Dalam surah Al-Anbia ayat 30, Allah swt berfirman ‘ Awalam yarallazi nakafaru annas sama’wa tiwal arz zoka natarat qan fafataqna huma.†Maksudnya ‘ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu. Kemudian kami pisahkan antara keduanya.â€Dalam ayat ini terdapat dua kalimat yang indah dan perlu kita fahami dengan betul. Pertamanya Ratqa dan kedua fatqa’. Ratqa bermaksud sesuatu yang ...
Dalam surah Al-Anbia ayat 30, Allah swt berfirman ‘ Awalam yarallazi nakafaru annas sama’wa tiwal arz zoka natarat qan fafataqna huma.†Maksudnya ‘ Apakah orang-orang yang tidak beriman itu tidak mengetahui bahawa langit dan bumi kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu. Kemudian kami pisahkan antara keduanya.â€Dalam ayat ini terdapat dua kalimat yang indah dan perlu kita fahami dengan betul. Pertamanya Ratqa dan kedua fatqa’. Ratqa bermaksud sesuatu yang ditampal ataupun yang dijahit. Fatqa bermaksud sesuatu yang di buka dan di koyak. Ini dua yang berbeza.
Allah mengatakan langit dan bumi pada asalnya ratqa ( ditampal dan dijahit ). Kemudian fafataqna huma iaitu kami fataq langit dan bumi iaitu membuka atau mengoyak dan kami mengembangkannya. Masyaallah. Ayat ini menceritakan tentang permulaan alam semesta. Disaat tidak ada orang pun yang bercakap bahasa seperti al-quran ini sebab ia baru di temui hakikatnya pada abad ke – 20. Yang cantiknya, ulama dahulu sudah ada pemikiran sains sebab mereka mengkaji al-quran. Walaupun mereka hidup di zaman dahulu tapi minda mereka adalah minda sains.
Sebagai contoh Imam Said bin Jubir selepas membaca ayat ini beliau berkata, “ Ya,langit dan bumi sebelum ini melekat antara satu dengan yang lain. Apabila langit di tinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan itulah yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat iniâ€. Ulama dahulu berpendapat bahawa langit dan bumi dahulunya melekat, kemudian dipisahkan. Jadi ulama dahulu sudah ada minda sains berdasarkan al-quran.
Pada hari ini kita sama-sama telah maklumi bahawa permulaan alam semesta bermula dengan satu yang kita kenali sebagai Big Bang. Mengikut laporan yang yang terdapat di laman web NASA, pakar-pakar mengatakan bahawa kejadian alam bermula 12 – 14 billion tahun dahulu dan panjang alam ketika ia bermula mengikut apa yang saintis nampak ialah beberapa millimeter sahaja. Itu yang sempat di lihat oleh para saintis dengan menggunakan alat canggih mereka. Tetapi dalam masa yang singkat. Singkat ini apa maksudnya tuan-tuan & puan-puan. Maksudnya dalam masa yang tidak sampai satu saat ia telah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pada hari ini.
Hal ini telah di laporkan pada tahun 1929 oleh Edwin Hubble dengan menggunakan teleskop berkuasa tinggi yang kita kenali pada hari ini sebagai Hubble Telescop kemudian di sokongi oleh pakar astrofizik dari Amerika seperti Arno Penzias dan Robbert Wilson pada tahun 1965 dan begitulah juga di sokongi oleh para saintis yang lain yang semuanya mengatakan bahawa alam bermula daripada suatu yang bercantum padu sebelum berlaku letupan yang dikenali sebagai big bang dan selepas berlaku letupan itu barulah alam mengembang dan daripada situ akhirnya lahirlah bintang-bintang dan bumi lahir kemudian.
Semuanya bermula sama iaitu bermula dengan suatu titik yang sama dan berlaku letupan big bang selepas itu.
Maka al-quran begitu hebat sekali. Telah menyatakan tentang hal ini sedangkan hal ini baru difahami pada abad yang ke-20. Sebab itu ada saintis yang mengagumi quran. Sebagai contoh Dr Alfred Kroner, beliau pernah menjadi dekan di jabatan geologi di Institute Of Geosciences di sebuah universiti di Jerman. Beliau pernah berkata berhubung dengan ayat ini. Katanya “ Melihat tentang asal usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui bahawa langit dan bumi mempunyai asal usul yang sama. Hal ini disebabkan ilmu tentangnya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-baru ini. Itu dengan menggunakan alat-alat yang canggih. Seorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuclear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu mengetahui tentangnya. Tetapi yang mengkagumkan, Muhammad mengetahui tentangnya ‘.
Sudah pasti nabi mengetahui tentangnya daripada Allah. Justeru tuan-tuan & puan-puan yang saya muliakan, mari kita mengaji quran disamping itu kita mengkaji agar kita mampu melihat astro fizik, nuclear fizik dalam al-quran dan begitulah seterusnya dalam aspek-aspek yang lain. Pagi ini alhamdulillah berpandukan surah Al-Anbia ayat 30, kita memahami bahawa alam bermula daripada satu titik yang sama. Pada hari ini permulaan itu di perincikan dalam satu teori yang dikenali sebagi teori big bang yang selari dengan firman Allah swt. Ia di turunkan 1400 tahun terdahulu sedangkan teori big bang hanya wujud pada abad ke-20.
Allah maha besar. Rugilah mereka yang merasakan bahawa mereka yang besar.
- Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 19 Jun 2006, hari Isnin jam 7.30 pagi di Mutiara FM pulau Pinang 95.7 mhz "Udep Sare Mati Syahid"