yleadh
yleadh
19 years
1611 views

salam eidul fitri dari selatan

Salams salams..

ucapan salam aidil fitri dari kami di selatan.
Kepada yang mengenali kami, (saya dan amira).. kami ucapkan selamat menyambut lebaran, mohon kemaafan atas segalanya.
Mohon dihalalkan atas segalanya juga.
Kepada teman teman lama (terutamanya yang dari majalah.com)
segala kenangan bersama kalian, sentiasa didalam ingatan. Walau pun rasanya kita semua makin jauh jauhhhhh je.. tapi asalkan nama pun masih ingat, dah kira ok le tu. Kepada yang dah berkahwin malah dah bertambah ahli ke...
16 comments
Share this post

Comments (16)
lopet
maaf dipohon,

kemaafan diterima

agar gumbire dihari raye yg bahagia..

ucapan di kirimm...buat semua...

selamat hari raya.

allah maha mengetahui
17 years
Qzairinz
Moga kalian semua diberkati Ilahi...Jua moga terbitnya fajar syawal membawa seribu erti kepada kita....yakni suci umpama kain putih setelah keluar dari madrasah Ramadhan...dengan azam untuk meneruskan kesinambungan keimanan sebagaimana di bulan Ramadhan. Selamat Hari Raya...

Ketulusan Hati, Penyeri Keperibadian Diri, Merangsang keCINTAan Hakiki, Khusus buat-Mu YARABBI - yen
17 years
kakraihan
kakraihan pun nak ambil kesempatan utk menyusun jari sepuluh..memohon maaf andai ada tersalah dan terkhilaf dalam melemparkan ayat-ayat di ruangsn forum mymasjid ini..0 - 0, okay semua!!!

kita semua dalam menuju ke pelabuhan yang sama...
17 years
yleadh
sayang menyayang sesama insan

terbitkan kesaudaraan tuntutan agama

syawal menjelang tinggallah ramadhan

jangan di lupa pada yang tiada..

"Udep Sare Mati Syahid"
17 years
Mami Ros
Aidilfitri buat semua disini.

Maaf dzahir dan batin... buat semua geng MM yang dikenali secara cyber atau bersua muka, terimakaseh segalanya...

kelian membuahkan kasih dan sayang diantara insan.....

yang lama masih bagitu..
17 years
yleadh
ramadhan telah muncul lagi

malah tak lama akan pergi kembali

sudah 2 tahun berlalu pergi

moga kalian tetap di sini...

ulangan kata bertahun yang lalu

agar buku bersih selalu

mohon keampunan tiadalah malu

esok ke lusa kita pergi, siapa tahu..?

"Udep Sare Mati Syahid"
17 years
osama_laden
Salam Aidilfitri...

Maaf atas segala2nya...kira 0-0 lah semuanya...

Manchester United je menang 3-0 dengan portsmouth...:D Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
19 years
Zana.
Buat puteraku jua...
Emm.. siapa ye seseorang tu :)
apa pun moga bahagia..
Maaf atas segalanya...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
19 years
puterarindu
lebaran idulfitri selepas ramadhan
kita beridul kerna berpuasa
dah abis puasa selama sebulan
kini kita pula akan beraya

kita beridul kerna berpuasa
yang tak puasa paham la saja
mungkin dulu ku banyak dosa
arap member maafkan semua

yang tak puasa paham saja
kerna mungkin kita terpaksa
kita bermula kosong semula
untuk buat dosa baru pula

kerna mungkin kita terpaksa
kerna sakit atau saja-saja
hajat dihati tak nak buat dosa
muga nanti dimasukan kesyurga

buat Abang Y, Zana, Mami dan beberapa ramai kekawan yang sering berceloteh dan tak pernah lupa juga buat yang pernah mengajar aku erti kasih dan sayang kepada seseorang...

selamat ari raya sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
19 years
Zana.
Silaturrahim di pupuk dihati
tak bersua ikatan tetap bersemi
Moga diramadahna yg bakal kembali
kita masih di kesempatannya lagi..

* Zana pohon maaf atas segala selama ukhuwah ini terjalin..
Mana tahu ada salah silap zana yg di luar kesedaran..

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.