zuLPsang
zuLPsang
20 years
1419 views

Elakkan Gambar-gambar Binatang

Elakkan Gambar-gambar Binatang

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?” Jawab Aisyah, “Aku membelinya s...
3 comments
Share this post

Comments (3)
wannor
Assalamualaikum,

kandungan hadith ini dan hadith2 yang berkaitan boleh dirujuk dalam buku 'Halal Haram Dalam Islam karangan Imam Al Ghazali"
20 years
cahaya_bulan
tQ zul.sy xtau pun kisah ni.info yg baik.

tQ very2 much.
20 years
zuLPsang
Elakkan Gambar-gambar Binatang

zul (24025) - 1/27/2006 1:23:49 AM/202.190.139.37

Elakkan Gambar-gambar Binatang

Hadith :

Dari Aisyah r.a katanya, dia membeli bantal-bantal kecil bergambar-gambar. Maka tatkala Rasulullah s.a.w melihat bantal-bantal tersebut baginda berhenti di muka pintu dan tidak terus masuk. Aku tahu dari wajah baginda bahawa baginda tidak senang. Berkata Aisyah:”Ya Rasulullah! Aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kesalahanku? Rasulullah s.a.w kembali bertanya:”Bantal-bantal apakah itu?” Jawab Aisyah, “Aku membelinya sebagai tempat duduk anda atau tempat anda bersandar.” Sabda Rasulullah s.a.w:”Pelukis gambar-gambar ini akan disiksa di hari kiamat seraya dikatakan kepada mereka:”Hidupkanlah gambar-gambar yang kamu lukis itu!” Kemudian baginda bersabda:”Sebuah rumah yang terdapat di dalamnya gambar-gambar (haiwan), malaikat tidak mahu masuk ke dalam rumah itu.”
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.