Apa Yang Menyebabkan Seseorang itu Mati Dalam Suul Khatimah?
Assalamualaikum warga myMasjid,
Sekarang kita bincang pula bab mati. Mati itu pasti, hidup insyaAllah (senikata lahu Herman Tino. Ingat lagi tak?). Mati ini ada 2 bentuk.
1. husnul khatimah (mati baik)
2. suul khatimah (mati buruk)
Tentang husnul khatimah sata pasti semua orang tahu dan setiap daripada kita sudah tentu akan sentiasa berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah iaitu berpeluang untuk mengucapkan syahadah.
Tapi bagaimana pula dengan ‘suul khatimahâ€...
Assalamualaikum warga myMasjid,
Sekarang kita bincang pula bab mati. Mati itu pasti, hidup insyaAllah (senikata lahu Herman Tino. Ingat lagi tak?). Mati ini ada 2 bentuk.
1. husnul khatimah (mati baik)
2. suul khatimah (mati buruk)
Tentang husnul khatimah sata pasti semua orang tahu dan setiap daripada kita sudah tentu akan sentiasa berdoa kepada Allah agar dimatikan dalam keadaan husnul khatimah iaitu berpeluang untuk mengucapkan syahadah.
Tapi bagaimana pula dengan ‘suul khatimah’? Suul khatimah ialah mati buruk iaitu mati dalam keadaan tidak dapat mengucap syahadah di penghujung hayatnya.(Nauzubillah…minta dijauhkan). Apabila seseorang itu mati dalam keadaan yang sedemikian, tentu ada sebab-sebabnya. Terdapat 4 sebab utama iaitu :
1. Rosak dalam beraqidah@iqtiqad – sekalipun orang itu kuat beribadah kepada Allah dengan solatnya yang tidak pernah tinggal, berderma sepanjang masa, memberi bantuan kebajikan kepada orang ramai dan berbagai kebaikan lagi. Tapi ingat! Semua amalan ini akan luruh apabila datangnya sakaratulmaut. Ia seumpama virus yang memakan segala amal ibadah yang dilakukannya selama ini sekalipun orang itu sudah berada di tahap zuhud. Rujuk surah Al Kahfi : ayat 103 (menceritakan tentang golongan yang paling rugi dalam beribadah). Cth: semangat nasionalis dan mendewakan pelbagai isme.
2. Berterusan dalam melakukan maksiat kepada Allah – melakukan maksiat dan dosa bukanlah sesuatu yang aib walaupun ia memang maksiat kerana manusia bersifat lemah dan lalai. Tetapi ia menjadi sesuatu yang paling buruk apabila berterusan dalam melakukan maksiat dan dosa. Ia akan menjadi jambatan menuju kekufuran dan neraka. Contoh : berterusan mengamalkan riba dan berterusan tidak menunaikan solat.
3. Menyeleweng daripada beristiqamah dengan Islam – asalnya dia seorang yang beristiqamah @ konsisten dalam menurut perintah Allah tetapi apabila diuji dengan sedikit kesusahan dan pelbagai ujian, orang itu tidak lagi beristiqamah. Sebaliknya dia menyalahkan Allah dan tidak redha dengan ketentuanNya. Sepatutnya, dia kena bangkit semula untuk memperbaiki diri hasil daripada muhasabah yang mendalam. Rujuk surah Al Hasyr : ayat 17
4. Lemah iman – tidak mahu memperkasakan iman dengan cara menambah ilmu pengetahuan dalam agama. Sebaliknya lebih mementingkan ilmu yang hanya memfokuskan kepada kerjaya semata. Melakukan sesuatu amal ibadah itu dengan cara ikut-ikut. Apa orang buat, dia buat. Tanpa mengetahui apa risiko dan kaifiatnya. Sedangkan menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap mukallaf.