Administrator
Administrator
20 years
1532 views

boleh tolong saya?????????

saya nak tau, kenapa al-qur'an diturunkan dalam bahasa arab?
12 comments
Share this post

Comments (12)
stone
assalammualaikum

Nak tahu jawapannya....apa kata yg bertanya itu sendiri perlajari bahasa arab terlebih dahulu pastu bandingkan dengan bahasa2 lain....pasti anda mendapat jawapannya kenapa al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab.

wasalam
19 years
ayuni dalila
asslkm.berikut di bawah dr satu sumber utk soalan saudara.tidak salah kita tertanya sesuatu,tapi wajiblah kita mencari persoalan itu dan berfikir.moga dengan soalan yang ada terfikir di hati kita membuatkan kita lebih mahu menimba ilmu dan mendekati diri kita padaNya.

Al Quran diturunkan adalah untuk mengesahkan kitab-kitab yang sebelumnya dan melengkapkan agama Islam tersebut. Ia diturunkan di dalam bahasa arab untuk memudahkan kefahaman dikalangan orang Arab pada ketika itu.

12:2. Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham.

Adalah difahami ia diturunkan ditanah Arab kerana dipercayai pada ketika itu orang-orang Arab adalah tergolong diantara yang tidak percaya dan munafik kerana tidak mengikut perintah Allah sebelumnya dan pada waktu itu.

9:97. Orang-orang Arab lebih sangat dalam ketidakpercayaan dan kemunafikan, dan lebih wajar untuk tidak mengetahui had-had (hudud) yang Allah menurunkan kepada rasul-Nya; dan Allah Mengetahui, Bijaksana

9:101. Dan antara orang-orang Arab yang di sekeliling kamu, mereka adalah orang-orang munafik; dan sebahagian daripada penduduk Kota menjadi berani dalam kemunafikan. Kamu tidak mengetahui mereka, tetapi Kami mengetahui mereka, dan Kami akan mengazab mereka dua kali, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar

Bukti kejahilan ini jelas terbukti didalam pada ayat berikut:

13:37. Begitulah Kami menurunkan sebagai satu kehukuman dalam bahasa Arab. Dan jika kamu mengikuti keinginan mereka, setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak ada wali (pelindung) terhadap Allah, dan tidak ada yang mempertahankan.

20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka

26:195. Dengan lidah (bahasa) Arab yang jelas

26:198. Jika Kami menurunkannya kepada seorang yang bukan Arab,

26:199. Dan dia membacakannya kepada mereka, tentu mereka tidak akan mukmin (yang mempercayai) kepadanya.

39:28. Sebuah al-Qur'an bahasa Arab yang tidak mempunyai kebengkokan supaya mereka bertakwa.

42:7. Dan demikianlah Kami mewahyukan kamu sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu memberi amaran kepada Ibu Bandar-bandar raya, dan orang-orang yang di sekitarnya, dan supaya kamu memberi amaran mengenai Hari Berkumpul, yang tiada keraguan padanya - segolongan di dalam Taman (Jannah), dan segolongan di dalam yang Menyala.

Apakah bangsa asing mesti membaca (dalam bahasa arab) sedangkan mereka tidak faham? Cuba perhatikan ayat ini:

41:44. Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, "Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?" Katakanlah, "Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh."

Katalah bahasa asing diayat diatas adalah bahasa melayu sudah tentu orang-orang Arab ketika itu meminta untuk diperjelaskan. (Begitu juga sebaliknya kalau al Quran diturunkan di Tanah Melayu, pasti ia juga dalam bahasa Melayu, kalau dalam bahasa Arab pasti orang Melayu terpinga-pinga dan bertanya soalan yang sama)

Ringkasnya Al Quran boleh dibaca didalam pelbagai bahasa asalkan maksudnya sama perkataan demi perkataan (word by word).

Kenapa saya fikir ia boleh dibacakan dalam bahasa lain? Apakah Allah tidak memahami bahasa dari bangsa yang Dia ciptakan?

49:13. Wahai manusia, Kami mencipta kamu lelaki dan perempuan, dan membuat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari

30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.

44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati

Sedangkan, Dia mengetahui jauh lebih dari itu;

3:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan

3:154. Kemudian Dia menurunkan kepada kamu, sesudah kesedihan, ketenteraman. Tidur nyenyak meliputi segolongan daripada kamu, dan segolongan, diri-diri mereka membimbangkan mereka dengan menyangka terhadap Allah yang tidak benar seperti orang-orang jahiliah menyangka, dengan berkata, "Adakah bagi kami sesuatu dalam urusan ini?" Katakanlah, "Urusan adalah kepunyaan Allah seluruhnya." Mereka menyembunyikan di dalam hati mereka apa yang mereka tidak menampakkan kepada kamu, dengan berkata, "Sekiranya ada sesuatu bagi kami dalam urusan ini, tidaklah kami akan dibunuh di sini." Katakanlah, "Sekiranya kamu berada di dalam rumah-rumah kamu, orang-orang yang kepadanya pembunuhan telah dituliskan, akan pergi juga sampai di tempat tidur mereka yang terakhir"; dan supaya Allah menguji apa yang di dalam dada kamu, dan supaya Dia membuktikan apa yang di dalam hati kamu; dan Allah mengetahui apa yang di dalam dada.

Dia mengetahui sehingga apa tersirat didalam hati. Cuba tanya diri sendiri, apakah kita orang melayu menyimpan rahsia dihati kita dalam bahasa Arab? Atau dalam bahasa Inggeris? Atau seorang yang berbangsa Amerika akan menyimpan apa jua rahsia didalm hati mereka dalam bahasa Melayu? Atau bahasa Arab? ......Buktinya simpan didalam apa juga bahasa anda didalam hati walaupun tanpa berkata-kata,.Allah tetap mengetahui dan memahami!

Marilah kita berfikir sejenak, gunalah minda yang dikurniakan oleh Allah begitu banyak contoh dari Allah yang memerintahkan kita berfikir dan mengguna minda; diantaranya;

40:54. Untuk satu petunjuk, dan satu peringatan, bagi orang-orang yang mempunyai minda

65:10. Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah menurunkan kepada kamu satu peringatan,

2:269. Dia memberi Kebijaksanaan (Hikmah) kepada siapa yang Dia mengkehendaki, dan sesiapa yang diberi Kebijaksanaan, dia diberi banyak kebaikan, dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.

12:111. Sesungguhnya dalam cerita-cerita mereka adalah pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai minda; ia bukanlah hadis yang diada-adakan, tetapi satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.

13:19. Apa, adakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu itulah yang benar seperti orang yang buta? Hanya orang-orang yang mempunyai minda mengingati,

14:52. Ini ialah satu penyampaian bagi manusia supaya mereka diberi amaran dengannya, dan supaya mereka mengetahui bahawa Dia Tuhan Yang Satu, dan supaya semua yang mempunyai minda mengingati.

Tapi malangnya hari ini begitu banyak tafsiran Al Quran, tidak tahu yang mana harus diikuti, walhal Allah telah memperingatkan jangan sembarangan didalam membuat penafsiran:

3:7. Dia yang menurunkan kepada kamu al-Kitab, di dalamnya ayat-ayat muhkamat (yang menentukan). Itulah ibu al-Kitab, dan yang lain mutasyabihat (yang serupa). Bagi orang-orang yang di dalam hati mereka menyimpang, mereka mengikuti yang mutasyabihat daripadanya untuk menginginkan pertikaian, dan menginginkan interpretasinya. Tiada yang mengetahui interpretasinya kecuali Allah. Dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "Kami percaya kepadanya; semuanya daripada Pemelihara kami"; dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang mempunyai minda.
20 years
ct_min
as'kum...
itulah keagungan bahasa syurga...sesiapa yg mampu menguasai bahsa itu akan bersama lah para syurga...
tq..
20 years
kaduks
assalammualaikum semua....tak lupa yg bertanya soalan tuu..
bukan nk mengutuk tapi nasihat.
Tak payah la anda memeningkan kepala soalan yg tiada kaitan dgn amal dan ibadah.Yg penting perbanyakan ibadat dan perbuatan soleh agar kita dan anda di berkati dunia dan akhirat.
waalahulam
20 years
hatori hanzo
Askum..pakcik pun x pandai bab agama ni,tp setakat termampu leh la tolong.disini pakcik sertakan tafsiran Surah Yassin ayat 69 yg mungkin boleh menjawab persoalan tuan hamba serta utk renungan semua jugak:

[69] (Nabi Muhammad bukanlah penyair) dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya, dan kepandaian bersyair itu pula tidak sesuai baginya. Yang Kami wahyukan kepadanya itu tidak lain melainkan nasihat pengajaran dan Kitab Suci yang memberi penerangan;
20 years
zuLPsang
Assalamualaikum..............
Aper punyer soalan la
Awak tau tak bahase Arab tu bahase aper?
Bahasa Arab tu bahasa syurge tau mestilah Al Quran diturunkan dalam bahasa ara.
Lagipon Alquran diturun kam melaui jibril kepade Muhammad saw so mestilah dalam bahasa arab Muhammad orang arab takkan nak diturunkan dalam bahasa siam kot........!!!!!!!!!!!!!!!
20 years
azmeen
Assalamualaikum..
saya bukan nak cakap apa sangat sebab saya pun xpandai sangat dalam bab agama ni...tapi saya rasa ada perkara2 yg xpatut kita persoalkan..contohnya soalan tu....sebab itu kan hak Allah....Allah berhak nak menurunkan Quran dalam apa bahasa jua...itu bukan kerja kita untuk mempersoalkannya...tugas kita..ialah membaca..dan menghayati segala ajaran yg terkandung didalamnya...samalah seperti Allah mengharamkan babi..xpayahla kita pikir kenapa...sebab banyaklah kajian...sebab ada cacing pita la kononnya....tapi sebenarnya..kalau kita dapat keluarkan cacing tu..ia tetap haram juga..sebab dah hukumnya macam tu...sebab tu orang kata memang bagus kalau xtahu dan bertanya...tapi lebih elok lagi berfikir ulu sebelum bertanya....Wallahualam....
20 years
ajay
yang bertanya,kenapa bertanya?....tak berpuas hati ke?....

yang menjawap,Al-quran bukan sahaja utk org bangsa arab..tetapi utk seluruh alam..utk seluruh umat nabi s.a.w.....Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan dua perkara....iaitu Al-Quran dan As-sunnah......barangsiapa berpegang padanya pasti tak akan sesat....

Al-Quran adalah utk Nabi Muhammad s.a.w...yang ayatnya dibawa olah malaikat Jibril a.s kepada nabi Muhammad s.a.w....so bahasanya arablah...

Tafsirnya dlm bahasa melayu pun ada kat malaysia...tapi sekadar tafsir saje le.....

wallahualam... MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
20 years
MeowHidayah
First, Allahua'lam..

Second, yg teman taunye ianya utk manusia berbangsa Arab. Kenapa 'Arab? Sbbnya perangai bagi kebanyakan mereka pada ketika itu tersangatlah teruknya dan dgn turunnya Al-Quran kpd mereka adalah sebagai hujah bahawa Al-Quran itu adalah suatu mu'jizat, bukannya hasil tangan manusia kerna mampu merubah seseorg yg begitu teruk perangainya kpd seorg manusia yg terpuji akhlaknya, even tak semua.

Third, Allahua'lam etek... Ke arah memantapkan 'Aqeedah Tauhid... mendidik JIWA HAMBA...

http://www30.brinkster.com/meowhidayah/

p/s: kalo takleh bukak, refresh byk kali..
20 years
osama_laden
Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab sebabnya pada zaman Rasulullah SAW dulu banyak pakar2 sastera Bahasa Arab terdiri dari kaum kafir...mereka ni terlalu angkuh dengan kepandaian mereka berkarya dan mengarang syair atau sajak...

Hikmah Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab adalah untuk menandingi syair2 dan sajak2 dari sasterawan Bahasa Arab...sebab tu Allah Taala memilih Rasulullah SAW yang buta huruf sebagai Rasul-NYA untuk menjatuhkan keegoaan dan keangkuhan Kaum Quraisy yang bijak pandai tu.

salah satu asbab laaa tu...

Ya Allah Ya Tuhanku..aku redha akan ujian dari-MU..pintaku,berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...uhuksss...uhuksss...
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.