joesha
joesha
20 years
1725 views

Adik ku difitnah..minta pandangan

Adikku difitnah mencuri handphone dan disebabkan itu juga keluargaku tidak bertegur-sapa dan saling membenci dgn keluarga yg menuduh itu..Hanya sekadar barang yg tiada harga diakhirat, sebuah ikatan telah hambar...

Paling menyedihkan keluarga yg menuduh memandang sinis keluargaku, menanam rasa benci, menanam rasa dendam & tidak mahu berbincang.Dan juga keluargaku juga jadi sasaran walaupun disaat kejadian itu berlaku terlalu ramai yg berada disitu...perkara2 lain ditokok tambah bagi menge...
14 comments
Share this post

Comments (14)
irazz
sabarlah...banyak2kanlah ingat Allah s.w.t...mungkin ade hikmah disebalik ape yang berlaku tu...dgn itu kite sbg manusia yang ada akal jangan cepat melatah dengan perkara2 yang sedemikian rupe...ape yang perlu dilakukan..kite buat macam biase..biar Allah s.w.t yang membalas setiap kata2 fitnah itu nanti...sesungguhnye menfitnah lebih dahsyat dari membunuh...
20 years
Elyana Ahmad
Sekeras-keras kerak nasi pasti lembut direndam air....

Bersabarlah. Anggaplah itu dugaan.

Kadang2 dugaan itu perlu kerana nak sedarkan kita tentang keasyikan sekeliling.

Jgn bermusuh.

Lembutkan hati.Biar si pencuri tu rasa bersalah dan insaf sendiri tttg ketabahan anda mengharunginya.

Senjata yg paling kuat adalah sabar.

Kata hamka: ORG yg jujur dan benar itu bila adanya dicemuh dan dipandang jijik.Bila tiadanya...rindu itu akan hadir.
20 years
yleadh
tak yah takut bro.. rilek je..

dah tak salah , apa nak risau.. buat cam biasa je.

bila jumpa tegur je, mereka nak jawab ke tak nak ke, biorkan je..

ingatle langit tak selalu cerah.. satu masa kan mendung juga..

bersabar adalah modal terbaik..

jalani hidup seperti biasa, ini bukan penamatan sebuah kehidupan.

sentiasa yakin padaNya.

memang berat, org kata berapa berat mata memandang, tapi mata juga lah yang menanggung segalanya, matalah juga punca semuanya..

"Udep Sare Mati Syahid"
20 years
KupuKupu
Buatlah solat hajad...

Mintalah supaya Allah tunjukkan kebenaran. Minta supaya si pencuri tampil dan mengaku kepada pemilik handfon tu.

Insya'Allah.

"Siapalah aku di sisi MU ya Allah"
20 years
salopet
kerukunan sesama tetangga itu satu nikmat kebahagian dalam kehidupan seari-ari........

tetangga ku ramai diantara nyer yg bukan muslim.......kena sentiasa bertolak ansur dalam segala hal............

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
puterarindu
kekadang manusia ni berasa bangga dengan sedikit nikmat yang diberi Tuhan, walhal itu adalah ujian, kerana dari situ Allah akan menguji kebongkakan dan keriakan umat.

olih itu cubalah membuat solat hajat untuk menjernihkan kekeruhan bukan berbalas kata-kata yang mana ada syaitan diantara kemarahan kita dan dipihak yang satu lagi.



sekeliling kita adalah kehidupan yang mewarnai kita
20 years
salopet
masalah yg selalu kiter dengar ni....

anak2 dituduh mencurik...samada benar atau sebaliknyer....

namenyer jerk fitnah.....belum tau kesahihan nyer..

tgk jugak background budak yg terfitnah...

background yg memfitnah...

dari situ kiter kan tau...kesahihan cerita tersebut..........

jgn memutuskan siraturrahim sesama jiran.......hanye kerana sebijik tepon...

dulu kini dan selamanyer....wadah, indah tidak berubah....
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
saudara sekeluarga kene terima benda ini semua sbg satu ujian dr Allah dan terus bersatu dan hidup dlm aman damai.

yg penting satu lagi ialah kehidupan adik sudara yg diftnah.

kdg2, budak2 ni kita abaikan..sbb dia ada kehidupan yg dilalui sendiri.

Pernah saudara terfikir bahawa mungkin kawan2 sekolah setempat dgn saudara mengejek dan memandang rendha pada adik sudara dan menabur cerita ini tak henti2?

apakah tindakan saudara sekeluarga utk membantu budak malang ini?

pikirkanllah..

jika saudara org yg lebih dewasa gagal dlm mengawal perasaan dan dugaan, apatahlagi budak2 yg masih dalam peringkat awal bertatih utk belajar?



Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
dari segi berhadapan dgn jiran terbabit, kita tidak byk yg kita dpt lakukan sebenarnya..

yg terbaik, biarlah kita bersifat merendah diri, membuka ruang berdiplomasi dan bermuzakarah...dan sering bersifat rendah diri dan tidak berburuk sangka.

Lebih baik, saudara sekeluarga teruskan hubungan spt biasa walaupun sambuntan dan respon diberikan tidak baik..cuma yg penting, jika anak itu difitnah, maka perlu diterangkan dgn jelas!!

biarlah penerimaan itu mengambil masa..krn yg benar itu akan sentiasa mendpt ruang utk menerima keadilan.

yg penting, saudara kene fikirkan bagaiman saudara sekeluarga utk terus bersatu...kerana asasnya hubungan keluarga saudara tidak akan terputus dan porak peranda!!

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
BiLa Ku kEnang...ku
yg penting, dari diri kita sbg manusia biasa, tidak akan memutuskan apa2 jua hubungan silaturrahim.

perkara sebegini selalu terjadi melibatkan anak2...

jadi, utk pengajaran, dari kecil..kita didik anak2 DGN TIDAK AKAN MENGHUKUM MEREKA YANG BERKATA BENAR.

itu adalah yg terbaik..biarlah mereka berkata benar walaupun pahit..kerana itu lebih baik kerana membuka ruang perubahan.

yg dihukum adalah kesalahan itu, bukan sbb berkata benar.

Lagi satu, jika kita nak hukum pun, jgnlah sampai kita sisihkan dan tidak memberi motivasi kpd anak2 itu. Kita perlu support dan beri rasional atas tindakan terbabit.

Jgn biarkan anak2 merasa dihukum hanya kerana itu satu kesalahan kerana kita manusia dewasa juga tak lari dari melakukakn kesilapan.

Hanya aku mengenali siapa sebenarnya diri aku...
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.