Hari ke lima baru kami masuk Singapore, dah lama tak
pergi Singapore ...dari duit kita mahal sampailah dah jadi
murah.. kami naik bas jerr..tapi faham-faham,lambat oii...
tunggu bas ...


Kami sampai kawasan masjid Sultan...dah tengahari kami makan dulu, restoran memang berderet setentang depan Masjid, nak murtabak, nasi briyani, mee goreng macam- macam ada...

 



Kami singgah solat zohor di Masjid Sultan.. bersih dan cantik masjid ni..cuma tempat ambil wudhuknya jauh ke bawah. Sebab tempat solat wanita di tingkat atas. Lepas solat kami jalan-jalan sekitar Kampung Glam dan merayau di sepanjang Arab Street.



Patutlah di panggil Arab Street, kedai Pak Arab sesajer...




Dah puas merayau sepanjang Arab Street, singgah beli cenderahati, beli Cendol style Singapore... kami pergi ke stesyen MRT sebab nak pergi Marina Bay. Masa jalan tu terpandang lah pulak kat basikal Singapore Post ni... rasa antik sangat !!!.

   Cantik pokok-pokok ni....  macam musim Autum pulak!!! Dari stesyen MRT tu nak menyampai ke Marina Bay penat jugaklah weii..pasal menapak...




Sempat ambil gambar bunga teratai cantik pulak.......
Kami gerak balik dah petang waktu orang balik pejabat.. Hmmm..masak..masa tunggu bas, masa kat Imigresen, punyalah padat dengan manusia...lain kali kalau nak masuk Singapore bawalah kereta..mudah sikit. Cuma kena bayarlah bayaran masuk kenderaan. Banyak tempat tak pergi..lain kalilah In Shaa Allah.
Hit: 0 Laman Asal