Putra
Putra
19 years
1544 views

Tazkirah Terawih semalam

Di surau saya. utaz bagitau.
Allah memaklumkan dalam Al-Quran manusia dijadikan dari bahan yang hina iaitu tanah dan air mani. Tanah ni tempat kita pijak, sedangkan air mani kalau tumpah ke tanah ayam puntak nak, keluar saja dari tubuh kena cuci tubuh seluruhnya(mandi hadas besar). Lalu Allah tiupkan roh dan jasad yang hina tadi digunakan untuk membungkus roh..maka jadilah manusia (roh dan jasad). disini kita dapati roh lebih tinggi nilainya berbanding jasad. CT disukai oleh datuk K sebab ada ro...
7 comments
Share this post

Comments (7)
Mami Ros
hmmm...

Baik baik dalam memperkatakan tentang apa apa jua kejadian Allah yang maha sempurna dan tidak ada kecacatannya. kerana kita ini manusia yang serba kekurangan walaupun diberi kelebihan diantara haiwan haiwan kejadian Tuhan.

Kita harus menjawab dengan yakin dan benar, apa yang kita tahu, kerana andainya kita ditanya akan tentang apa yang kita tulis, mampukan kita menghurainya dengan sesempurna yang membawa kepada pengertian sebenar satu satu perkara.

Bukan tidak menghargai pandangan pandangan yang bernas, namun sebagai seorang yang kita panggil dan namakan diri kita sebagai penganut agama Islam sejati, kita harus tahu dimana asal dan di mana usulnya.

Mohon berbanyak maaf, andainya kata kata ini menyinggong perasaan sesetengah mereka disini.

Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."
19 years
luvillahi
Salam!

Jasad dijadikan dari alam dunia iaitu tanah, api, air dan angin. Tanah jadi daging, api jadi darah, air jadi tulang dan angin jadi urat. Jasad jahil dalam ilmu KeTuhanan, ia hanya peka pada perkara yang janabat iaitu apa yang wujud dialam zahiri ini. Ia tidak faham rahsiah alam ghaib. Pandangannya terhijab.

Roh pula hakikatnya datang dari alam al-'amr dan telah alim dalam ilmu ketuhanan. Ia tidak lalai dengan Rabbnya, sentiasa asyik, penuh rindu dan cinta pada tuhannya. Ia pandang AlLah dengan penuh kenal yang hakiki. Ia telah berjanji ketika dialam roh sebelum dihantar ke dunia ini.

AlLah berfirman;"Tidakkah AKU ini Tuhanmu?"
Mereka menjawab; "Ya, bahkan kami menyaksikan (Engkaulah tuhan kami)"

Malangnya, kebanyakan roh ini lupa asal-usulnya apabila berada di alam kasar ini. Ia lupa kekasihnya, ia lupa hakikat dirinya, ia lupa segala ilmunya, ia telah menjadi buta, pekak, bisu dan jahil tentang Tuhannya.

Cahaya dunia telah menipunya dan ia tertawan dengan segala apa yang ada di hadapannya. Akibatnya, dirinya menjadi kelam sehingga nafsu syaitan menjadi Thannya.Ia melakukan dosa yang menghitamkan dirinya sendiri, ia menzalimi dirinya.

~Tamat kalam~ Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah
<Illahi anta maqsudi, waridaka matlubi>
19 years
Putra
Tazkirah tu sebenarnya pasal roh dan jasad.. tapi Ct dan DK pulak yang nampak.. hebat CT dan DK.
Sorry jika ramai kurang faham.. memang secara lahiriahnya DK minat kat CT sebab jasad yang cun melecun.. tapi maksud saya ialah jika jasad yang cun melecun tu tak dak roh.. DK pun tak lapaq.
19 years
Ashiqin Bakar
perumpamaan kehidupan ini - ibarat air. apabila dituangkan kedalam cawan-cawan yang beraneka bentuk dan warna, cantik dan buruk. apabila dihidangkan kepada kita, sedar atau tidak kita kan mengambil yang cantik dan baru saja sedangkan yang diperlukan hanyalah air. diumpamakan kerjaya, wang ringgit, kekayaan, kedudukan itu seperti cawan-cawan yang cantik dan beraneka itu, semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan kehidupan tetapi kualiti hidup tetap tidak berubah, jika hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita ada masa untuk menghargai, menghayati dan menikmati air tersebut. (petikan dari rencana)
19 years
taubat1427
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya tak nampak pun relevannya kisah CT dengan datuk K dengan kisah tanah dan mani ni...

Kalau ada pun, saya tak fikir Datuk K suka CT pasal CT ada roh sebaliknya lebih tepat kalau dikatakan "suka CT pasal jasad, habis manis sepah dibuang. kalau betul suka pasal jasad, tentunya datuk K stick lagi dengan Tengku Zawyah tu..."

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
19 years
puterarindu
betul sebab ada roh ...
rohani.. CT ada getah Oooooo sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
19 years
Ashiqin Bakar
yea ke CT disukai oleh datuk K sebab ada roh??? macam tak caye je..
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.