Untuk menjamin kesejahteraan hidup, rasanya wanita perlu juga memahami atau belajar mengenali dunia lelaki. Rasanya baik kita sama-
sama kongsi pengentahuan.
Sebenarnya ilmu manusia tidak mampu meneroka perkara-perkara yang ghaib tersembunyi dalam jiwa manusia itu sendiri. Hanya Allah Yang
Maha Mengentahui hakikat diri seorang lelaki dan wanita, dan juga hakikat diri manusia ciptanNya. Oleh itu wanita perlu mengentahui dunia "lelaki" agar ia bertindak bijaksana bila berdepan dengan
lelaki sama ada lelaki bergelar bapa, suami, anak, adik, jiran dan sebagainya.
Dalam memahami hakikat lelaki, mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan selain dari "Terimalah lelaki sebagai
sediakala." Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengentahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda
mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang mungkin tidak anda sukai,
dan tidak menyukai anda.
Cuba fahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda, asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan
kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu
sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki
dirinya...insyaaAllahhh.
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada,
merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, dan bagi menyebabkan orang lain tidak
percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri contohnya, sepatutnya sama-sama menang dalam
semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan
menyuarakan. Kuasa isteri plak adalah samada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahkan kuasa, maka rumahtangga akan
menjadi porak-peranda. Oleh itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
Cuba kita imbas sekarang ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlaku banyak
meminta, merendah-rendahkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenal pun anda kepada suami anda, anda sebenarnya bukanlah seorang
wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam
muka dan sebagainya lagi yang tidak enyenangkan diri anda. Dan andalah yang patut berubah. (..maaflah mungkin terlalu kasar skit
nih..)
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami terhadap isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh Islam, anda tidak perlu risau apapun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa....insyaaAllahh.
Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitulah nikmat yang dirasanya
apabila anda senyum padanya. Senyuman boleh menyebabkan lelaki suka
pada anda.
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik
dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda
memanggilnya dengan lembbut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat
anda sebagai wanita.
Lelaki akan menghormati anda sebagai wanita jika anda berusaha untuk
memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya., dia juga akan
melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati
lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan
merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih
terhormat.
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing
suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan
baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar
pula apa yang ingin anda katakan.
Kebanyakan lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-
hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita.
Rasanya lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan
berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu
mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya
amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda
adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Malah lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal
membentuk diri anda.
Kalau kita tengok banyak masalah timbul kerana manusia biasanya
bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk
keduniaan. Kejayaan anda diakhirat adalah bergantung kepada betapa
baiknya anda kepada suani anda dan betapa beresnya tanggungjawab anda
kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman
yang dilemparkan kepada anda itu, begitulah nikmat yang dirasanya
apabila anda senyum padanya. Senyuman boleh menyebabkan lelaki suka pada anda.
p/s; lum sampai mas alg la nak senyum...takper praktik sengih luh.....