imahrahimah
imahrahimah
19 years
1479 views

Salahkah aku cuba mengubah hidup ku?

Assalamualaikum.. saya inginkan pendapat anda.. bukan ingin mengaibkan diri ini.. tetapi hanya ingin berkongsi pengalaman pahit yang telah kulalui lebih 8 bulan..
Aku berkahwin pada Mac 2002,sepanjang perkahwinan kami, terlalu banyak dugaan dan cabaran hingga membuatkan aku rasa "apa salahku hingga diuji sebegini berat?" 8 bulan lalu aku nekad untuk mendapatkan khidmat kaunseling keluarga di jabatan agama islam johor dengan harapan hubungan kami suami isteri akan pulih.. tapi niat murn...
9 comments
Share this post

Comments (9)
ariesgirl
sy harap puan tabah dgn dugaan yg puan hadapi..setiap p'kara yg b'laku pasti ada hikmahnya..jgn lupa untuk m'inggati ALLAH krn ALLAH x pernah m'lupakan hambanya..ALLAH m'guji hambanya krn ALLAH m'yayangi hambanya dan ingin m'guji setakat manA kita akan m'inggatiNYA ketika waktu2 sprt ini..sentiasa lah b'doa,minta petunjuk daripadaNYA..
19 years
zalifah
semoga allh s.w.t merahmatimu selalu.. ingat allh sentiasa bersama kiter..
19 years
adi_puteri
Na'uzubillahi min zaalik...

Moga satu hari nanti saudari kembali bahagia.... Sesungguhnya dgn mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang.....
19 years
ben_abdul_aziz
:) kalau benar bagai dikata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, kan? yang lain tu boleh gelak la kan? x baik gitu kawan.. musibah ni ujian atau mungkin kifarah, buat kita (yang ngaku Muslim)yang terkena. maka tu, elok kita nasihat cara berhikmah, kalau tak elok diam je. orang tak sakit hati & x pula nanti kena bala yang hampir serupa daripada ALlah. buat rahimbak, bawak bersabar & periksa diri sentiasa.. bak kata yleadh. kalau ada salah pihak suami pon, kita kena la serah kepada Allah, banyakkan solat istikharah & hajat, dll amalan soleh insyaAllah terbuka jalan keluar masalah tu. sekian.
19 years
puterarindu
huuuu nasib baik aku lum kawin lagi...
klu tidak entah ler..

menjada muda le aku
oh! aku tak rela sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
19 years
Hairyna Batrisya
Puan, masalah yang dihadapi hampir sama dengan yang melanda diri saya. Kami berkawin atas dasar cinta pada Mei 2002. Hampir tiga tahun kawin baru saya pregnant setelah mencuba berbagai cara. Suami yang pada awalnya menatang bagai minyak yang penuh, tiba2 berubah sikap dan berlaku curang. Bukan setakat curang, tetapi telah berzina. Sepanjang kehamilan, hidup saya bagaikan orang hilang arah dan berendam air mata. Alhamdulillah, anak kami akhirnya selamat lahir ke dunia pada Mei 2005. Suami pula seolah tersedar dari kesilapannya, melutut dan merayu memohon maaf, bayangkanlah hati saya memang dah hancur dengan perilakunya. Namun saya memaafkannya. Tetapi rupanya dia kalah sekali lagi dengan seorang perempuan dan hampir melakukan zina. Pada awalnya memang saya ingin menuntut cerai, tetapi bila saya fikir semula, jika kes yang pertama dulu kami settle sendiri tapi suami masih curang, so why not saya buat aduan kat jabatan agama, semoga mendapat jalan keluar. Mujur perempuan itu yang datang merayu memohon maaf sebab dia yang mulakan dulu hubungan dengan suami saya. Bila dapat tau, saya tak cepat melatah, tetapi saya ajak suami berbincang, saat itu sebenarnya hati saya memang terkilan, hancur dan kecewa sebab suami terlalu murah dan mudah jatuh cinta. Memang saya sedih, tapi jika betul kali ini suami berjanji akan berubah, saya tetap nak pergi jabatan agama. Mulanya suami memang taknak sebab dia ingat saya nak tuntut cerai, tapi saya terangkan semula pada dia, aduan yang saya buat nie untuk memberi jalan dan pandangan agar hubungan masih dapat diteruskan. Tapi terus terang, saya sebenarnya dah 'geli' nak 'bersama' dengan suami saya. Namun jika benar dia nak berubah, saya nak ada saksi mendengar dan ada mata melihat JANJI dan SUMPAH dia. Saya juga telah buat akujanji sekiranya suami kembali curang, maka saya akan tuntut hak saya dan pihak jabatan juga akan forwardkan terus ke mahkamah syariah untuk menuntut cerai. Alhamdulillah, akhirnya selepas kami berdua pergi sesi kaunseling tu, hubungan kami bertambah bahagia, walaupun sesekali bila saya teringat, memang saya akan nangis sakan. Jauh disudut hati saya berdoa agar kali ini dia benar2 menjadi suami yang bertanggungjawab pada saya dan anak kami yang begitu susah nak dapatkannya satu ketika dulu. Saya doakan puan agar tabahlah hadapi setiap dugaan. Setiap apa yang berlaku itu ada terselit beribu nikmat dan hikmah disebaliknya.
19 years
salopet
yleadh....kate2 2 sen...perkhidmatan kaunseling ande telah di sealingkan....he he he dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
19 years
Zana.
Setiap kejadian ada sebab musabab dan hikmahnya...

bermuhasabah dan renung-renungkanlah...
Cari titik kedamaian itu...
Insyallah pasti ada!!!
Allah itu maha adil...
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
19 years
yleadh
kata kata 2 sen dari saya.

hermm apa kata anda renungkan diri anda dahulu.. betulkah tiada kesalahan / kesilapan di pihak anda dahulu..?

muhasabah diri sendiri dahulu, kemudian perbaiki baru lihat kesalahan suami anda itu..

"Udep Sare Mati Syahid"
19 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.