Jika kita membeli kek di pasaraya, kita akan mendapati kek itu tahan berbulan-bulan walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk. Apakah rahsianya? Jawapannya ialah kilang-kilang atau pengusaha kek ini menggunakan bahan pengawet bagi mengekalkan mutu makanan supaya ia tahan lama. Bahan pengawet ini menghalang makanan dari dirosakkan oleh kulat, bakteria atau fungus.Menurut piawaian United State Food and Drug Administration (USFDA), ada beberapa jenis pengawet dibenarkan untuk digunakan dalam makanan seperti:
a) Calcium Propionate
b) Potassium Sorbate
c) Propylparaben
d) Sodium Benzoate
e) Sodium Diacetate
f) Sodium Propionate
g) Sorbic Acid

Di Malaysia , para peniaga kek menggunakan Potassium Sorbate ataupun Sodium Benzoatesebagai bahan pengawet dalam kek termasuk juga dalam pembuatan kek lapis. Jika anda peniaga kek dan mahu kek anda tahan lama anda, boleh gunakan bahan-bahan ini.Tetapi penggunaannya hendaklah mengikut sukatan yang betul. Jika berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan pelanggan anda. Selain dari menggunakan pengawet, kek mentega misalnya akan tahan 4-5 hari jika disimpan dalam peti sejuk. Caranya ialah bungkus kek dengan plastic wrap atau kertas aluminium dan masukkan dalam bekas bertutup. Anda juga boleh dingin bekukan kek tersebut untuk beberapa bulan. Untuk kek lapis yang tiada pengawet, ia akan tahan 1 bulan jika disimpan dalam petisejuk manakala yang berpengawet akan tahan sehingga 3-4 bulan. Cara anda mengendalikan kek itu juga mempengaruhi jangka hayatnya. Tangan hendaklah bersih semasa memegang kek dan pastikan ia disimpan di bekas bertutup.       Sumber - Hajah Noraini
Hit: 8 Laman Asal