Berdepan dengan kritikan
Kita semua adalah manusia yang tidak lepas daripada membuat sebarang kesalahan, sama ada yang disedari atau tidak. Kadangkala kita dipuji, kadalngkala dikeji jika memberikan pertolongan mahupun membuat kebaikan. Realitinya, itulah sikap manusia yang tidak lepas daripada sifat hasad dengki, kritikan dan sebagainya. Ada manusia yang tidak berpuas hati dengan kesenangan dan kebahagiaan orang lain. Sentiasalah kita berwaspada dengan tingkah laku kita. Berwaspadalah juga terhadap apa yang mereka kata...
1 comments
Allah jugak jadikan dua peringkat manusia. dua kelompok yang berlawanan iaitu satu kelompok yang bersifat lemah lembut dan baik hati derta budi dari semua segi dan satu kelompok lagi yang membinasakan. Terpulang pada manusia itu sendiri yang ingin di kelompok mana ia ingin berada.
Biar apa cemuhan dan kritikan yang diberi, dan jawapan yang bersusulan itu tandanya kita diberi peringatan, berdiam diri bukan pada tempatnya merugikan , kerana kita tidak tahu sejauh mana kebenaran itu berpihak kepada kita.
Membuka aib orang juga tidak digalakkan kerana kita bukan berhadapan dengannya pada situasi itu yang tahu kedudukan cerita, hanya sekadar dengar dan mungkin paham. tidak ada kelebihan pun manusia ini yang dijadikan dari tanah . walaupun pada dasarnya terhasil dari pencantuman benih antara lelaki dan perempuan.
dari tanah kita datang ke pada tanah kita kembali, sejauh mana kita mampu memperbaiki diri, sejauh itulah Allah memandang kita kerana usaha kita, biar apa pun cemuhan orang terhadap kita, kita lebih tahu dan dekat dengan Allah dari orang yang mencemuh atau memuji.
wallahualam....
Qul rabi riqni ilman ~~ "Katakanlah : Ya Tuhanku, tambahilah untukku ilmu."