Dah cuba baca Ssssst.....Rahsia Alam Ghaib? Nampaknya kurang respon lah. Kalau macam kat TV3 tu7 menarik kut? Tak ada sekarang saya sambung lagi('kulliah' saya):
SUMBER PENGOBATAN
Allah telah menjadikan dunia ini penuh dengan sumber yang boleh di gunakan oleh manusia untuk pelbagai tujuan. Contohnya Alah menjadikan segala alam flora dan fauna, binatang, pokok tumbuhan, herba, air, udara dan pelbagai kimia adalah sebagai bahan mentah yang akan digunakan oleh binatang yang boleh berfikir (manus...
Dah cuba baca Ssssst.....Rahsia Alam Ghaib? Nampaknya kurang respon lah. Kalau macam kat TV3 tu7 menarik kut? Tak ada sekarang saya sambung lagi('kulliah' saya):
SUMBER PENGOBATAN
Allah telah menjadikan dunia ini penuh dengan sumber yang boleh di gunakan oleh manusia untuk pelbagai tujuan. Contohnya Alah menjadikan segala alam flora dan fauna, binatang, pokok tumbuhan, herba, air, udara dan pelbagai kimia adalah sebagai bahan mentah yang akan digunakan oleh binatang yang boleh berfikir (manusia) sebagai bahan mentah bagi pelbagai tujuannya.
Yang pastinya, semua sumber yang dianugrahkan oleh Allah ini adalah sebagai bahan mentah yang boleh kelihatan dengan mata (nyata dan zahir) di merata rata tempat sekeliling kita. Tetapi produk yang di hasilkan dari bahan tersebut akan di dapati hanya di dalam dua ketagori sahaja. Iaitu produk Alam Nyata dan Produk Alam Ghaib (tidak nyata). Contoh produk Alam Nyata ialah seperti ubat deman Malaria dari bahan sejenis tumbuhan, sedangkan produk dari Alam Ghaib seperti ubat sihir buatan orang adalah dari bahan jampian dan penawar dari mentera atau ayat ayat jampi tertentu. Dan kita semua tahu bahawa, semua bahan yang digunakan oleh ahli sain ubat demam Malaria dan ahli ilmu ubat sihir tadi, adalah dari alam nyata dan terdapat di sekeliling kita.
KEAHLIAN DALAM PENGOBATAN.
Hanya orang yang ahli sahaja, baik saintis mahu pun ahli ilmu lain, yang dapat mengenalpasti mana bahagian dari sebatang pokok itu menjadi ubat, mana yang bukan. Mana pula dari ayat itu mendadi ubat dan mana yang bukan. Di samping itu bukan sekadar mngetahui mana yang menjadi ubat dan mana yang bukan sahaja, seorang ahli itu juga mesti mngetahui ‘dos’nya – berapa banyak diperlukan, berapa kali sehari, waktu mana nak makan/nak baca, apa langkahnya dll.
Sepertimana seorang ahli ilmu (ulama) lain, ahli saintis yang ada ilmu pengetahuan dalam bidangnya, akan mengkaji dan mengetahui bagaimana formulanya untuk mengadun bahan bahan mentah tadi menjadi sesuatu produk keperluan manusia, begitulah juga seorang ahli ilmu dalam bidang ilmu yang lain melakukannya.
Ahli ilmu kebatinan juga akan mencari dan meneroka segala sumber sumber pemberian Allah yang ada dengan cara caranya dan ‘tools’ yang tersendiri bagi mendapatkan formula tertentu untuk mencapai tujuannya. Sepertimana soerang saintis boleh berjaya dalam formulanya, mengapa pula seorang ahli ilmu lain tidak boleh berjaya pula?.
ALAM NYATA DAN ALAM GHAIB.
Kepercaayan kepada dua alam ini adalah satu kepercayaan manusia yang waras. Manusia yang tak waras akan percaya kepada mana mana satu alam sahaja. Ahli bahawa mempercayai ujudnya nama abstrek sepertiman ahli akauntan percaya adanya ‘intangible asset’. Ahli sain percaya ada unsur tertentu apabila mereka gagal mencari jawapan mengapa apabila pokok peria yang di tanam bersebelahan dengan pokok labu dalam pasu yang sama, menggunakan tanah, baja dan air yang sama, berbuah lain rasanya – satunya pahit dan yang satu lagi manis. Kajian sain itu hanya dapat mencernakan WHAT tetapi tidak dapat mencernakan WHY.
Sebenarnya kuasa pancaindera manusia dan alat alat rekaan manusia adalah lemah dan tidak dapat merasai semua perkara walaupun ianya di depan mata kita. Kita boleh melihat otak, tetapi kita tidak dapat merasai fikiran, kita merasai karan letrik tetapi tidak pula dapat melihatnya. Kita boleh melihat cahaya tetapi tidak boleh memegangnya !
Dengan berpandukan kepada beberapa kitab dan penulisan oleh ahli ilmu dahulukala, kita cuba membongkar dan mencari formula formula bagi membangunkan perisai diri atau mengobati penyakit alam ghaib itu.
Sekarang mari kita kaji dan lihat satu persatu.
PERISAI DIRI: KELEBIHAN MAMBACA BISMILLHIR RAHMANNIR RAHIM
Saya akan salinkan sepenuhnya perkataan demi perkataan satu para dari sebuah nashkah lama yang di tulis oleh almarhum Haji Wan Din Bama bin Embong bin Abu Bakar dari Pettani, Jalan Prachin, Yala, Thailand. Yang dapat ijazah dari gurunya dari gurunya turun temurun.Bahasa tulisannya adalah dalam jawi kono logaht Pattani, Thailand:
Dalam pendahuluan tulisannya beliau menyebut mengenai khasiat amalan membaca Bismillahir Rahmannir Rahim:
“ sesungguhnya tiada syak lagi di hati kita nahawasanya ilmu dan pengetahuan dan kepandaian itu ialah yang sebaik baiknya menjadi sahabat bagi kita kerana dengandialah yang boleh menyebabkan bagi kita sekalian kemulian dan kebesaran dan dengandia juga yang boleh melepaskan bagi kita daripada beberapa bala dan kejahatan danlain lainnya dengan kerana itu maka inilah hamba kutip dan pungutkan daripada setengah setengah kitab yang muktabar dan hamba ijazahkan dari segala guru guru dengan petua yang telah diuji beberapa kali dan jikalau bukan layak dan patut bagi hamba sekalipun tetapi takut hilang lenyap hak segala ulama dan guru kami telah amalkandia dan telah mujarrab. Maka inilah hamba himpunkan jadi suatu kitab yang kecil bagi saudara saudara kita atau kepada anak cucu kita boleh ambil guna hambong pergi maka haraplah hamba kepada sesiapa yang membaca kitab ini di cubakanlah tiap tiap suatu mudahmudahan supaya dapat manfaat dengandia seperti perkataan hukama’ la hakimun ila bittajribah ertinya tiada kepandaian itu malaikan dengan dicuba kerana yakin itu ada lima bahagian, yang pertama yakin dengan mushahadah ertinya yakin yang boleh di pandang dengan mata kepala seperti hitam putih dan lain lainnya. Yang kedua yakin dhururiah ertinya yakin dengan mudah seperti kata sesaorang satu itu setengah dua dan semua itu banyak dari separuh. Yang ketiga yakin Mujarrobah ertinya yakin dengan dicuba seperti segala ubat ubatan tiada dapat yakin malaikan kemudian daripada dicuba. Keempat yakin mutawatirah ertinya yakin dengan mendapat perkhabaran yang berturut turut. Kelima yakin hadisiah ertinya dengan di kira kira seperti ilmu nujum dan falak dan hisab, adapun ubat ubatan maka masuklah yakin dengan di cuba maka jika sekira kiranya barangsiapa yang berkehendak kepada kemenangan diatas maqam asbab maka hendaklah di cuba mudahmudahan mendapat manfaat dengandia.....â€
“Adapun kemudian daripada itu maka ini beberapa faedah hamba himpunkan risalah ini mengandungi di dalamnya bijian mutiara dan intan berlian yang indah segala warnanya yang gilang gemilang cahayanya yang di ambil daripada segala laut yang dalam dalam lagi luas ialah daripada segala ulama ulama dan guru guru kami yang mursyid lagi masyhor namanya yang tersebut setengah setengah namanya di dalam risalah ini bagi tuan tuan yang melihat risalah ini boleh ambil buat amalan dengan ikhlas niatnya serta tekun amalannya insyaallah dapatlah segala maksud ajaib ajaib dan patut bagi tuan tuan simpan supaya jadi tidak hilang lenyap hak segala ulama dan guru kita yang dahulu dan kemudian yang telah merekaitu amalkandia telah mujaraab dan ada punkejayaan bagi tiap tiap satu perkara itu terserahlah kepada Allah Subhanahu wa Taala...........................â€
“Fawaid fi ba’di fadhaili basmalah...ini beberapa faedah pada menyatakan setengah daripada kelebihan bismillah. Ketahui olemu bahawasanya kalimah bismilahhir rahmanir rahim itu kalimat yang barangsiapa tahqiq ia dengandia...........â€
“..........dan setengah daripada barang menunjukan ia atas kelebihan bismiallah itu barang yang menyebutkan akandia oleh al alamah alkhatib di dalam muqadimahnya atas sekira kira kata ia sesungguhnya mula mula barang yang di turunkan atas nabi Allah Adam alaihis salatu wassalam itu bismaillah maka jadilah Adam itu membanyakkan ia akan membacanyakandia maka di terima Allah akan taubatnya dan di ampuninyalah akan segala dosanya kemudian di anghkatkan akandia kemudian daripadanya. Kemudian di turunkannya akandia atas nabi Allah Noh alihis salatu wassalam maka membaca ia akan dia pada hal ia di dalam bahteranya maka sesbab itu berhentilah ia atas bukit Juddi kemudian di angkatkan dia akandia kemudian daripadanya.
“......kemudian diturunkandia atas Nabi Ibrahim alaihis salatuwas salam maka di bacanya akandia pa hal di kafatul manjenik maka di jadikan oleh Allah akan api sejuk dan sejahtera atasnya kemudian di angkatkandia daripadanya kemudian diturunkankannya akandia atas Nabi Musa alaissalatuwas salam dengandialah dipecahkan oleh Allah akan laut itu bagi Nabi Allah Musa kemudian di angkakannya akandia kemudian daripadanya kemudian di turunkannya akandia atas Nabi Allah Sulaiman alaihisalatuwas salam sebsb itu mengikutlah ia baginya oleh segala jin dan manusia dan burung maka adalah ia tiada di bacanya akandia atas suatu juapun malainkan mengikutlah ia baginya pada ketika itu jua dengan izin Allah kemudian di angkatkan dia kemudian daripadanya kemudian diturunkan keatas Nabi Allah Isa alaihisalatuwas salam maka jadilah dengan berkatnya menyembuhkan ia orangyang diperanakkan akandia hal keadaannya buta dan menyembuhkannya akan orangyang sakit danlagi adalah dengandia mnghidupkan ia akan segala orangyang mati dengan izin Allah kemudian di angkatkannya akandia daripadanya, kemudian diturunkannya akandia atas Nabi kita Muhammad saw maka adalah baginya kemenangan yang besar dan telah bersumpah Allah bahawa sesungguhnya tiada menyebut dengannya yakni dengan bismillah itu oleh seorang mukmin atas suatu jua pun malainkan di beri berkat baginya padanya dan tiada membaca akandia oleh seorang daripada umat Muhammad saw pada hal ia menuntutkan sesuatu hajat malainkan dianugerahkandia oleh Allah Taala betapa ada ia. Intaha.â€
“Danlagi setengah daripada khasiat bismillah itu bahawasanya barangsiapa membaca ia akandia pada hampir hendak tidurnya 21 kali nescaya disentosa akandia oleh Allah pada demikian malam itu daripada syaitan yang kena rejam dan daripada pencuri dan daripada mati terkejut dan ditolakkannya daripadanya akan tiap tiap bala dengan izin Allah Taala telah sah.â€
[ Anda boleh e mail kepada saya cyberstokist@lycos.com untuk mendapatkan petua (prescription) cara mengamalkan Pagar Diri ayat Bismillah]
Dalam beberapa kitab penulisan yang di tulis oleh Tok Guru Pondok sekitar 1950an, saya mendapati ada tujuh jenis Bismillah yang di rujukkan sebagai sangat mujarrab untuk beberapa khasiat tertentu. Ada yang merujuknya sebagai Bismillah Enam dan ada yang merujuknya sebagai Bismillah Tujuh. Bismillah Tujuh atau Enam ini pernah di sebut sebagai Isem Enam atau Tujuh.
....nanti sambung lagi dalam Rahsia Pagar diri III
Waalaikumussalam,
Sejuk hati ana bila baca komen ajay. Ya ana setuju tu... enta cakap fasal pagar dalam kubur, ana cakap fasal pagar di dunia..kita saling mencakupi. Terima kasih ajay....but lah atikel sikit pasal pagar kubur pasti rmai nak baca. Maklum lah zaman sekarang orang semua sibuk jadi tak sempat nak berkulliah di mesjid, boleh baca2 dalam web pun alhamdulliah...asal mau baca....
Amacam Putra..lembu kambing tak makan pucuk ubi takut kembung...tak payah pagar lah tu.
assalammualaikum..
kat dunia nie leh lah kita nak perisai perisai utk diri kita.....
bagaimana lak nak perisai kan diri kita dlm kubur? yaumil Mahsyar....dan seterusnya ...
utk pengetahuan kita bersama.....
1.solat tahajud- memberi cahaya dlm kubur....dikala gelap gelita...
2.baca al-qur'an--al-qur'an akan dtg dlm kubur menyerupai seorang pemuda kacak....yang mana tak kan berpisah darinya....sehingga malaikat menyoal pun tak leh rapat...
3.solat berjemaah---masjid/surau akan dtg umpama batera utk melintasi titian sirat.....
4.hafiz al-qur'an---memberi jaminan bukan dirinya sahaja..bahkan mak ayah dia sekali...
banyak lagik......
wallahualam... MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
terima kasih buat khazi dan ajay atas info yg berguna.
syukran jazilan
wassalam