Kelantan dakwa gas di zon Bunga Kamelia didaratkan di Terengganu

KOTA BARU: Kerajaan Kelantan mendakwa gas di Blok PM301 dari zon Bunga Kamelia yang terletak berhampiran perairan negeri itu akan didaratkan di Kemaman, Terengganu.

“Walaupun ia lebih dekat dengan negeri Kelantan, paip sebesar 15 inci dipasang untuk mendaratkan gas tersebut di pelantar di Kemaman, sekali lagi Kelantan terlepas,” kata Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa.

Menurut beliau, Petronas akan mendaratkan gas dari zon Bunga Kamelia itu pada bulan Jun tahun depan dengan kapasiti 110 juta kaki padu sehari.

Katanya, jika harga gas dalam anggaran USD12 hingga USD14 sekaki persegi bermakna jumlah royalti ialah antara RM400 dan RM547 juta setahun.

Petronas, kata Husam telah menemui enam kawasan minyak baru di BLok PM301 sejak tahun 2001.


Husam memberitahu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk menambah anggota jawatankuasa khas tuntutan petroleum kerajaan negeri Kelantan dengan mengundang penyertaan golongan profesional, NGO serta Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kelantan.

Jawatankuasa ini berbeza dengan penubuhan jawatankuasa khas mengkaji secara adil dan telus berhubung pembayaran hasil petroleum kepada negeri-negeri di pantai timur yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah menghantar surat kepada Najib mengenai tuntutanronyalti gas tetapi belum ada jawaban.

“Kita berharap Perdana Menteri memberi jawaban sama ada menolak tuntutan itu atau mempertimbangkannya,” kata Husam.

http://greenboc.blogspot.com/2012/09/royalti-tak-bayar-kebas-pula-minyak.html
Hit: 0 Laman Asal

Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/waktusolat/public_html/modules/mod_out/extract_main.php on line 66