Iffah
Iffah
19 years
1612 views

PERTANYAAN : MASALAH IMAN DI QOLBU

Assalamualaikum warga mymasjid,

Ana nak minta pandangan tentang perkara dibawah :

1.Adakah iman dihati seseorang itu sentiasa segar sepanjang masa ?

2. Bagaimana cara nak memastikan iman dihati kita sentiasa berada ditahap yang 'selesa & selamat' kerana sepanjang hidup ini, saya tidak dapat mengekalkan keimanan dihati sepanjang masa terutamanya ketika tidak dapat bersujud kepada Illahi.( Sujud merupakan perbuatan yang paling hampir dengan Allah ).Kadang kala rasa seperti tahap keimanan bera...
3 comments
Share this post

Comments (3)
Iffah
Assalamualaikum,

Ajay & Mawarberduri,

Jazakallahukhairan. Semoga kamu berdua dirahmati Allah sentiasa.Amin.

DOA :

Bismillahirahmanirahim,

1)Wahai Tuhan Yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU dan taat kepada-MU.

2)Wahai Tuhanku, janganlah engkau pesongkan hatiku kearah kesesatan setelah engkau memberi petunjuk kepadaku, kurniakanlah rahmat disisi engkau.Sesungguhnya engkau adalah sebaik-beik pemberi.

Amin, ya Rabbal A'lamin.

Amin. Jalan Menuju Bahagia itu tidak ditaburi Bunga mawar Yang Harum Tetapi Sebaliknya dipenuhi onak dan duri.
19 years
sumayyah
Assalamualaikum...

tak dinafikan iman ni memang sering berubah-ubah....saya juga kadangkala merasa benda yg sama...bagi saya syaitan ni memang tak pernah jemu menghasut manusia sehingga la kita tinggalkan dunia ni nanti...tapi apa yg anda patut buat...sentiasa la berdoa kepada Allah untuk sentiasa menetapkan iman kita dan sentiasa meningkatkan serta memperbaharui iman kita...Selain dari tu seperti ajay kata banyak kan berzikir...InsyaAllah sama-sama kita berdoa yer...

Aminn....
19 years
ajay
Wa'alaikummusalam..
ye saudara iman dalam diri seseorang sentiasa berubah-ubah....
iman diri para sahabat juga berubah-ubah....tapi berubah dr kurang ke lebih(bertambah)....Nabi sendiri pernah bersabda pada para sahabatnya....marfumnya lebih kurang..."Sentiasalah perbaiki iman kamu"....tanya para sahabat.."bagaimana nak perbaiki tu Ya Rasulullah"..jawap Rasulullah s.a.w.." perbanyakanlah kalimah La'ilahailallah"....ulama' menyatakan disini perbanyakkan kalimah iyelah banyakkan menyebut kebesaran Allah s.w.t....Allah s.w.t berkuasa atas segala sesuatu...Allah s.w.t menghidupkan dan Allah s.w.t jugak mematikan....Allah s.w.t berkuasa...selain Allah semuanya mahluk....mahgluk sikit pun takde apa-apa....Perbanyakkannya......

satu lagi iman kita yang jauh ditinggalkan oleh nabi dan para sahabatnya..bukan sahaja iman kita turun naik....bahkan keluar masuk....pagi beriman petang sebaliknya....petang beriman pagi sebaliknya.....

fikir-fikirkanlah....

wallahualam... MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.