Phat_Fen
Phat_Fen
20 years
1102 views

Aper hukumnya kalau..

Asalamualaikum..

Saya nak tanya aper hukumnya berpuasa di bulan ramadhan dalam keadaan berhadas besar?

ada hadis atau nas nas?
8 comments
Share this post

Comments (8)
Phat_Fen
"Tidak Batal Puasa Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub

Diriwayatkan daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa."

*di petik dari ramadhan handbook. (diedarkan melalui e mail dalam format pdf)

Bukan aper.sedikit mengelirukan saya.. tu yg nak mintak pandangan saudara/saudari sekelian.
20 years
ajay
Pha fen kau bertanya untuk diri kau ke untuk perempuan....

kalu lelaki watpe nak tunggu lama-lama...dah berhadas mlm hari segeralah mandi...siap mandi....sebelum subuh dah ready untuk amalan lain...tak kan nak dibiar diri dlm keadaan tak suci......

kalu pompuan tu lain...kalu selagi dlm bulannya.memang tak leh nak pose le....

org yg baca pun naik poning.....hahahahaha

MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
erkk..

kalo dah berhadas tu, boleh ke diterima amalan?

erm..yg pasti saudaraku, jika berhadas, kenalah kita menyucikan diri kita secepat mungkin, seberapa segera yg mungkin, suupaya amalan itu dapat diterima..

Apa mungkin diterima amalan itu jika kita dlm keadaan tidak suci?..

Jadi, kenelah tahu bahwa setiap yg berlaku dlm ISlam, ada cara penyelesaiannya.

Jawapannya, tak sah...(merujuk kpd soalannya yg terlalu umu, tidak diketahui apa sebabnya, jantinanya dan permsalahnnya)

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
mAtA haRi
nak puase buleh .. puasa la .. tapi hanya dapat penat dan lapar saje la ... tidak sah puasa nye .. kene ganti ...

Never tickle a sleeping dragon ... Believe me, you are not going to love it ...
20 years
pakusu
maaf ..sebab yg bertanya lelaki saya tembak lelaki je le..so kalu pompuan dlm keadaan hadas besar (haid dab nifas}haram le baginye berpuasa..wbs

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"
20 years
Imam Nur
The Prophet said 'Both legal and illegal things are obvious, and in between them are (suspicious) doubtful matters. So whoever forsakes those doubtful things last he may commit a sin, will definetely avoid what is clearly illegal and whoever indulges in these (suspicious) doubtful things bravely, is likely to commit what is clearly illegal. Sins are Allah's Hima (i.e private pasture) and whoever pastures (his sheep) near it, is likely to get in it at any moment.

An Nuam bin Bashir Bukhari 3.267

And I said, 'Whoever dies without invoking anything as a rival to Allah, will enter Paradise."' [Sahih Al Bukhari, 6/4497 (O.P.24)]
20 years
Xmeng
Menurut ulama shafi'iyah terdapat 4 perkara yang menentukan sah atau tidaknya puasa seseorang. Antaranya:

1. Islam

2. Berakal

3. Suci dari haid dan nifas sepanjang hari.

4. Dilaksanakan pada waktunya

Sekiranya seseorang itu didapati telah kering haidnya pada malam bulan Ramadhan, sewajarnya dia segera menyucikan dirinya dengan mengangkat hadas besar(mandi hadas). Ini supaya dia dapat berpuasa pada keesokan harinya setelah berniat pada malam harinya.

Dalam kes ini, sekiranya wanita terbabit tidak sempat untuk mengangkat hadas besar sehingga terbitnya fajar, maka puasanya tidak sah sekalipun telah berniat pada malam harinya. Ini kerana wanita itu masih berada dalam keadaan tidak suci dari haid dan dilarang sama sekali untuk melaksanakan apa jua ibadah fardhu yang diwajibkan ke atasnya termasuklah puasa.

Hukum bagi seseorang yang berhadas besar atau melakukan persetubuhan pada malam hari pada bulan puasa tetapi tidak sempat mandi sebelum waktu Subuh bagi menjalani ibadah puasa pula puasanya adalah sah. Mandi hadas besar dibulan Ramadhan disunatkan sebelum terbit fajar. Mandi selepas masuk waktu subuh adalah makruh.

Wallahu A'lam.

ref:www.jais.net.my/soaljawab/puasa/s_165_puasa.htm

Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.
20 years
pakusu
puasanye sah tapi kamu berdosa besar..pahla puasa kamu tidak dapat menampong dosa solat yang kamu tinggalkan..kalau satu hari maknanya kamu tidak solat subuh,zuhur,asar,dan kemungkinan maghrib,dan isyak... (sebab kamu berhadas besar sudah tentu tidak solat kan??)...meninggalkan solat dengan sengaja adalah dihukumkan kafiR...

"Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku"
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.