PEDOMAN PERIBAHASA1.     Peribahasa merupakan susunan perkataan pendek yang mempunyai maksud tertentu.2.     Peribahasa digunakan untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan serta halus.3.     Peribahasa terbahagi kepada dua bentuk iaitu :(a)  Peribahasa yang mempunyai maksud tersurat seperti simpulan bahasa, bidalan, pepatah, bandingan semacam, dan kata-kata yang mempunyai erti sebagaimana dinyatakan , iaitu apa-apa yang dikatakan, itulah maksudnya.Contoh :·        Keras hati (simpulan bahasa)·        Biar lambat asalkan selamat (bidalan)·        Masa itu emas (kata-kata hikmat)(b) Peribahasa yang mempunyai erti tersirat, contohnya perumpamaan.Dalam peribahasa ini, makna kata-kata yang disebutkan berlainan daripada perkataan itu sendiri.Contoh :·        Seperti si kudung mendapat cincin (perumpamaan)
Hit: 0 Laman Asal