebut harta.
24.laksana golok kayu,ditetak tidak makan,dijual tidak laku –     Seseorang yang mempunyai ilmu yang sedikit.25.seperti api dalam sekam –     Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam.
26.seperti batu jatuh ke lubuk –     Sesuatu yang hilang dan tidak dijumpai lagi.
27.seperti Belanda minta tanah –     Beri sedikit,hendak lebih banyak.
28.seperti rusa masuk kampung –     Keadaan seseorang yang tercengang-cengang apabila tiba di tempat yang baru.
     29.seperti kerbau dicucuk hidung –          Seseorang yang sentiasa mengikut arahan orang lain tanpa Membantah.
     30.seperti ikan dalam belat –          Tempat yang terlalu sesak kerana dipenuhi oleh orang ramai.
     31.seperti duduk di atas duit –          Seseorang yang sangat gelisah dan tidak tenteram.
     32.seperti gagak pulang ke benua –          Tidak berubah keadaan seseorang walaupun sudah lama           merantau.
     33.seperti halilintar membelah bumi –          Bunyi yang sangat kuat.
     34.seperti ular kena palu –         Keadaan jalan yang bengkang-bengkok.
     35.seperti sampah hanyut –          Dipandang hina dan tidak dipeduli oleh masyarakat.
     36.seperti sibuta dapat tongkat –          Menjadi sombong kerana memperoleh kekayaan atau          pangkat.
     37.bagai ayam dimakan tungau –          Wajah yang pucat dan badan yang kurus kerana menghidap penyakit.
     38.bagai aur di atas bukit –          Menyerah diri kepada nasib.
     39.bagai aur dengan tebing –          Hidup tolong menolong.
     40.bagai ayam disambar helang –          Seseorang yang hilang atau mati dengan tiba-tiba.
      41.bagai bertepuk sebelah tangan –          Kasih atau cinta yang tidak berbalas.
      42.bagai bulan penuh –          Wajah yang sangat cantik.
      43.bagai duri dalam daging –          Hal atau perkara yang tidak menyenangkan hati.
      44.bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing-   masing –Mementingkan diri sendiri,tidak bersepakat.
      45.bagai isi dengan kuku –          Perhubungan yang sangat rapat.
      46.bagai kacang lupakan kulit –          Orang yang tidak tahu mengenang budi.
      47.bagai hempedu lekat di hati –           Perhubungan yang sangat akrab


Hit: 0 Laman Asal