From: wanie <it_girl81@yahoo.com>
To: AJis ^_^ <sylkron_berapi@yahoo.com>, E-Mah ^_^ <gilmoregal_eims@yahoo.com>, kak ju Abd Jalil <kazailis@yahoo.com>, Nurul Ainun <a_nurul81@yahoo.com>, Khusairi Baharuddin <khusairi@yahoo.com>, cH!tEe <dabel_es@yahoo.com>, along erma <britney_lucky84@yahoo.com>, tengku siti fatimah <tengku_t@yahoo.com>, fieza <shafieza83@yahoo.com>, nur hakimah <noours_1226@yahoo.com>, hafez hanafiah <hafezh...
From: wanie <it_girl81@yahoo.com>
To: AJis ^_^ <sylkron_berapi@yahoo.com>, E-Mah ^_^ <gilmoregal_eims@yahoo.com>, kak ju Abd Jalil <kazailis@yahoo.com>, Nurul Ainun <a_nurul81@yahoo.com>, Khusairi Baharuddin <khusairi@yahoo.com>, cH!tEe <dabel_es@yahoo.com>, along erma <britney_lucky84@yahoo.com>, tengku siti fatimah <tengku_t@yahoo.com>, fieza <shafieza83@yahoo.com>, nur hakimah <noours_1226@yahoo.com>, hafez hanafiah <hafezhanafiah@yahoo.com>, Suhaida Haron <suhaida201@hotmail.com>, nurul idayu <nueyu@yahoo.com>, Kamal <afnaima2@yahoo.com>, Lee <libido_fluid@yahoo.com>, eJaRd LP <jard_smailp@yahoo.com>, man_sharif <onkogen@yahoo.com>, Kak Maza <cempaka_delima@yahoo.com>, jaja md <frzlmd@yahoo.com>, melinda <n0ttygurl@yahoo.com>, kak mied <hamidah.saad@lumileds.com>, Shamsiah Mohamed <haismahs@yahoo.com>, "Mr. Niceguy" <p4p4r4zz1@hotmail.com>, Just Nita <jusnita22@yahoo.com>, khairul pepsiboy03 <pepsiboy03_x@yahoo.com>, rudi <pandakutubs@yahoo.com>, semie semie <sahmi_80@yahoo.com>, rizman suzaidi <rizman_suzaidi@yahoo.com>, Waheda <gewekelate@yahoo.com>, Ie Wan <safuwandee@yahoo.com.sg>, Zam Zida <danida48@yahoo.com>, "zuan_kirin@yahoo.com" <zuan_kirin@yahoo.com>
Date: Mon, 26 Dec 2005 23:59:47 -0800 (PST)
Subject: Fwd: [mc222_epjj] "Stop 'Arabising' Malay Culture"...BAGUS BACA NI
Note: forwarded message attached.
Regards
Wanie
Health Campus, USM
"Wahai Allah, limpahkanlah kepadaku kekuatan untuk mencintaiMu, dan mencintai perkara-perkara yang mendekatkan diri untuk mencintaiMu. Jadikanlah rasa mencintaiMu lebih aku sukai berbanding air dan embun". (Doa Nabi S.A.W)
--------------------------------------------------------------------------------
Yahoo! for Good - Make a difference this year.
---------- Forwarded message ----------
From: wazir wazir <mawazir79@yahoo.com>
To: it_girl81@yahoo.com
Date: Mon, 26 Dec 2005 23:51:27 -0800 (PST)
Subject: Fwd: [mc222_epjj] "Stop 'Arabising' Malay Culture"...BAGUS BACA NI
Note: forwarded message attached.
--------------------------------------------------------------------------------
Yahoo! DSL Something to write home about. Just $16.99/mo. or less
---------- Forwarded message ----------
From: Nik Ahmad Faisal Ali <nikahmadfaisal@yahoo.com>
To: mawazir79@yahoo.com, ujg_2me@yahoo.au
Date: Wed, 7 Dec 2005 22:31:01 -0800 (PST)
Subject: Fwd: [mc222_epjj] "Stop 'Arabising' Malay Culture"...BAGUS BACA NI
Note: forwarded message attached.
--------------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Shopping
Find Great Deals on Holiday Gifts at Yahoo! Shopping
---------- Forwarded message ----------
From: farah_hashim@pioneer.com.sg
To: mc222_epjj@yahoogroups.com
Date: Fri, 9 Sep 2005 09:11:54 +0800
Subject: [mc222_epjj] "Stop 'Arabising' Malay Culture"...BAGUS BACA NI
Sekadar berkongsi satu email yang diforwardkan rakan...untuk renungan
bersama....
TREND MENGURANGKAN RASA BERDOSA
Saya benar-benar kebingungan. Bagi seorang yang hidup 11 tahun
diperantauan, kembali ke Malaysia di era seperti hari ini, memang
membingungkan. Semasa di Ireland, saya sudah mendengar tempias American
Idol yang sesekali menghiasi dada akhbar Irish Independent dan lain-lain.
Talk of the town kadangkala diisi dengan isu siapakah yang sepatutnya
mewakili Ireland ke acara Eurovision Contest yang sememangnya tempat
pertama pertandingan itu sinonim dengan penyanyi dari Ireland zaman
berzaman khususnya penyanyi seperti Johnny Logan. Namun ia hanya acara
biasa. Kerja-kerja harian orang ramai berlangsung seperti biasa... tiada
yang luar biasa.
Saya terkasima semasa bersiap-siap untuk pulang ke tanah air for good,
ketika membaca pengumuman nama Rais Yatim diberikan peranan sebagai Menteri
Kebudayaan kabinet Pak Lah yang baru. Hairan bin Ajaib, apa yang saya kenal
tentang Rais Yatim, menimbulkan tanda tanya. Mengapakah seorang menteri
yang begitu genius khususnya dalam hal ehwal berkaitan undang-undang,
tiba-tiba ditempatkan sebagai menteri di sebuah kementerian yang
menguruskan hal ehwal zapin dan joget, pesta budaya dan orang filem
Malaysia yang sering berbalah sesama sendiri. Adakah ini menjadi langkah ke
arah memandulkan politik Rais Yatim?
Namun, kehairanan saya terjawab apabila saya membaca temuramah bersama Rais
Yatim di akhbar The Star bersama HL Wong [17 April 2004] di bawah tajuk
"Stop 'Arabising' Malay Culture" atau "Berhenti MengArabkan Budaya Melayu".
Tegasnya, temuramah itu menggambarkan misi Rais Yatim yang mahu
mengembalikan semula identiti Melayu yang padanya telah terpadam oleh
proses Islamisasi yang diterjemahkannya sebagai Arabisasi. Antara budaya
Melayu yang mahu ditonjolkan kembali adalah budaya tari menari. Orang
Melayu tak mungkin dapat dipisahkan daripada tari menari kerana ia telah
mendarah daging di dalam tubuh kita, tegas beliau.
Nampaknya apa yang dinyatakan oleh beliau benar-benar terealisasi di dalam
masyarakat kita. Usahlah pergi jauh, kampung saya sendiri telah terasa
kesannya. Seingat saya, kali terakhir kampung saya dihiruk-pikukkan oleh
Joget Lambak ialah semasa saya masih di bangku sekolah rendah. Itu bererti
Joget Lambak telah pupus di kampung saya semenjak 20 tahun yang lalu.
Tetapi pupusnya Joget Lambak bukanlah kerana kampung saya telah diArabkan
seperti bangsa Sudan. Bangsa Sudan membuang bahasa asli mereka dan
mengambil sepenuhnya Bahasa Arab sebagai bahasa pertuturan mereka. Kampung
saya masih pekat 'kome', 'mike' dan sambal belacannya. Namun yang pasti,
apabila masjid makin ramai yang datang, perempuan makin ramai yang tutup
aurat, emak ayah makin gemar menghantar anak ke kelas fardhu 'ain, maka
dengan sendirinya Joget Lambak terketepi dan terhakis dari keMelayuan orang
kampung saya. Tetapi saya kekal sebagai salah seorang daripada beberapa
orang anak kampung yang reti Bahasa Arab.
Tetapi, selepas 11 tahun saya meninggalkan kampung, saya dikejutkan dengan
suatu pengalaman pahit di malam itu. Hanya beberapa ratus kaki dari rumah
saya, kenduri kahwin jiran yang siang tadi diTahlilkan dan di'doa
selamat'kan oleh Imam kampung, malam ni berjoget terlambak-lambak.
Berdentam-dentum dram dan gitar, anak-anak muda terloncat-loncat dan lebih
mendukacitakan saya, ia berlaku bersebelahan masjid. Aduh... gelisah saya
sepanjang malam di samping anak-anak saya yang tidak boleh tidur akibat
kebisingan mereka yang berlanjutan hingga ke tengah malam. Walaupun anak
saya lahir di bandar yang penuh orang mabuk dan saling berbunuhan sesama
sendiri (di Belfast), namun fitrahnya masih merintih kedamaian yang
dibunuh 'orang kahwin' malam itu.
RAKYAT KETAGIH HIBURAN
Fenomena hiburan melampau sememangnya menakutkan saya. Kalau di Ireland,
rancangan realiti TV mencari bakat baru berlangsung satu demi satu, tetapi
di Malaysia, lima program berjalan serentak. Ada untuk remaja, ada untuk
kanak-kanak, ada untuk ibu bapa dan ada juga untuk orang tua yang sudah
senja. Lagu-lagu lama muncul kembali supaya jiwa rakyat yang hari ini telah
beruban, terusik kembali untuk mengenang zaman remaja mereka di taman-taman
bunga. Semua berhibur, semua berkhayal dan semua terbang ke cloud nine
masing-masing.
Iklan mesti menghiburkan, pendidikan mesti menghiburkan, ring tone telefon
bimbit juga mesti berlagu hiburan, malah ceramah agama juga mesti ada unsur
hiburan. Mana-mana agenda yang tiada unsur hiburan dengan sendirinya
terpinggir. Kehidupan masyarakat kita sudah 'entertainment centered'.
Segala keperluan hidup diarahkan kepada hiburan malah wang yang dicari
dengan penat lelah, amat mudah ditaburkan kepada sms demi memenangkan idola
masing-masing. Akhirnya terhibur menjadi tujuan hidup! Mana-mana yang tidak
menghiburkan, tiada makna dan tiada nilai.
Namun, mungkin akibat desakan kemahuan Islam yang masih ada nyawa,
suara-suara menegur masih kedengaran walaupun tidak begitu diendahkan.
Mufti berfatwa, pendakwah menegur, pemimpin mengeluh. Namun untuk berundur
daripada dunia hiburan, jiwa sudah ketagihan. Bagai penagih yang keluar
masuk pusat serenti, begitulah rakyat yang sudah ketagih hiburan.
Sembahyang, sembahyang juga. Tapi kemudian kembali berhibur. Tarian dan
lagu-lagu pathetic terus didendangkan, namun nama-nama Tuhan diselitkan
jua. Akhirnya muncullah suatu trend baru dalam masyarakat kita di mana
Islam menjadi kosmetik paling murah tapi laku.
Persoalannya, salahkah berhibur? Tentu tidak salah... namun hiburan yang
bagaimana? Mentor saya memberikan analogi yang menarik. Katanya, nasyid
umpama iklan. Iklan yang berkesan adalah iklan yang berjaya meningkatkan
penjualan produk. Tetapi jika yang dikenang hanyalah iklan dan kecantikan
paras rupa modelnya, sedangkan barangan tidak terjual malah tersisih dari
pasaran, maka iklan itu sudah tersasar. Produk yang diiklankan, pelakon
iklan yang naik saham!
Nasyid menjadi wadah 'mempromosikan' Islam dengan citarasa yang
kontemporari. Nasyid bertujuan 'memperkenalkan' Tuhan. Namun bagi yang
mendengar nasyid cintan cintun dan rap sampah sarap hari ini, berapa ramai
yang 'membeli' Tuhan? Adakah cinta kepada Ilahi meningkat selepas
menghayati nasyid seperti itu? Walaupun ada penyanyi wanita tergamak
mengheret jubah dan tudung ke pentas tari menari, atau yang lelaki
menyelitkan kalimah-kalimah Arab di celah caca merba nyanyiannya itu,
persoalannya yang manakah yang laku? Adakah Islam semakin laku? Adakah
Tuhan semakin dibesarkan? Amat pelik, jika nasyid itu kononnya
mempromosikan Islam tetapi Islam tetap tidak laku di pasaran. Jika ia
sebuah iklan, maka nasyid hari ini menjadi contoh iklan yang tidak
berkesan. Iklan laku, barang tak
laku. Nasyid laku, Tuhan tetap terpinggir dan dilupakan.
APAKAH SEMUA INI?
Inilah soalan yang membingungkan saya. Kita melihat bagaimana menyebut
kalam-kalam iman seperti Insya Allah, Alhamdulillah, Syukur, Ameen dan
lain-lain sudah menjadi seperti adat. "Semoga Tuhan memurahkan rezeki saya
dalam bidang ini!", Tuhan mana yang mengurniakan kemurahan rezeki dalam
bentuk maksiat dan kebinasaan jati diri? Kepada Tuhan manakah, si artis
tadi berdoa? Habis, apa ertinya mereka yang berpenat lelah melawan hawa
nafsu dan syaitan dalam kehidupan sedangkan dalam keadaan menaja maksiat,
Tuhan masih mengurniakan kemurahan rezeki? Saya masih ingat bagaimana salah
sebuah kumpulan ditemuramah oleh televisyen tentang rahsia kejayaan dan
keyakinan diri mereka. Mereka menjelaskan bahawa mereka ada sejenis
meditation. Apabila diminta membuat demonstrasi, mereka yang terdiri
daripada beberapa lelaki dan seorang perempuan berpegangan tangan membentuk
bulatan dan... AL-FATIHAH! Selepas itu ketua kumpulan membacakan doa sambil
menadah tangan, memohon supaya Allah melindungi band mereka dari kekalahan
dan mala petaka bahaya. Terpegun saya menontonnya. Wartawan tersebut pula
mengucapkan syabas kerana walaupun kumpulan tersebut menyanyikan lagu
kontemporari dan moden, tetapi masih tidak lupakan agama!
Bingung saya memikirkan hal ini. Apakah sebenarnya kefahaman mereka tentang
Islam? Adakah mereka benar-benar memaksudkan bahawa Allah, Tuhan Muhammad,
Tuhan Abu Bakr, Tuhan Imam Syafie, adalah Tuhan yang sama boleh
mengurniakan keredhaanNya kepada acara henjut-henjut mereka di dalam
konsert tersebut? Apakah pelajar-pelajar Akademi Fantasia benar-benar
percaya bahawa di alam bukan Fantasia, Allah SWT telah menghalalkan
perlakuan mereka hanya kerana sebelum jamming, mereka memberikan salam?
Seperti orang yang makan daging yang unknown, baca sahaja Bismillah dan
baham! Lantaklah daging tu babi ke atau lembu mati dilanggar kereta, yang
penting tadi Bismillah telah dibaca. Err... saya benar-benar kebingungan.
Akhirnya, saya sampai kepada suatu kesimpulan. Saya terkenangkan kepada
hadith riwayat Huzaifah, bahawa Nabi Muhammad SAW telah memperingatkan
bahawa di akhir zaman, kebenaran itu masih bertahan tetapi bezanya dengan
Islam di zaman silam ialah, Islam di akhir zaman ini berdebu, samar-samar
dan berasap. Jika realiti di akhir zaman ini begitu, ini bererti Islam
tidak boleh dinilai dengan pandangan mata biasa kerana di dalam suasana
yang berdebu lagi berasap, dua biji mata di kepala ini akan
kemerah-merahan, kabur, berair dan kelam penglihatannya.
Sesungguhnya yang perlu dicelikkan demi mencari kebenaran di akhir zaman,
adalah mata hati! Hati telah kenal Tuhan kerana dia datang dari Tuhan. Dia
tahu di mana nilai kebenaran. Sebab itu Nabi Muhammad SAW menyuruh kita
meminta pandangan hati dalam menilai kebenaran. Dosa itu adalah apa yang
mendatangkan keresahan di hati dan kebaikan pula mententeramkan jiwa.
Asalkan hati itu bersih, ia akan meilhat dengan pandangan Allah. Pandangan
Allah itu adalah world view yang berasaskan tauhid. Tauhidic Mindset itu
adalah suatu pandangan yang menilai kehidupan ini berasaskan pandangan
Tuhan. Apa yang baik di sisi Allah, baiklah padanya, dan apa yang keji di
sisi Allah, kejilah terhadap dirinya. Hakikat ini tidak dapat dicapai oleh
mata kasar, namun yang perlu disuburkan adalah pada mata di hati yang kenal
Tuhan dan tahu ke mana ia patut pergi.
Oleh yang demikian, adanya rap dan pop yang dinasyidkan, adanya penari dan
penyanyi yang bertudung dan berjubah, adanya juara Akademi Fantasia yang
berlatar belakangkan agama, hanyalah kosmetik Islam. Kita masih mahu
berhibur tetapi kita sedar yang kita sudah terlalu terhibur. Kita sedar
hiburan kita sekarang adalah dosa. Maka dengan adanya kosmetik Islam
tersebut ia dapat mengurangkan rasa berdosa. Sama seperti seorang artis
yang pergi umrah. Menangis-nangis di depan Kaabah dan kemudian balik ke KL
berdansa semula. Namun diceritakan kepada wartawan perasaannya semasa
berumrah itu. Sedangkan tidak sedikit pun kemungkarannya yang ditinggalkan.
Namun, dengan menggunakan hasil nyanyian itu untuk mengerjakan umrah, ia
dapat mengurangkan rasa berdosa tersebut. Sama juga seperti orang yang
menyamun harta orang lain, menipu dan menindas, kemudian sedekah sedikit
hasil kerjanya itu kepada rumah kebajikan. Kurang sedikit rasa berdosa.
Sedangkan apa yang saya belajar, apa yang Imam al-Ghazali tegaskan di dalam
pengajarannya ialah: Membuat sesuatu yang tujuannya adalah untuk sekadar
mengurangkan rasa berdosa sedangkan diri masih dibiarkan bergelumang dengan
dosa, adalah DOSA YANG PALING BERDOSA! Allah.. selamatkan kami dari fitnah
akhir zaman.
@ ABU SAIF
Cheras, Kuala Lumpur
17 Ogos 2005
".. Kalau Mira rasa selamat dari Neraka, Miralah ahli Neraka.." petikkan drpd www.geocities.com/meowthewerewolf/Tazkirah/MeowAMA.htm
See more
See less
Yes, that all true.
ku tau sape diri mu asis...king kong salut...namun punye hati yg murni....
yess....all above true....
dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....