Quote: "Kereta naza semuanya lauya, naza ria nak tukar timing belt pun
sampai RM2000.00 dah lah minyak kuat nak jual balik tak ada harga,
nampaknya bagi kat bapak aku pakai pegi surau ajelah"
> KALAU BETUL KITA BELI KERETA NAZA IKUT NASIB, BACALAH LAPORAN YG
PANJANG LEBAR INI:-
>
>
>
> LAPORAN KEROSAKAN NAZA SUTERA
>
>
>
> Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada
berjuta kali jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana
ku...
Quote: "Kereta naza semuanya lauya, naza ria nak tukar timing belt pun
sampai RM2000.00 dah lah minyak kuat nak jual balik tak ada harga,
nampaknya bagi kat bapak aku pakai pegi surau ajelah"
> KALAU BETUL KITA BELI KERETA NAZA IKUT NASIB, BACALAH LAPORAN YG
PANJANG LEBAR INI:-
>
>
>
> LAPORAN KEROSAKAN NAZA SUTERA
>
>
>
> Untuk perhatian tuan, lain kali saya perlu berfikir lebih daripada
berjuta kali jika ingin membeli kereta kereta keluaran NAZA kerana
kualiti kenderaan yang amat teruk dan tidak menjaminkan. Saya telah
membeli kereta NAZA Sutera 2 bulan lepas iaitu pada 1hb Ogos 2006
selepas menanti selama lebih kurang 4 bulan dimana wakil jualan tuan
gagal membekalnya dalam tempuh yang telah dijanjikan oleh pihak Syarikat
FS Trading Sdn Bhd iaitu dalam tempuh 2 minggu sahaja. Disini saya ingin
menyatakan kekesalan yang amat sangat terhadap kereta yang telah
dibekalkan oleh pihak tuan dan memohon supaya ianya dapat DIGANTIKAN
DENGAN KENDERAAN YANG BARU. Inilah keadaan kenderaan yang telah
dibekalkan kepada saya:-
>
>
> 1. Dari kualiti kereta tersebut adalah jelas bahawa pihak
tuan hanya mementingkan soal keuntungan sehingga mengabaikan tentang
kualiti kenderaan tersebut. Kereta ini lansung tiada kualiti dan saya
melakukan kesilapan besar kerana hanya memandang dari segi rupa
sedangkan ia penuh dengan masalah-masalah.
>
>
> 2. Dari segi pengamatan saya Jabatan Kualiti Kilang Naza
gagal melakukan kerja dengan baik kerana sebahagian besar daripada
peralatan didalam dan diluar kenderaan ini tidak dipasang dengan betul
dan kemas. Ini termasuk bahagian-bahagian yang dibuat dengan plastik dan
besi tidak dilekat atau dipasang dengan kemas dimana ada yang longgar.
Seterusnya terdapat bahagian-bahagian dan skru yang sudah berkarat
sedangkan kereta tersebut baru 2 bulan sahaja dan boleh dilihat dengan
sebelah mata.
>
>
> 3. Pada minggun pertama, semasa saya memandu kereta balik
daripada pejabat dan pada masa itu hujan turun; Saya terpaksa memandu
dalam keadaan basah kerana air masuk melalui tingkap sebelah pemandu
dengan banyak. Disini saya amati getah yang digunakan juga tidak
berkualiti atau pun ia tidak dipasang dengan betul. Saya telah
menghantarnya ke pusat serbis di Kuala Trengganu, setelah diperbetulkan
ia masih tidak sempurna kerana pintu tersebut telah tidak selari dengan
pintu-pintu yang lain. Jadi keempat-empat pintu ini perlu diketuk semula
untuk menyamakannya. Ia masih tidak sempurna kerana semasa hujan air
masuk semula melalui pintu belakang pula. Cubalah bayangkan kesusahan
yang telah saya hadapi hanya kerana pintu-pintu ini.
>
>
> 4. Pada minggu ketiga ketiga balik daripada Trengganu
stering kereta ini telah berbunyi seperti keldai seolah macam kenderaan
yang berumur lebih daripada 20 tahun. Bayangkan macamana kedaan kereta
ini setelah lebih dari 1 tahun.
>
>
> 5. Pada hari saya ambil kenderaan ini system penghawa
dinginnya tidak berfungsi dengan betul; Angin sejuk hanya keluar
daripada saluran bawah sahaja walaupun saya telah mengubah suis untuk
angin itu keluar daripada atas. Keesokan harinya saya hanya kenderaan ke
Syarikat FS Trading Sdn Bhd dan ia telah dibaiki dengan menyendal dengan
sekeping span dan masih tidak sempurna. Adakah begini caranya ia
dibaiki. Amat melucukan, Syarikat sebesar Naza tidak tahu camana nak
pasang penghawa dingin dengan betul. Saya komplen tetapi jawapan amat
tidak menyenangkan kerana pihak FS Trading menyatakan bahawa ianya salah
panel pembekal dan jika saya hendak membaikinya dengan sempurna, saya
perlu menghantar kereta ini ke Shah Alam dan ia akan memakan masa lebih
daripada 2 hari kerana keseluruhan "dash board" perlu dibuka. Disini
pihak Naza tidak membuat pemeriksaan dengan betul kerana takanlah angin
ini ini tidak betul pun tak perasan sedangkan sebaik saya terima ia
sudah rosak. Janganlah nak menyalahkan orang lain sahaja.
>
>
>
> 6. Pada hari kedua saya ke Bengkel Naza, iaitu bengkel
Syarikat Mesra Harmoni Sdn Bhd, nama ajer mesra, upah tarik kenderaan
pun saya kena tanggung, saya bersama-sama mekanik membuat pemerhatian
ketika kereta ini dibaiki; Malang sungguh kerana tiada banyak yang mampu
dilakukan kerana di bengkel ini tiada alatganti yang perlu untuk
membaiki kereta Sutera, semua kena tunggu bekalan daripada pihak Naza,
kereta saya masih lagi disitu sehingga hari ini 04hb Oktober 2006 sejak
15hb September. Bayangkan "oil seal" pun, Naza ambik masa selama lebih
daripada 3 minggu.
>
>
>
> 7. Kerosakan seterusnya ialah mengenai pam air untuk
pembersih air (wiper) tidak berfungsi dengan betul dimana sekejap kuat
sekejap perlahan dan yang paling menyedihkan baru sebulan "wiper" pun
dah mula tidak betul pergerakannya. Bila saya menggunakannya ia bergerak
dengan sempurna, tetapi bila saya tutup suisnya, ia akan berhenti
ditempat-tempat yang ia suka. Sekejap ditengah-tengah cermin setelah
dicuba berkali-kali baru ia berhenti di tempat yang sepatutnya.
> Ini baru sebulan, kalau setahun mungkin ia tak bergerak lagi. Ia amat
menyusahkan untuk menunjuk kepada mekanik kerana ia tidak stabil, di
bengkel nampak ok, bila balik ke rumah, masalah ini timbul semula.
Inikah kualiti kereta baru Naza??? Saya rasa pihak Naza tidak ambil
berat lansung soal kualiti eksesori kenderaan ini. Macam tangkap muat
ajer.
>
>
>
> 8. Bonet belakang kenderaan ini juga tidak dipasang dengan
sempurna kerana bonetnya tidak boleh dibuka dengan kunci. Pergi baiki
ok, balik rumah jadi balik. Itulah kerja saya, kena ambik cuti dua hari
hanya kerana nak baiki bonet kereta. Bayangkanlah kesusahan yang telah
pihak Naza timbulkan kepada pengguna.
>
>
>
> 9. Batang gear bergegar dan menari sebaik sahaja enjin
dihidupkan macam bas buruk yang mengangkut penumpang dikawasan
pendalaman yang berumur lebih daripada 30 tahun dan pada masa yang sama
kita dapat rasakan seolah enjin ini nak jatuh. Saya telah membeli 2
jenis kenderaan dan tak pernah alami keadaan sebegini ketika ia baru
dibeli.
>
>
> 10. Enjin ini akan mengeluarkan bunyi amat bising yang ganjil
setelah kelajuan melebihi 100km/jam, jadi sebaik saya ambil kenderaan
ini saya terpaksa membawanya dibawah 100km/jam. Bunyinya seperti sebuah
kapal terbang hendak memulakan penerbangannya, semasa saya pandu, semua
penumpang jadi panik kerana ia macam hendak meletup. Saya berjumpa
beberapa pemilik kereta ini di bengkel dan mereka menyatakan perkara
yang sama dan ia bergantung pada nasib, kerana adanya terima masalah ini
setelah ia bergerak lebih daripada 110km/jam. Tuan-tuan, percayalah, ia
mengeluarkan bunyi yang ganjil, saya telah memandu lebih daripada 10
tahun dan kereta kancil saya yang berumur lebih daripada 9 tahun pun
tidak mengeluarkan bunyi sebegini. Bila saya suarakan apa-apa yang
ganjil mengenai enjin ini, dengan mudah dan selamba sahaja, mekanik
menyatakan ianya kerana ia tidak menggunakan "timing belt" dimana ia
gunakan "timing chain". Saya bukan mekanik, tapi jangan alasan ini
sahaja untuk selesaikan masalah ini, sedangkan enjin ini sebenarnya
tidak berfungsi dengan betul dan akibatnya akan saya terangkan dibawah.
> Ini bermaksud seolah-olah "timing chain" tidak meningkatkan mutu enjin
pada masa ini. Naza sepatutnya kena menyiasat dengan teliti sebelum
menggunakan teknologi baru.
>
>
> 11. Seterusnya kerosakan yang paling teruk setelah
simpton-simpton diatas, pada minggu keenam dimana saya menggunakan
kereta ini dan ia baru bergerak lebihkurang 3,000km; Pada 15hb September
2006 kereta ini gagal dihidupkan.
>
> Setelah sejam mencuba, saya mengoyangkan kenderaan ini maka enjin
boleh dihidupkan; Ia mengejutkan saya, dan saya perhatikan asap putih
keluar dengan banyak, pada mula saya ingat enjin belum panas, tetapi ia
tak berhenti dan air mula keluar melalui ekzos dengan banyak dan tak
berhenti-henti. Saya matikan enjin dan buka bonet hadapan, saya periksa
minyak hitam dan air/coolant, ia masih berada dalam keadaan yang
baik.Pada masa ini saya amat terkejut kerana enjin tidak mati setelah
saya cabut kunci dan ia amat memeranjatkan saya; Naza telah mencipta
kereta turbo tanpa perlu meletakan enjin turbo. Dengan hati-hati saya
hidupkan semula kereta ini dan pandu dengan perlahan ke pejabat
seterusnya ke pejabat FS Trading Sdn Bhd yang jauhnya lebih kurang 10km;
Disana mekanik telah memeriksa kenderaan dan apa yang mengejutkan saya
ialah suhu telah meningkat dengan mendadak dan air telah kering. Apa
yang menyedihkan saya, pihak FS Trading pandang sebelah mata sahaja
masalah saya ini dan saya terpaksa tunggu sehingga lebih daripada 2 jam
menunggu kereta tunda untuk menunda kenderaan ini ke bengkel Syarikat
Mesra Harmoni di Taman Melati. Saya diberitahu bahwa saya tidak perlu
membayar kos tunda, malangnya sampai disana saya diminta membayar kos
tunda tersebut. Biasalah pengguna memang selalu malang.
>
> Setelah diperiksa, pihak bengkel belum kenalpasti masalah dan minta
saya dating keesokan harinya.
>
> Pada keesokan hari saya diberitahu bahawa enjin ini kena dibuka dan
perlu "overhaul" kerana enjin ini telah dimasuki air. Jadi yang
simpton-simpton sebelum ini adalah kerana enjin ini tidak berfungsi
dengan betul dan pihak bengkel hanya membuat andaian tanpa mengendahkan
apa yang saya laporkan.
>
> Saya hairan kenapa kereta baru sebulan ini telah mengalami masalah
sebegini teruk dan ini adalah masalah yang serius dan ianya adalah
kereta baru. Bayangkan apa akan terjadi jika ia setelah dua tiga tahun
nanti. Jadi pengguna seperti saya yang akan merana kerana terpaksa
menanggung sengsara kerana terpaksa membayar pinjaman selama 7 tahun.
>
> Saya amat kesal kerana mekanik disitu juga gagal menjawab punca
kerosakan tersebut dan tidak mengakui ini masalah serius "MAJOR
PROBLEM".
>
> Sekarang telah masuk minggu keTIGA kereta itu di bengkel Syarikat
Mesra Harmoni, sebuah bengkel yang canggih dan gah tetapi tiada bekalan
alatganti dan tidak mahu menanggung kos tunda tersebut sebanyak RM30.00
hanya kerana pihak Naza lambat membayar balik kepadanya iaitu lebih
daripada 3 bulan. Biasalah pengguna kena tanggung, saya pada mula tidak
berkira soal ini tetapi janganlah asyik hendak menyalahkan orang.
>
> Bila saya tanya pihak bengkel dia menyalahkan pihak Naza masih tidak
membekalkan alatganti dan menyuruh saya yang menghubungi pihak Naza dan
saya terpaksa hubungi pihak Naza, tapi amat menyedihkan bahawa sehingga
kini tindakan semua pihak seolah-olah saya ini tidak penting. Apa yang
saya dapat simpulkan ialah apa pun yang terjadi biar pengguna yang
tanggung bebanan janji syarikat buat untung selagi tiada nyawa yang
melayang, selagi kita hentam pengguna.
>
> Pada 30hb September 2006 saya tanya kenapa kereta ini tidak siap,
pihak bengkel menjawab bengkel ini sedang menjalankan kempen serbis
kereta Naza sempena bulan perayaan dan kerana kereta saya mengalami
masalah kronik maka ia tidak berkesempatan untuk dibaiki dan ia juga
disebabkan kerana setelah 2 minggu berlalu baru "cylinder head" dibekal
oleh Naza dan ia tidak cukup kerana "oil seal" masih lagi tidak
dibekalkan. Satu-satu alatganti kena tunggu dan tunggu untuk dibekalkan
sehingga saya menawarkan diri untuk mengambil sendiri alatganti
tersebut. Tuan kena faham saya beli kereta untuk menyenangkan hidup saya
bukan membebankan saya. Kempen itu juga lebih penting jika dibandingkan
dengan kesusahan yang ditanggung oleh saya, mereka yang datang untuk
serbis kereta tiada masalah ketiadaan kenderaan sedangkan saya terpaksa
menanggung berbagai masalah kerana tiada kereta. Sepatutnya mereka perlu
faham masalah saya ini kerana ia memberi kesan kepada imej Naza sendiri.
>
> Disini saya membuat aduan kepada pihak Naza dan menerangkan bagaimana
keadaan kereta yang telah dibekalkan kepada saya dan memohon supaya
sebuah enjin yang baru kerana saya sudah tidak beryakinan dengan enjin
kereta ini. Ini adalah kerana mekanik disitu tak dapat mengenalpasti
punca masalahnya dan sepatutnya pihak Naza wajib membekal kenderaan yang
berada didalam keadaan baik. Malangnya permintaan saya tidak dilayan dan
macam tiada masalah langsung yang wujud dihati pihak Naza. Pusat Khidmat
Pelanggan menyatakan bahawa Naza tidak akan menggantikan dengan
kenderaan yang baru dan ia hanya akan membaiki sahaja. Bayangkan atau
fahamilah ini masalah enjin, kereta baru sepatutnya tidak timbul masalah
seteruk ini. Jika ia amat sedikit adalah lebih baik enjin atau kereta
ini digantikan dengan yang baru.
>
> Disini barulah saya faham saya kena terima apa pun keadaan setelah
saya beli kereta itu, seolah-seolah jika Naza bekal saya besi buruk pun
saya kena terima samada saya suka atau tidak. Terima kasih kerana telah
berjaya menyusahkan hidup saya. Sudahlah begitu saya dibuat macam bola
ping pong dipukul kekiri dan kekanan dan asyik menyalah antara satu sama
lain sehingga kita keliru dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi.
>
> Jadi akhirnya pengguna yang terpaksa menanggung segala masalah,
kesusahan samada dari segi masa,duit dan keperitan tidak hanya pada masa
ketiadaan kenderaan untuk meneruskan kehidupan harian dan kemungkinan
kerugian ini akan berlarutan bertahun-tahun.
>
> Disini saya tertanya-tanya apa hak pengguna seperti saya bila keadaan
ini terjadi; jika hanya dibaiki saya rasa ia tak memuaskan dan kelebihan
serta keuntungan hanya sentiasa ada dipihak syarikat dan pengguna perlu
jadi mangsa.
>
>
> 12. Setelah seminggu kereta di bengkel, saya pergi menjenguk
dan tambah menyedihkan apabila melihat keadaan kereta baru tapi dah
macam kereta buruk kebanyakan bahagian dan skru sudah mula berkarat.
Paling menyedihkan semasa saya tiba di bengkel dengan sinis saya di
perli kenapa datang cepat sangat sedangkan kereta ini tak tentu bila
boleh siap, tiada rasa sempati langsung.
>
> Macam inikah sikap panel bengkel yang dilantik oleh Naza???? Dan ada
suara sumbang mengatakan bengkel tempat saya membuat serbis pertama
iaitu di Kuala Trengganu tidak membuat kerja dengan betul. Lagi sekali
asyik hendak menyalahkan pihak lain.
>
> Saya pergi kesana hendak melihat dan mendapatkan jawapan kenapa kereta
baru yang begitu megah di televisyen itu boleh rosak sebegitu teruk
tetapi ini jawapan yang saya dapat sedangkan saya beli kenderaan
tersebut dengan harga lebih daripada RM38,000.00 dan bukannya RM3
sahaja.
>
> Seterusnya saya lihat skru besar yang memegang tayar telah berkarat
dan disk brek juga berkarat dan ia amat mengejutkan saya keran baru 2
bulan sudah sebegini, tiada "antirust" ke?? Malah banyak lagi skru-skru
daripada depan hinggalah kebelakang juga berkarat termasuk beberapa
bahagian yang dibuat daripada besi lain juga mula berkarat. Apa pihak
Naza tak uji atau kaji bahan-bahan yang akan digunakan untuk membuat
kenderaan ini. Janganlah hanya keuntungan besar hendak dicari dan
pengguna dijadikan bahan uji untuk mengurangkan kos. Saya nampak kereta
ini hijau dan tidak lama lagi akan jadi warna karat.
>
>
>
>
>
> 14. Seterusnya masalah kunyi "remote" pada kali pertama
guna untuk hari itu ia sempurna dan setelah kita bergerak lebih dari
50km dan berhenti; kunci "remote" tidak berfungsi lagi dan tidak
mengeluarkan sebarang bunyi lagi. Tunggu sejuk dulu baru ia berbunyi,
hairan ini pun boleh jadi masalah. Ini pun jadi masalah, ini baru
sebulan entah apa lagi akan saya tanggung selepas ini, nampak saya
membeli masalah berharga RM38,000 bukannya kereta baru. Sedar dan
fahamilah masalah saya.
>
>
>
>
> NAZA telah membuat kesalahan besar dan bodoh kerana memberi gambaran
buruk kepada pelanggannya. Jikalau tuan hendak tahu bahwa dengan laporan
ini mungkin telah mengubah cadangan kawan-kawan saya untuk membeli
kereta keluaran tuan dan banyak yang telah menempah semula kereta MyVi
keluaran Perodua yang memberi keuntungan kepada kedua belah pihak.
>
> Jika saya ada kamera, pasti akan saya rakamkan masalah-masalah lain
yang kecil dimana tak sepatutnya ada pada kereta baru ini dan ada
bahagian-bahagian saya terpaksa perbetulkan sendiri dan malas nak
komplen lagi kerana sudah tidak mampu. Contohnya penutup talipinggang
keledar boleh tercabut dengan tiba-tiba. Jadi saya pegi kedai beli gam
dan lekatkan semula. Itu pun tak reti nak pasang, boleh gila dibuatnya.
Nampak canggih tetapi penuh dengan masalah, macam dibuat dengan kaki.
>
>
>
> Kesimpulan????? Jika ada anugerah untuk kereta keluaran terburuk dan
tanpa kualiti pada tahun tersebut; Saya yakin dan pasti kereta ini akan
memenangi anugerah tanpa sebarang bantahan daripada mana-mana pihak.
>
> Disini jika kereta ini tidak diperbetulkan saya akan membuat promosi
keseluruh tempat untuk membuktikan bahwa kereta ini amat buruk
kualitinya.
>
> Percayalah saya bukan dari Proton atau Perodua tetapi dua kenderaan
keluaran syarikatnya telah saya guna dan tiada masalah seteruk ini
terjadi pada saya, contohnya saya telah guna kereta kancil lebih
daripada 8 tahun dengan tidak memberi saya masalah sebegini.
>
>
>
> SYARIKAT NAZA BUAT KERETA INI DAN SETERUSNYA MENJADIKAN PEMBELINYA
SEBAGAI BAHAN UJIKAJI ATAU R&D UNTUK KENDERAAN INI SUPAYA KOS DAPAT
DITANGGUNG OLEH PEMBELI DAN BUKAN DITANGGUNG OLEH NAZA DAN BESAR
KEMUNGKINAN IA AKAN BERTERUSAN SEBAIK MODEL BARU DIPERKENALKAN SELAGI
TIADA NYAWA YANG MELAYANG ATAU CEDERA.
>
> Sepatutnya pada peringkat awal kereta saya ini rosak teruk begini,
pihak NAZA patut mengambil tindakan yang PROAKTIF dengan menggantikan
dengan yang baru maka kita nampak dengan jelas bahwa ia bertanggungjawab
sepenuhnya dengan apa yang dia bekalkan kepada pengguna; malangnya
mereka tak mengendahkan tuntutan saya malah dengan sombong dan
bongkaknya wakil daripada "Naza Customer Service" mengatakan bahawa Naza
tidak sekali-kali akan gantikan kereta saya dengan yang baru. Naza akan
baiki bila rosak, baiki ,rosak lagi, baiki, sehinggalah tamat tempuh
gerenti dan masa inilah ditunggu-tunggu kerana ia akan bekal alatganti
dan upah baiki yang mungkin terlalu mahal untuk mengambil kembali
kos-kos pembaikan yang diberi dengan percuma dahulu. Bayangkanlah minyak
enjin kereta Sutera ini sahaja mahal jika disbanding dengan kereta
keluaran Proton dan Perodua. Ini baru minyak enjin, itu belum alatganti
lain, sudahlah sukar untuk dibekalkan sekarang ini dan saya hairan
dimana punyanya perkara ini terjadi.
>
> BOLEH TUAN-TUAN BAYANGKAN, KERETA BARU SEBULAN SETENGAH KENA ANGKAT
ENJIN, KENA OVERHAUL DAN INI DIKATAKAN PERKARA KECIL DAN BIASA. Ini
masalah serius "MAJOR PROBLEM" bukannya "MINOR".
>
>
>
> Apa yang boleh dibuat oleh orang kerdil dan miskin sepeti saya. Saya
terpaksa berusaha selama 9 tahun untuk menukar kereta baru dengan
harapan kereta ini dapat memberi kemudahan kepada kehidupan saya. Bukan
besar harapan saya terhadap kereta ini kerana saya beli kereta ini
dengan harapan ia lebih baik atau sama dengan mutu kereta kancil yang
telah saya milik dahulu tapi malangnya tak sampai dua bulan; Saya
terpaksa menanggung segala masalah ini dan saya tidak yakin lagi dengan
keselamatan kenderaan ini.
>
> Disini jika apa yang saya harapkan daripada Naza tidak diendahkan saya
hanya mampu berdoa pada tuhan moga kereta yang saya beli dengan tulang
empat kerat saya ini akan berada dalam keadaan baik dan mohon tuhan
sentiasa lindungi saya dan keluarga saya supaya selamat semasa
menggunakan kereta tuan ini walaupun mulai dari saat ini saya pasti akan
menanggung kerugian dari masa kesemasa.
>
>
>
> Akhir sekali, semuga Syarikat Naza dan Tan Sri Nasimuddin akan terus
cemerlang dan kaya raya pada hari-hari berikutnya dengan menjalankan
aktiviti pembuatan kereta seterusnya mengeluarkan lagi masalah-masalah
kepada pembeli kereta buatan Naza. Ketahuilah inilah kali pertama dan
terakhir saya akan membeli kereta atau apa-apa kenderan keluaran pihak
tuan dan cukuplah derita ditanggung oleh saya yang miskin dan bodoh ini.
Syarikat Naza kena faham bahawa pembeli kereta murah ini hanya dibeli
oleh golongan bawahan dimana kebanyakannya adalah bangsa bumiputra.
>
>
>
> Kepada Badan Kerajaan, NGO, Pihak Akbar dan mana-mana yang terlibat
secara langsung atau tidak; Tolong tenguk-tengukan atau siasat perkara
ini dan saya yakin ia bukan ia sudah lama berlaku dan jika tiada jalan
penyelesaian dibuat, saya tidak terkejut kenapa industri otomobil di
Malaysia terus suram seperti kata perpatah Melayu lama "RUMAH SIAP PAHAT
BERBUNYI".
>
>
>
>
>
>
> ** TUAN-TUAN; SEMUA KOMEN INI HANYA DI FOKUSKAN KEPADA KERETA NAZA
SUTERA MILIK SAYA SAHAJA DAN IA MUNGKIN TERJADI KEPADA PEMILIK-PEMILIK
KERETA YANG LAIN DAN MUNGKIN TERDAPAT LAGI MASALAH LAIN YANG TELAH
MENIMPA MEREKA. INI SAYA MAMPU SIMPULKAN DARI PEMERHATIAN SAYA SEMASA
SAYA BERKAMPUNG DI BENGKEL NAZA KIA DI KUALA TRENGGANU DAN (Mesra
Harmoni Sdn Bhd, Lot 7G & 9G, Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama,
Setapak, 53100, Kuala Lumpur) Tel:603-41070828. PERGI TENGUK SENDIRI
JIKA TIDAK PERCAYA DENGAN KATA-KATA SAYA DIATAS. SATU NAZA SUTERA PASTI
ADA LEBIH DARIPADA 10 MASALAH BODOH.
Sumber : Fwd mail ... "Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
p.waran bukan zana
kisah org tu yg d FWD ke mail zana..
Zana sekadar berkongsi....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Pak mat....
Siapa tu...
kalau cucu tok wan tu tahulah..... :?
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Tah le...
nampaknya pilihan Toyota Atau Honda tetap lagi dalam minatku...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
Beli barang buatan M'sia dan pasang di M'sia boleh dikatakan nasib. nasib baik dapatlah baik kalau nasib tak baik macam2 masalahnya. Saya rasa bukan setakat Naza, apa pun yang dipasang di M'sia amat kurang mutunya. Pernah kereta nasional kita eksport ke Euro satu kapal dan setibanya disana kena reject dan satu kapal balik. Terbarai kat pelabuhan Klang dan kemudiannya dilelong. kereta tu terpaksa diubah suai kembali untuk pemandu sebelah kanan. Tapi bila saya perhatikan kualitinya agak baik juga. Cuba bayangkan kualiti yang kita sangkakan baik pun kena reject apatah lagi untuk jualan disini. Buat ala kadar saja. Mereka fikir pengguna di M'sia tak tahu menilai yang kualiti ke? Pengguna perlu mendapat perlindungan yang sewajarnya agar pengusaha dan para peniaga tidak mengambil mudah dari segi layanan, perkhidmatan dan hak sebagai pengguna. Kebanyakan orang M'sia lebih takut media(TV3) daripada Tuhan. Dah tersiar dalam TV baru nak ambil tindakan.
sikitttttt lagik beliiii...nasib anak tak suke tang lampu bakang dieee....kalau tak entah aper lak masalahnyer...
yleadh....mane nk cekaw lagik kete lembu sekang nie...keculai kat melaka area2 zoo tuh....
sekang lembu dah main tenetttt.... dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
heheeh... masih gagah dan tegap kereta pertama nasional... yang mami pakai....
hehe... puterarindu... masih simpan ker kereta yg berbelang merah putih tu... Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
http://kiaspecialist.blogspot.com/