"Kisah berlaku di sebuah negara yang
tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan
damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk
berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu ...
"Kisah berlaku di sebuah negara yang
tidak dapat dipastikan namanya.Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan
damai.Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.
Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk
berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.
Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah,jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam.
Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat.
Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.
Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya.Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.
Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu
jari kepada hadirin.Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.
Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima
jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.
Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi.Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan
gembala kambing menunjukkan telur ayam
ditangan.Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.
Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing.Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan
soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan
dan gembala kambing.Cendekiawan pun mula bercerita...
"Sungguh patik akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan patik, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah *****a yang
pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.
Jawapannya betul kerana ada sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah).."
"Patik tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila patik tunjukkan lima
jari, maksudnya adakah islam setakat itu
sahaja? Jawapan yang diberikan enam
jari, sebab rukun islam disokong oleh rukun iman yg enam."
" Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa yang menjadikan bumi. Bila patik mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau
kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."
" Ayam tu sebenarnya soalan bonus...apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah... Sesungguhnya patik amat berbesar hati dan berjanji akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. "
Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut. Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan
ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor?
Gembala kambing pun bercerita...
" Patik sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing patik satu. Jadi patik
menjawab, dua pun patik boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan patik jawab lima pun boleh.
Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah patik boleh bagi enam pada dia. "
" Lepas tu dia tunjuk bulatan,maknanya dia nak semua kambing patik. Patik pun tunjuklah penumbuk..ah, lemak ah cenggitu..org bagi dah enam, dia nak semua..patik pun ada 12 ja..sorg separuh boleh la..Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je leh tunjuk kuat? Patik pun tunjuk pisau kontot patik. Sekurang-kurangnya patik pun kuat juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak! Amboi... mentang-mentanglah dia kaya,selalu makan ayam...
Patik pun tanak mengalah..patik pun mampu... tapi telur ayam jelah.. Walaupun tak puas hati patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "
Tergelak besar Raja mendengar penjelasan
gembala kambing tersebut. Sungguh
besar keagungan Tuhan... walau dengan
cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela............ semoga hari ini lebih baik dari semalam..
wow menakjubkan...soalan lain jawapan lain kefahamn lain tp akhirnya sumenye menjadi satu... Carilah cinta yang sejati
Yang ada hanyalah padaNYA
Carilah cinta yang hakiki
Yang hanya padanya yang Esa