Asis the Gladiator
Asis the Gladiator
17 years
1747 views

Sultan perak

wahai watak rakyat jelata sekalian....

apa pandangan kau orang sebagai watak orang kebanyakan dan rakyat jelata yang betul betul jelata.

Isu berkaitan dengan konflik politik di Perak.

so ulaslah sikit

kita mesti tahu apa yang kita buat
32 comments
Share this post

Comments (32)
puterarindu
nama lagikan sultan perak

nak wat camno

sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
16 years
Zana.
Sahabat....

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
16 years
ashfat
Laaaaa Zai,

depa tak jumpak lagi ke Mr. Right?

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.
16 years
yleadh
hermmm boring... baca je le sapa yg nak baca.. tak nak sudah..

heh heh heh

Peristiwa 13 Mei 1969 sudah 40 tahun berlalu. Inilah sejarah hitam negara yang banyak memberi pengajaran kepada kita. Banyak perubahan berlaku hasil daripada peristiwa ini dan salah satu yang penting ialah lahirnya ‘Rukun Negara’. Secara rasmi pada tanggal 31 Ogos 1970 bergemalah ikrar “MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Ada baiknya perkembangan semasa di Perak ini dilihat dari sudut prinsip-prinsip Rukun negara kerana seperti yang diungkapkan:

"Isu sebenarnya adalah perlembagaan dan kedaulatan undang-undang, dan sistem beraja dilindungi selagi mendukung keunggulan perlembagaan dan hasrat rakyat."

Teringat saya satu soalan yang diajukan oleh pensyarah saya (Prof. Shad) yang mengajar Undang-Undang Perlembagaan; ‘in Malaysia, the supremacy is vested on whom? Agong or Parlimen or Constitution or PM? Soalan asas yang agak sukar untuk dijawab kerana apa yang tersurat, lain pada yang tersirat dan lain pula pada hakikat! Malaysia adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan dan setiap negeri di bawahnya diketuai oleh seorang Sultan atau Yang Dipertua Negeri.

Berbalik kepada Rukun Negara, cuba lihat pada susun tertibnya. Rasanya bukan secara kebetulan tetapi ada signifikasinya. Sebagai sebuah negara beragama dengan Islam sebagai ‘the religion of the Federation’ dan dikuatkan dengan beberapa peruntukan lain seperti sumpah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan menyebut nama Allah dan peruntukan mengenai perbelanjaan ke atas institusi-institusi Islam, jelaslah tentang kedudukan istimewa agama Islam dan secara langsung menolak dakwaan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Apa perlunya prinsip ‘kepercayaan kepada Tuhan’ dalam konsep kenegaraan? Prinsip ini mengingatkan rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawab kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya dikaitkan kepada adanya alam akhirat atau Hari Pembalasan.

Prinsip kedua iaitu ‘Kesetiaan pada Raja dan Negara’ mengingatkan kita tentang institusi terpenting negara iaitu Agong (YDPA) atau Raja (Sultan) di negeri-negeri. Secara rasmi Agong atau Sultan adalah ketua negara/negeri yang kemudiannya mewakilkan kepada Perdana Menteri (PM) bagi negara, Menteri Besar (MB) atau Ketua Menteri (KM) bagi negeri-negeri. Pemilihan PM berdasarkan pilihan Agong yang pada pandangannya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dan begitu juga MB berdasarkan pilihan Raja/Sultan yang pada pandangannya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN).

Isu Perak bermula daripada perlantikan Dato’ Seri Dr. Zambry sebagai MB Perak mengantikan Dato’ Seri Nizar yang tidak hilang jawatannya sebagai MB melainkan beliau meletakkan jawatannya atau mendapat undi tidak percaya dalam persidangan DUN. Inilah penghakiman pada 11 Mei lalu apabila Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa DS Nizar adalah MB Perak yang sah. Kesannya ialah DS Dr. Zambry adalah MB yang tidak sah. Walaupun Dr. Zambry mendapat perintah ‘stay of execution’, hakikatnya beliau masih lagi MB yang tidak sah! Perak dalam bahaya. Ada MB yang sah tetapi tiada kuasa eksekutif, ada MB yang tidak sah tapi diberi kuasa eksekutif!

Disebabkan ‘Kesetiaan kepada Negara’lah rakyat masih bersabar dan bergantung sepenuhnya kepada ‘Keluhuran Perlembagaan’. Perlembagaan menjadi rujukan tertinggi! Tapi ada juga peruntukan perlembagaan sama ada Persekutuan atau Perlembagaan Negeri yang kabur atau dalam maksud lain ‘memberi ruang kepada tafsiran’. Semua orang berhak membuat tafsiran tetapi tafsiran muktamad ialah dari Mahkamah. Perlembagaan juga yang menetapkan bahawa Mahkamah mempunyai kuasa keramat ini. Cuma di peringkat mana? Keputusan hakim Mahkamah Tinggi boleh dibatalkan oleh hakim Mahkamah Rayuan dan keputusan hakim Mahkamah Rayuan boleh dibatalkan oleh hakim Mahkamah Persekutuan. Maknanya kewibawaan terletak pada hakim-hakim Mahkamah Persekutuan. Isu yang sering timbul ialah setakat mana kebebasan hakim dalam membuat penghakiman ini? Siapa yang melantik mereka? Adakah Parlimen atau PM atau Agong? Akhirnya, rakyatlah yang akan membuat penghakiman sendiri melalui satu undi yang mewakili satu suara, dan jika suara ini banyak maka kesannya juga bagaikan dentuman tsunami! Inilah maksudnya ‘Kedaulatan Undang-Undang’ iaitu apa sahaja tindakan mestilah selaras dengan undang-undang dan setiap tindakan yang akan diambil mestilah tidak membelakangi undang-undang!

Akhirnya ialah ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Ada perkara yang sah di sudut undang-undang tetapi dianggap tidak bermoral atau kurang sopan. Contoh di Perak ialah isu ‘lompat parti’. Sudahlah yang melompat itu dipersoalkan integritinya. Maklumlah ada tuduhan rasuah, kemudian melompat parti pula. Maknanya, si wakil rakyat ni tidak bersopan dan tidak bertatasusila. Tetapi dari sudut undang-undang perbuatannya masih sah.

Kemelut atau krisis yang melanda Perak entah bila akan berakhir. Mengkut undang-undang pun tidak semestinya bermoral! Pilihan terbaik rasanya ialah seperti saranan Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang juga ‘orang undang-undang’:

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihannya, iaitu haka asasi manusia,” kata Tan Sri Abu Talib Othman.

- Ibnu Ramlee al-Tayyibee

"Udep Sare Mati Syahid"
16 years
ZAI
Untuk sape yang nama right...
17 years
yUsAnGgErIk
nape la sume org selalu cari mr right

hensem sgt ke mr right tu

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..
17 years
ZAI
Left,right,left,right...

Sah mat polis.....
17 years
yUsAnGgErIk
bukan tunggu mr right la

anggerik tunggu mr left

Aku masih berdiri dan akan terus berlari..
17 years
ashfat
Alaikumsalam Zai,

Entah le. Anggerik malu nak dedahkan,

takut-takut putera jealous pulak.

senyuman itu adalah sebahagian daripada iman.
17 years
ZAI
Assalammualaikum semua sahabat,

mr. right anggerik tu keje bhgn peperiksaan ke..
17 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.