Saya bawakan kisah sahabat ini utk renungan kita bersama...
"Alhamdulillah dengan rezeki dariNYA, aku dapat mengubah taraf hidup yg sekaligus memberi kesenangan kepada keluarga tercinta. Daripada seorang insan yg terkapai-kapai mencari rezeki di muka bumi Allah, aku berjaya memiliki pendapatan lumayan.
Kalau dulu aku memandu kereta kecil sahaja tetapi kini aku telah berani menukar kereta yg besar. Namun kereta yg diharapkan dapat memberi keselesaaan, rupanya mendatangkan masalah. Aku ...
Saya bawakan kisah sahabat ini utk renungan kita bersama...
"Alhamdulillah dengan rezeki dariNYA, aku dapat mengubah taraf hidup yg sekaligus memberi kesenangan kepada keluarga tercinta. Daripada seorang insan yg terkapai-kapai mencari rezeki di muka bumi Allah, aku berjaya memiliki pendapatan lumayan.
Kalau dulu aku memandu kereta kecil sahaja tetapi kini aku telah berani menukar kereta yg besar. Namun kereta yg diharapkan dapat memberi keselesaaan, rupanya mendatangkan masalah. Aku terpaksa berulang alik ke servis centre utk memperbaiki masalah teknikal kereta itu.
Satu demi satu masalah timbul hingga menybbkan aku merungut dan memburukkan kualiti kereta berkenaan. Aku langsung tidak memikirkan hikmah di sebalik dugaan Allah ini.
Satu hari aku telah bertemu semula dengan salesman yg menjual kereta itu, apa lagi macam-macam la aku memburukkan kereta tersebut.
Kemudian, salesman itu telah mencadangkan aku supaya trade in kereta lain apatah lagi ketika itu banyak tawaran diskaun daripada syarikat-syarikat kereta.
Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, aku langsung tidak berfikir panjang dan terus bersetuju dengan cadangannya. Genap 10 bulan memiliki kereta tersebut, aku telah membuat keputusan utk menjualnya dan menggantikannya dengan kereta lain.
Setelah 2 bulan selesai urusan trade in tersebut, aku mendapat surat peringatan tunggakan bayaran kereta yg telah aku jual. Punya la terkejut, hanya Allah yg tahu. Ternyata tiada sebarang permohonan pertukaran hak milik dibuat oleh salesman.
Atas nasihat pegawai bank, aku telah menhubungi semula salesman terbabit dan meminta alamat di mana kereta tersebut berada. Keengganannya untuk berterus terang tentang lokasi kereta dan dolak dalihnya telah menybbkan aku mengugut utk mengambil tindakan polis.
Melihat kekerasan aku, dia terus memberi nombor telefon orang yg bertanggungjawab memakai kereta itu. Di awal rundingan, lelaki tersebut berdolak dalih dengan pelbagai alasan kerana kereta itu dibawa isterinya ke tempat kerja.
Atas nasihat keluarga dan sahabat, aku telah bertindak memberi kata dua kepada dia samada memulangkan semula kereta itu segera atau jumpa isteri dia di balai polis. Alhamdulillah dengan sistem keselamatan di dalam kereta itu telah membolehkan aku megesan di mana kereta berada dan ini memudahkan aku membuat laporan polis.
Setelah melalui 2hari yg menakutkan dan memeningkan, aku berjaya mendapat semula kereta itu. Tetapi apa yg menyedihkan, keempat-empat tayarnya telah botak dan ada yg sampai nampak benang. Malah calar yg panjang kelihatan nyata di kedua-dua belah kanan kiri pintu.
Doa aku supaya Alllah supaya membalas perbuatan mereka. Aku bukan nak mencari musuh dengan mana-mana pihak, cuma rasa terkilan kerana ada hamba Allah yg tidak tahu malu untuk mempergunakan hak org lain demi kesenangan diri dan keluarga.
Tidak kira siapa lelaki itu tapi bagi aku dia adalah lelaki yg tidak bertanggungjawab dan gagal memberi kesenangan kepada isteri melalui jalan yg telus. Kalaupun dia ingin tolong jualkan kereta itu, jual la ikut prosedur sebenar. Bukannya bagi isteri lanyak sekehendak hati hingga merosakkan harta benda yg bukan miliknya.
Di sebaliknya baru ku sedar yg Allah sedang menunjukkan pembalasan di atas sikap tidak syukur aku. Kini aku memiliki 2 buah kereta yg cukup "menakutkan" utk membayar ansuran bulanannya..kalau dulu aku sering rasa tidak selesa, kini Allah telah bagi aku 2 buah kereta utk betul-betul selesa!!!!
Harapan aku supaya Allah menerima kemaafan yg aku pohon dan membantu aku menyelesaikan masalah ini.......
Buat sahabat-sahabat, bersyukur la dengan apa yg kita miliki....
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."