Pergi ke Ayat
Sedang

Surah Al-Hajj (الحج)

78 ayat • Madaniyah

حُنَفَاء لِلَّهِ غَيْرَ مُشْرِكِينَ بِهِ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَكَأَنَّمَا خَرَّ مِنَ السَّمَاء فَتَخْطَفُهُ الطَّيْرُ أَوْ تَهْوِي بِهِ الرِّيحُ فِي مَكَانٍ سَحِيقٍ
Melayu: (Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan).
English: Turning unto Allah ( only ) , not ascribing partners unto Him ; for whoso ascribeth partners unto Allah , it is as if he had fallen from the sky and the birds had snatched him or the wind had blown him to a far off place .
中文: 同时为真主而信奉正教,不以物配他。谁以物配真主,谁如从天空坠落,而被群鸟夺走,或被大风扫荡到远方。
ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
Melayu: Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar ugama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.
English: That ( is the command ) . And whoso magnifieth the offerings consecrated to Allah , it surely is from devotion of the hearts .
中文: 事情就是这样的,谁尊敬真主的标识,那是心中的虔诚发出的。
لَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ إِلَى أَجَلٍ مُّسَمًّى ثُمَّ مَحِلُّهَا إِلَى الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Melayu: Kamu beroleh berbagai-bagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu hingga ke suatu masa yang tertentu (bagi menyembelihnya); kemudian waktu menyembelihnya ketika sampai di tanah haram Baitullah yang tua sejarahnya itu.
English: Therein are benefits for you for an appointed term ; and afterward they are brought for sacrifice unto the ancient House .
中文: 牲畜对于你们,有若干利益,至于一个定期,然后(屠宰它们作供献)的合法地方应该是古房的附近。
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكاً لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
Melayu: Dan bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat -
English: And for every nation have We appointed a ritual , that they may mention the name of Allah over the beast of cattle that He hath given them for food ; and your God is One God , therefor surrender unto Him . And give good tidings ( O Muhammad ) to the humble .
中文: 我为每个民族制定一种供献的仪式,以便他们记念真主之名而屠宰他所赐他们的牲畜。你们的神明是独一的神明,故你们应当只归顺他。你应当以喜讯传示谦恭者。
الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَى مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ
Melayu: Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan sembahyang, serta orang-orang yang mendermakan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepadanya.
English: Whose hearts fear when Allah is mentioned , and the patient of whatever may befall them , and those who establish worship and who spend of that We have bestowed on them .
中文: 当记念真主的时候,衷心感到恐惧者--感到战栗者--忍受苦难者、谨守拜功者、分舍我所赐之物者,
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّهِ لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ فَإِذَا وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Melayu: Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar ugama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
English: And the camels! We have appointed them among the ceremonies of Allah . Therein ye have much good . So mention the name of Allah over them when they are drawn up in lines . Then when their flanks fall ( dead ) , eat thereof and feed the beggar and the suppliant . Thus have We made them subject unto you , that haply ye may give thanks .
中文: 我为你们以骆驼为真主的标志,它们对于你们有许多用处;它们排列成行的时候,你们应当为屠宰它们而记念真主之名;当它们侧卧在地上的时候,你们可以吃它们的肉,并应当用来款待知足的贫民和乞讨的贫民。我为你们制服它们, 以便你们感谢。
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى مِنكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ
Melayu: Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.
English: Their flesh and their blood reach not Allah , but the devotion from you reacheth Him . Thus have We made them subject unto you that ye may magnify Allah that He hath guided you . And give good tidings ( O Muhammad ) to the good .
中文: 它们的肉和血,都不能达到真主,但你们的虔诚,能达到他。他为你们这样制服它们,以便你们为真主对你们的引导而尊崇他。你应当向行善者报喜。§
إِنَّ اللَّهَ يُدَافِعُ عَنِ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ خَوَّانٍ كَفُورٍ
Melayu: Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
English: Lo! Allah defendeth those who are true . Lo! Allah loveth not each treacherous ingrate .
中文: 真主必定要保护信道者,真主确是不喜爱每个忘恩负义的叛逆者的。
أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
Melayu: Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).
English: Sanction is given unto those who fight because they have been wronged ; and Allah is indeed Able to give them victory ;
中文: 被进攻者,已获得反抗的许可,因为他们是受压迫的。 真主对于援助他们,确是全能的。
الَّذِينَ أُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ بِغَيْرِ حَقٍّ إِلَّا أَن يَقُولُوا رَبُّنَا اللَّهُ وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُم بِبَعْضٍ لَّهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيراً وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
Melayu: Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: "Tuhan kami ialah Allah". Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja (kaum Nasrani), dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; -
English: Those who have been driven from their homes unjustly only because they said : Our Lord is Allah . For had it not been for Allah ' s repelling some men by means of others , cloisters and churches and oratories and mosques , wherein the name of Allah is oft mentioned , would assuredly have been pulled down . Verily Allah helpeth one who helpeth Him . Lo! Allah is Strong , Almighty .
中文: 他们被逐出故乡,只因他们常说:“我们的主是真主。 ”要不是真主以世人互相抵抗,那么许多修道院、礼拜堂、犹太会堂,清真寺--其中常有人记念真主之名的建筑物--必定被人破坏了。凡扶助真主的大道者, 真主必定扶助他;真主确是至强的,确是万能的。