Anda sedang mnecari satu program E-LEARNING untuk anak anda? Sila Klik.
Pernah dengar tentang SCORE A????
Apakah sebenarnya program Score A?
Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output. Sistem pembelajaran output bermaksud sistem pembelaja...
Pernah dengar tentang SCORE A????
Apakah sebenarnya program Score A?
Program Score A adalah satu program pendidikan yang menggunakan sistem internet dan juga sistem mesej ringkas ataupun sms. Program ini melibatkan tiga buah pihak iaitu portal pendidikan berdasarkan sukatan pelajaran Malaysia, pelajar dan juga ibubapa. Daripada segi cara pembelajaran, kaedah yang diterapkan di dalam pembelajaran Score A adalah sistem pembelajaran output. Sistem pembelajaran output bermaksud sistem pembelajaran secara aplikasi iaitu penggunaan ilmu pengetahuan yang didapati daripada sistem pembelajaran input. Sistem pembelajaran input ialah satu sistem penerimaan ilmu seperti di sekolah dan juga pusat tuisyen. Score A boleh difahami dengan lebih mudah apabila dianggap sebagai sistem latih tubi menjawab soalan dengan menggunakan teknologi maklumat sebagai perantaraannya. Segala keputusan akan disemak secara elektronik dan panduan diberikan kepada pelajar agar memahami jawapan yang betul setelah percubaan menjawab soalan dibuat. Program Score A juga telah mula menerapkan pembelajaran input dengan konsep "e-notes" yang amat berguna khususnya kepada pelajar -pelajar yang tidak menghadiri persekolahan di Malaysia contohnya pelajar yang berada di luar negara.
Ibubapa pula akan dihubungi dengan sistem SMS agar dikemaskini dengan pencapaian anak -anak secara mudah, cepat dan tepat. Kad laporan disediakan secara elektronik dan ibubapa boleh mengawasi mutu pembelajaran anak -anak mereka dari masa ke semasa dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak -anak tersebut. Setiap soalan yang dijawab dan juga setiap percubaan yang dilakukan akan direkodkan agar dapat memberi gambaran sebenar pembelajaran anak -anak. Ibu bapa secara mudahnya dapat merujuk rekod pencapaian anak- anak di mana sahaja dengan kemudahan internet. Adalah menjadi kerisauan terhadap sikap ibubapa apabila mereka meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk mendidik anak mereka menjadi cemerlang. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu bersangka baik terhadap tahap akademik anak mereka tetapi jangkaan mereka meleset apabila menerima kad laporan akademik daripada pihak sekolah. Kad laporan yang diterima dari pihak sekolah hanya di pertengahan tahun dan akhir tahun, kadangkala sudah terlewat bagi ibubapa untuk memperbetulkan keadaan. Program Score A ini menjadi penyelesaian kepada masalah berkenaan.
Program Score A telah diasaskan pada tahun 1999 dan menghadapi era penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama 3 tahun. Score A memberikan fokus kepada pembelajaran daripada tahun satu sehingga tingkatan lima kerana pendidikan secara online lebih menepati konsep jawapan objektif yang dipraktikkan di dalam sistem peperiksaan utama di Malaysia terutamanya UPSR, PMR & SPM. Score A adalah merupakan sistem pembelajaran online yang seiring dengan teknologi dunia tanpa sempadan dan merealisasikan aspirasi kerajaan bahawa "satu rumah satu komputer" yang menyedarkan faedahnya kepada masyarakat. Program Score A telah melengkapkan sistem pembelajaran di Malaysia dengan kaedah pembelajaran online yang sudah diterapkan di negara - negara maju sebelum ini.
Siapa berminat , harap dapat hantar mesej kpd saya..nanti saya akan terang dengan lebih lanjut.
P/S .SORI...PAK CIK TUMPANG LETAK IKLAN....HARAP TAK DIKENAKAN CAJ YE......NANTI KALAU MAI TAIPING ....KAK ANJA BELANJA MI UDANG...
Sesungguhnya tiap tiap kesukaran ada disertai kemudahan......
".. Kalau Mira rasa selamat dari Neraka, Miralah ahli Neraka.." petikkan drpd www.geocities.com/meowthewerewolf/Tazkirah/MeowAMA.htm