Di sini saya kemukakan tulisan Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki, seorang ulama' dan imam besar dari Hijaz(Mekah) mengenai Asya'irah.
Kebanyakan umat Islam tidak mengetahui dan memahami mazhab al-Asya'irah dengan sebenarnya.Mereka tidak kenal siapakah mereka dan methologi di dalam aqidah al-Asya'irah.Lantaran itu, sebahagian daripada mereka tidak berhati-hati meletakkan Asya'irah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asya'irah terkeluar dari agama Islam dan tergolong di dalam gol...
Di sini saya kemukakan tulisan Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki, seorang ulama' dan imam besar dari Hijaz(Mekah) mengenai Asya'irah.
Kebanyakan umat Islam tidak mengetahui dan memahami mazhab al-Asya'irah dengan sebenarnya.Mereka tidak kenal siapakah mereka dan methologi di dalam aqidah al-Asya'irah.Lantaran itu, sebahagian daripada mereka tidak berhati-hati meletakkan Asya'irah di dalam kesesatan dan melemparkan tuduhan bahawa Asya'irah terkeluar dari agama Islam dan tergolong di dalam golongan mulhid(jauh daripada kebenaran) di dalam menghuraikan sifat2 Allah.
Kejahilan inilah yg menyebabkan berlakunya perpecahan ke atas kesatuan Ahli Sunnah dan sekaligus merobek kesatuan umat Islam.Saya tidak tahu, bagaimana mereka boleh menyamakan di antara golongan yang beriman dan golongan yg sesat, dan bagaimana mereka boleh menyamakan di antara golongan ahli Sunnah dan pelampau Mu'tazilah yg merupakan golongan Jahmiyya?Firman Allah yg bermaksud:
"Patutkah kami (berlaku tidak adil dengan) menjadikan orang2 Islam yg taat sama seperti orang-orang yg berdosa?"-surah al-Qalam:ayat 35.
Al-Asya'irah ialah pemimpin2 ulama' Islam yg membawa petunjuk dan ulama' yg mempunyai ilmu meliputi timur dan barat.Kelebihan, keilmuan dan keagamaan mereka disepakati oleh manusia pada zaman mereka.Mereka merupakan tokoh2 ulama' ahli Sunnah berwibawa tinggi yg bersepakat mengakui kesesatan fahaman Mu'tazilah.
Di dalam mengupas tentang mazhab Asya'irah, Ibnu Taimiyyah berkata: Ulama' ialah golongan pembantu ilmu2 agama, manakala al-Asya'irah ialah golongan pembantu usul agama.(al-Fatawa Juzu' keempat).
Sesungguhnya mereka merupakan tokoh2 ahli hadis, fiqah dan tafsir dari kalangan tokoh2 imam yg utama seperti Sheikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-Asqalani, seorang syeikh pakar hadis yg tidak boleh dipertikaikan lagi.Beliau juga merupakan pengarang kitab Fathul Bari 'ala Syarh al-Bukhari yg tidak dapat tidak diperlukan dan dipegang oleh semua ulama'.Beliau berpegang dengan mazhab Asy'ari.
Begitu juga syeikh ulama' Ahli Sunnah, Imam Nawawi, pengarang kitab Syarah Sohih Muslim dan karya2 lain yg masyhur bermazhab Asy'ari.Syeikh Ahli Tafsir, Imam al-Qurtubi pengarang kitab tafsir al-Jami' li Ahkam al-Quran bermazhab Asy'ari.Sheikhul Islam Ibnu Hajar al-Haitami pengarang kitab al-Zawajir 'an Iqtiraf al-Kabair bermazhab Asy'ari.Syeikh Fiqah dan Hadis, al-Imam al-Hujjah al-Thabat Zakaria al-Ansari bermazhab Asy'ari.Imam Abu Bakar al-Baqilani, Imam al-'Asqalani, Imam al-Nasafi, Imam al-Syarbini, Abu Hayyan al-Nahwi pengarang tafsir al-Bahr al-Muhit, Imam Ibnu Juzaiy pengarang al-Tashil fi Ulum al-Tanzil dan lain2 lagi kesemuanya merupakan tokoh2 al-Asya'irah.
Sekiranya kita hendak mengira bilangan pakar ilmuwan dari kalangan ahli hadis, ahli tafsir dan ahli fiqah yg bermazhab Asy'ari pasti tidak muat untuk ditulis di dalam buku ini dan tentunya memerlukan beberapa jilid kitab untuk memuatkan kesemua nama mereka yg ilmunya tersebar luas di timur dan barat dunia.Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi kita menyifatkan mereka dengan sifat2 yg baik dan mengenali kelebihan ahli ilmu yg telah menaburkan khidmat mereka terhadap syari'at Rasulullah SAW.
Di manakah lagi kebaikan yg kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan sesat dan menyeleweng daripada kebenaran kepada ulama' besar kita dan salafus soleh? Bagaimanakah Allah akan membukakan bagi kita untuk mendapat faedah dari ilmu2 mereka setelah kita beri'tiqad bahawa mereka berada di dalam keraguan dan menyimpang dari ajaran Islam?
Sememangnya patut saya katakan, adakah terdapat ulama' masa kini yg terdiri daripada doktor2 dan cerdik pandai[seperti Dr. Asri yg dikatakan pakar hadis-tambahan daripada Ibnu Azmi] mampu melakukan sepertimana yg dilakukan oleh Syeikhul Islam Ibnu Hajar al-'Asqalani dan Imam Nawawi dalam berkhidmat terhadap Sunnah Rasulullah SAW?Adakah kita mampu untuk memberikan khidmat terhadap Sunnah Nabi SAW sebagaimana yg dilakukan oleh kedua-dua ulama' besar ini? Bagaimanakah kita boleh menuduh mereka dan ulama' mazhab Asya'irah yg lain sebagai sesat, sedangkan kita amat memerlukan ilmu2 mereka?Bagaimanakah pula kita boleh mengambil ilmu daripada mereka sekiranya kita mengatakan mereka berada di dalam kesesatan?Imam Ibnu Sirin berkata yg bermaksud:
"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu."
Atau memadailah golongan pembangkang berkata, "Sesungguhnya Allah telah merahmati mereka(ulama' al-Asya'irah), mereka berijtihad, lalu melakukan kesilapan di dalam menta'wilkan sifat2 Allah".
Perkataan ini adalah lebih baik bagi kita daripada kita bertindak melulu menuduh mereka dengan keraguan dan kesesatan dan membenci orang2 yg tergolong di dalam kumpulan Ahli Sunnah wal Jamaah.
Sekiranya Imam Nawawi, al-Asqalani,al-Qurtubi. al-Baqilani, al-Fakhr al-Razi, al-Haitami, Zakaria al-Ansori dan ulama' berwibawa yg lain tidak tergolong di dalam golongan Ahli Sunnah wal Jamaah, maka siapakah dia Ahli Sunnah wal Jamaah?
Saya menyeru dengan ikhlas kepada setiap pendakwah dan orang2 yg beramal di dalam lapangan dakwah Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan umat Muhammad SAW.Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW sentiasa berada di dalam kebaikan hingga hari kiamat.Tidak ada kebaikan pada diri kita apabila kita tidak mengetahui kedudukan dan kelebihan ulama' kita.
*rujuk Mafahim Yajibu An Tusohhah H:111-113(dalam bahasa Arab) oleh Sayyid Muhammad 'Alawi al-Maliki dan rujuk Al-Maliki Ulam' Rabbani Abad Ke-21 H:149-154(dalam bahasa Melayu) oleh Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki.
Assyairah kalau tak salah saya pensasas ahli sunnah wal jamaah yang bernama abu hasan al ashari , beliau juka merupakan bekas penuntut wasil bin ata (muktazilah) dengan kata lain beliau bekas muktazilah , tetapi meninggalkan muktazilah dan mengikuti abu mansur al maturidi mengasaskan ahli sunnah wal jamaah .
walaubagaimanapun , memang ada sedikit pendapat dari pada assyairah yang tak boleh diterima .
saya akan merujuk perkara ini dengan lebih lanjut lagi..
maafkan saya jika saya silap
Assyairah kalau tak salah saya pensasas ahli sunnah wal jamaah yang bernama abu hasan al ashari , beliau juka merupakan bekas penuntut wasil bin ata (muktazilah) dengan kata lain beliau bekas muktazilah , tetapi meninggalkan muktazilah dan mengikuti abu mansur al maturidi mengasaskan ahli sunnah wal jamaah .
walaubagaimanapun , memang ada sedikit pendapat dari pada assyairah yang tak boleh diterima .
saya akan merujuk perkara ini dengan lebih lanjut lagi..