ajin
ajin
20 years
1675 views

Melayu Yang Kacau Jiwanya...Ntah

Melayu yang keliru ada di sini....bukan aku tapi dia...dia dan dia juga...

Melayu sebagai pengemis di bumi ini....sedang tanah ini tanah warisan....tanah leluhur warisan bonda

Melayu antara segelintir yang berjaya...antara reramai yang tumpas...melarat...melata...angkuh dan bangga

Melayu yang kini menumpang di tanah pusaka....menjadi minoriti.....tiada inspirasi

Melayu yang cemburu...terhadap saudara sebangsa...di tanah seberang...yang kaya....yang merdeka....atas kuasa dan haknya

p/s: K...
13 comments
Share this post

Comments (13)
ajin
jerel....sukanya hati dan bangganya rasa bila mendengar berita kejayaan anda...dan gunturean yang lainnya.....alhamdulillah.....selamat maju jaya

TAAT SETIA......When war comes to our doorstep, the very existence of the nation and society will depend on 'A Few Good Men'...who call themselves
20 years
lizaeja
assalamualaikum...selamat pagi...

betul2 bersemangat bila baca dialog pahlawan tu..terima kasih :-)

teringat masa kursus BTN di kota tinggi dulu...harap2nya kursus mcm tu tetap diteruskan...

HIDUP KENE BERANI, MALU BIAR BERTEMPAT, SELAGI ADA USAHA PASTI ADA HASILNYA....INGAT ALLAH SENTIASA :-)
20 years
jerel
Semoga ALLAH SWT mengurnikan kita semua keikhlasan, kekuatan & kemenangan dlm perjuangan memartabatkan ISLAM, BANGSA MELAYU & MALAYSIA TERCINTA...

Tahniah Tuan!
20 years
maliah
ajin,

jitunya semangat anda...

&

kita bukan Melayu haprak.....

"berhati-hati dengan air tenang... macam-macam bolih terjadi, tetapi dekatilah orang tenang...sebab ada emas untuk digali".
20 years
ajin
namun tanah seberang adalah tanah airku.....tanah yang kupijak ini pernah dipertahankan oleh mantan pejuang Askar Melayu tersohor...Leftenan Adnan....yang matinya berputih tulang....pada tanggal 14 Februari 1942

TAAT SETIA......When war comes to our doorstep, the very existence of the nation and society will depend on 'A Few Good Men'...who call themselves
20 years
mirzamohd
salam semua...

salam ajin....

teringat saya ketika bangsa Arab jahiliyah menerima agama Islam yg dibawa oleh Rasulullah....

mereka yg haru biru, berpecah dan melakukan segala kemaksiatan akhirnya tunduk, patuh menyembah Allah s.w.t

dan pastinya..dengan Islamlah bangsa Arab itu menjadi maju, terkenal & hebat..

.....tertarik kepada ibnu nafis yg hidup 200 tahun selepas ibnu sina....(dlm kisah ilmuan islam tv3).... pastinya beliau seorang ulama dalam bidang sains perubatan yang bergelar profesor...

wasalam

AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com
20 years
Imam Nur
Dari Abdul Rahman bin Samurah r.a katanya:"Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: "Hai Abdul Rahman! Janganlah engkau meminta-minta hendak jadi pembesar negara kerana jika engkau jadi pembesar kerana permintaaan, tanggungjawabmu akan besar sekali. Dan jika engkau diangkat tanpa permintaan, engkau akan dibantu orang dalam tugasmu.

(Muslim)

No doubt! Verily, the Auliya' of Allah and love Allah much, no fear shall come upon them nor shall they grieve.
20 years
Mami Ros
hahaha...ajin...

darah pahlawan....

ada gunturean jadi pendidik.....

hmmm.......memang gaban pun dia....

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....
20 years
ajin
...kim salam gak kat dia....blaja rerajin....

nah...untuk halwa jiwa...dipersembahkan dialog pahlawan

TIBA-TIBA saja lampu dalam bilik mesyuarat bangunan tiga puluh satu tingkat itu menyala. Lima orang pahlawan negara telah bersedia di kerusi masing-masing untuk memulakan dialog. Hang Tuah duduk di hujung meja, sementara Tok Janggut dan Datuk Maharajalela duduk di sebelah kanan, Panglima Hitam dan Tun Fatimah duduk di sebelah kiri.

Mereka tertunggu-tunggu Hang Tuah memulakan bicara.

``Assalamualaikum...'' bicaranya. ``Wahai pahlawan-pahlawan negara sekalian, kita mengadakan perjumpaan pada kali ini secara tergempar kerana sesuatu yang amat mendesak, perlu kita bincangkan bersama,'' Hang Tuah, selaku pengerusi, memulakan bicara.

``Tentu ada sesuatu yang mustahak, sebab itu tuan hamba mengadakan perjumpaan pada kali ini secara tergempar, bukan?'' bicara Datuk Maharajalela setelah membetulkan tanjaknya.

Hang Tuah mengangguk-angguk. Tok Janggut mendongak tepat ke arah Hang Tuah seraya berkata,

``Musuh mana akan datang?

Mana tebing akan runtuh?

Atau kubu akan dijuang?

Atau ubat akan dijemur?

Mana senapang akan diampai?

Mana jamban dikencah dagang?

Atau parit sudah tembus?

Atau aur kurang bela?

Angkatan mana yang akan tiba?''

Hang Tuah menggeleng-geleng kepala, kelihatan hujung tanjaknya turut melambai-lambai. ``Bukan musuh yang akan datang, bukan angkatan yang akan tiba, tetapi masalah maruah, peribadi dan jati diri bangsa,'' begitu bersungguh-sungguh pendapat itu dikemukakan.

``Tentang maruah, peribadi dan jati diri bangsa? Memang sesuatu yang mustahak. Kita wajar perbincangkan bersama,'' menyusul bicara Panglima Hitam, penuh bersemangat.

``Bicaralah tuan hamba, jangan lagi ditangguh-tangguh, bertangguh sejengkal kerja takkan menjadi sehasta,'' desak Tun Fatimah. Matanya yang bercahaya, bagai bintang kejora, menjamah tepat wajah Hang Tuah yang tampan dan perkasa.

Hang Tuah mengangguk-angguk. Dia meletakkan keris panjangnya di permukaan meja, bererti suatu perjuangan akan bermula. ``Bahasa kita, para pahlawan sekalian. Bahasa kita sedang terancam sekarang.''

``Bahasa? Bahasa adalah jiwa bangsa. Lenyap bahasa lenyaplah bangsa,'' tegas Tok Janggut, bersama meletakkan kerisnya di permukaan meja.

``Tidak! Takkan Melayu hilang di dunia!'' bentak Hang Tuah.

``Ya! Takkan Melayu hilang di dunia... tapi jika bahasa kita, bahasa Melayu terancam, apakah Melayu tidak akan hilang di dunia?'' Panglima Hitam memintas bicara. Bibirnya digetap, jiwanya bergelora.

Datuk Maharajalela tersenyum, ``Tapi bukankah kerajaan kita masa kini bertekad benar-benar memajukan bangsa Melayu, kerana itulah digalakkan anak-anak kita mempelajari bahasa Inggeris. Bukankah bahasa Inggeris itu bahasa dunia?'' bicaranya menyekat gelora.

``Tidakkah bahasa itu yang menjajah negara kita suatu ketika dulu? Apakah kita betah pula kembali ke zaman penjajah?'' Tun Fatimah segera melenting, berdiri sambil menghunuskan keris di pinggangnya.

``Sabar Tun Fatimah. Bukankah sabar itu separuh daripada iman. Kita perlu berbincang secara matang, dengan fikiran terbuka,'' Hang Tuah berusaha membendung suasana.

``Ya! Hamba juga tahu, seorang dewata telah menyarankan supaya dua mata pelajaran sekolah anak-anak Melayu kita ditukar ke bahasa Inggeris. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya anak-anak Melayu akan maju bersama zaman tanpa sempadan sekarang ini,'' mencelah Datuk Maharajalela.

``Apakah belajar melalui bahasa kita tidak akan maju? Dalam zaman kita dahulu, zaman kerajaan Melayu Melaka, kita maju dengan menggunakan bahasa kita sendiri. Hatta penjajah-penjajah asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris menggunakan bahasa Melayu ketika berhubungan dengan raja-raja Melayu. Apa kurangnya bahasa Melayu, ha?'' Tegas Tun Fatimah, merah padam wajahnya, tambah berseri pula wajah itu dilihat oleh para pahlawan tanah air.

``Bagaimana kita akan berhubungan dengan negara-negara luar terutama negara Inggeris seperti Amerika dan Britain, jika kita tidak pandai menggunakan bahasa Inggeris?'' Datuk Maharajalela cuba mempertahankan pendapatnya.

``Datuk...'' tiba-tiba Hang Tuah sendiri cuba mengemukakan pendapatnya, ``Sepuluh negara maju di dunia seperti Jerman, Perancis, Itali, Rusia di sebelah barat dunia; Jepun, Korea dan China sebelah timur, dan beratus-ratus buah negara lagi di dunia ini, pemimpin dan rakyat menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Negara mereka terus maju malah setanding dengan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris. Mengapa bahasa dan negara kita tidak?''

``Dalam tahun-tahun lapan puluhan dahulu, begitu ramai rakyat negara kita berkelulusan tinggi dengan menggunakan bahasa Melayu. Beberapa buah universiti menggunakan bahasa Melayu. Di mana celanya bahasa Melayu untuk memajukan bangsa dan negara kita ha?'' Panglima Hitam yang mendiamkan diri, mencurahkan pendapatnya.

Dia membuka sebuah risalah, ``Lihat risalah ini menyatakan sekian ramai graduan kita berkelulusan doktor, jurutera, mekanik, menjadi ahli-ahli korporat dengan menggunakan bahasa Melayu,'' tegasnya.

``Jika kita kembali mengagung-agungkan bahasa penjajah itu bererti kita sudah hilang jati diri, peribadi dan maruah sebagai sebuah negara merdeka, sedangkan pemimpin-pemimpin negara masa kini bertekad benar-benar ingin memajukan negara mengikut acuan kita sendiri. Jika menggunakan bahasa Inggeris, acuan apakah itu?'' Tok Janggut beria-ia benar ingin mempertahankan maruah bangsa dan negaranya.

Ketika itu kelihatan beberapa orang pahlawan negara mengangguk-angguk. Tun Fatimah tunduk dengan penuh kepiluan. Dia menggeleng-gelengkan kepala.

``Kenapa pula Tun Fatimah menggeleng-gelengkan kepala?'' tanya Hang Tuah.

``Hamba sangat sedih memikirkan anak-anak bangsa kita yang tinggal di luar bandar. Anak-anak itu tentu tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik, tidak seperti anak-anak kita dalam bandar. Keputusan peperiksaan dua mata pelajaran itu hanya enam belas peratus. Apa akan jadi kepada mereka pada masa akan datang, sedangkan bangsa kita tujuh puluh lima peratus penduduk luar bandar?'' bicara Tun Fatimah, diselubungi kesedihan.

``Ya! Apa akan jadi nasib anak-anak bangsa kita pada masa akan datang?'' mencelah Hang Tuah.

``Pada pendapat hamba, sesuatu rancangan yang akan dilakukan hendaklah dikaji semasak-masaknya terlebih dahulu, memikirkan baik buruknya terhadap bangsa kita,'' bicara Tok Janggut. ``Tidak semua pendapat seseorang pemimpin itu benar dan betul, masyarakat patut memperbetulkan sesuatu yang tidak betul. Tidak hanya mendiamkan diri kerana keperluan tertentu. Saidina Abu Bakar ketika menjadi khalifah meminta rakyat membetulkan kesalahannya,'' tegas Tok Janggut.

``Kita bimbang pemimpin dan rakyat negeri ini akan hilang jati diri dan peribadi bangsa. Lihatlah, di mana-mana saja pemimpin kita bercakap bahasa Inggeris. Bagaimana difahami oleh tujuh puluh lima peratus penduduk Melayu di luar bandar?''

Hang Tuah mengangguk-angguk, ``Fikirkanlah betapa banyak buku bahasa Melayu yang akan terkorban apabila menggunakan bahasa penjajah itu. Dewan Bahasa dan Pustaka yang ditubuhkan pada 22 Jun 1956 di Johor Bahru, kini berdiri megah di tengah bandar raya Kuala Lumpur, apakah peranannya jika bahasa Melayu sudah terancam?'' nadanya bergema bercampur duka.

``Pahlawan Bahasa Tun Syed Nasir Ismail, Ketua Pengarah Kedua berusaha bersungguh-sungguh dengan mengadakan minggu dan bulan bahasa untuk memartabatkan bahasa Melayu, tentu menangis teresak-esak jika melihat bahasanya telah terancam sekarang,'' bersuara Tun Fatimah dengan nada serak dan penuh berhiba.

``Telah banyak buku bahasa Melayu diterbitkan, memakan belanja berjuta-juta ringgit, apakah yang akan berlaku jika negara ini dikuasai bahasa Inggeris?'' Tok Janggut pula merintih, meladungi nada terharu dan sendu sambil mengurut janggutnya.

Panglima Hitam menyogokkan pendapat, juga dengan nada terharu, ``Hamba mendapat tahu sekian ramai cendekiawan Melayu berusaha mengadakan seminar dan kongres memartabatkan bahasa Melayu, namun suara mereka tidak dihargai dan diketepikan. Pepatah China mengatakan, `Jika sesuatu bangsa tidak menghargai bahasanya, tunggulah suatu hari nanti bangsa itu akan musnah','' dia menangis teresak-esak apabila mengenangkan nasib bangsa dan bahasanya.

``Dahulu, ketika memperjuangkan kemerdekaan ahli-ahli UMNO dan guru-guru Melayu berjuang habis-habisan memartabatkan bahasa dan pendidikan Melayu, kenapa kini tidak?'' suara itu terpancar keluar daripada sukma Tun Fatimah, sinis dan berhiba.

Bilik mesyuarat di Dewan Bahasa dan Pustaka itu sepi. Pahlawan-pahlawan itu menitiskan air mata.

``Suatu ketika dahulu kita bersemangat kental berjuang mempertahankan negara, hari ini kita meladungi air mata mengenangkan nasib bahasa kita,'' bicara Tok Janggut, berusaha menahan kepiluannya.

``Hm! Apa pula pendapat Datuk Maharajalela?'' tiba-tiba saja Hang Tuah menumpukan pandangan kepada pahlawan negeri Perak itu.

``Sebenarnya...'' Datuk Maharajalela bersuara dalam sebak, ``Hamba juga amat dukacita apabila melihat nasib bahasa kita.''

``Eh, tadi bukankah Datuk begitu mempertahankan penggunaan bahasa penjajah itu?'' rasa kehairanan terbetik di hati Hang Tuah.

``Hamba cuma ingin menduga. Tapi, percayalah tuan-tuan hamba sekalian bahawa sejarah perjuangan hamba pada tahun 1875, selaku Orang Besar Delapan Negeri Perak bersama Datuk Sagor dan pengikut-pengikut hamba, merancang kemudian melakukan pembunuhan Residen British J.W.W. Birch di Sungai Perak. Itulah buktinya hamba sebagai seorang pahlawan yang membenci penjajah British,'' bicara Datuk Maharajalela, begitu padu dan bersemangat kental.

Beberapa orang pahlawan kelihatan menarik nafas kelegaan.

``Kalau begitu kita sama-sama sependapat, membencikan penjajah Inggeris. Penjajah itu bukan saja menjajah negara kita tapi mereka juga menjajah hati nurani bangsa kita. Kerana itulah terdapat di antara pemimpin-pemimpin kita yang terjajah hati nuraninya,'' selar Tuk Janggut.

Hang Tuah amat prihatin pendapat itu, ``Memang benar, mengikut sejarah Tok Janggut juga begitu membenci penjajah. Kira-kira dalam tahun 1915, Tok Janggut bersama pengikut yang setia menentang penjajahan Inggeris kerana membinasakan kampung halaman Datuk di Jeram, Kelantan. Datuk berjuang habis-habisan untuk menyelamatkan kampung Datuk. Akhirnya Datuk tewas sebagai seorang pahlawan.''

``Bagaimana pula dengan Tun Fatimah?'' Panglima Hitam pula ingin membongkar sejarah.

``Hamba tahu sejarah Tun Fatimah itu,'' mencelah Datuk Maharajalela.

``Ceritakanlah Datuk,'' minta Hang Tuah.

``Tun Fatimah menunjukkan kegagahan menentang pencerobohan Portugis menjejak bumi Melaka dalam tahun Masihi 1511,'' bicara Datuk Maharajalela sambil menjeling ke arah Tun Fatimah. Tubuhnya langsing dan menggiurkan. Tidak hairanlah, kata hatinya, wanita secantik itu setiap lelaki termasuk Sultan Melaka ingin memilikinya:

Muka membujur sirih

Dahi sehari bulan,

Kening bentuk taji,

Hidung kuntum seroja,

Pipi pauh dilayang,

Rambut ikal mayang.

``Ceritakanlah Datuk,'' desak Hang Tuah.

``Tun Fatimah berjuang habis-habisan bersama pahlawan-pahlawan Melaka yang lain, sayang sekali Portugis berjaya menawan Melaka dan Tun Fatimah bersama Sultan terpaksa berundur dari bumi Melaka,'' sambung Datuk Maharajalela.

``Bagaimana pula sejarah hidup Panglima Hitam kita?'' tanya Tok Janggut.

``Sepanjang yang hamba tahu,'' bicara Hang Tuah, ``Panglima Hitam adalah panglima kepada Sultan Dhaiuddin Al-Mukaram Syah, Sultan Indera Kayangan dalam tahun Masihi 1680. Panglima Hitam hampir menggadaikan nyawanya membela Tanah Indera daripada serangan angkatan Bugis. Jasa Panglimalah Tanah Indera dapat diselamatkan,'' jelas Hang Tuah sambil memandang ke arah Panglima Hitam yang benar-benar hitam kulitnya.

``Begitu jasa dan perjuangan kita membela bangsa dan tanah air. Bagaimana pula pengorbanan pemimpin dan rakyat masa kini membela maruah bangsa dan negara?'' tanya Tun Fatimah.

``Sejarah akan menentukannya,'' tegas Datuk Maharajalela.

``Kita telah berbincang panjang tentang bahasa dalam pertemuan kali ini. Sewajarnya kita tidak saja menyesali apa yang telah berlaku, tetapi kita patut memberi pendapat bagaimana bahasa kita patut dimartabatkan?'' sela Hang Tuah, penuh kesedaran.

``Bahasa yang maju itu adalah bahasa yang hidup. Kita sepatutnya tidak sama sekali membenci bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain yang maju. Anak-anak kita wajib mempelajarinya. Akan tetapi kita mesti memajukan bahasa kita sendiri kerana menurut ahli psikologi mempelajari sesuatu ilmu adalah lebih berkesan melalui bahasa sendiri,'' begitu pandangan Tun Fatimah.

``Memang benar pendapat Tun Fatimah itu,'' celah Panglima Hitam. ``Untuk memajukan bahasa dan bangsa kita, usaha menterjemah buku-buku ilmu pengetahuan hendaklah berjalan seiring dengan kemajuan negara. Di negara Jepun, dalam masa sebulan buku-buku ilmu pengetahuan yang diterbitkan di negara-negara maju seperti di Eropah, Institusi Penterjemahan Jepun telah menerbitkannya dalam bahasa Jepun. Kenapa kita tidak?''

``Di negara Thai pula,'' Hang Tuah memberi pendapat, ``Setiap cendekiawan yang ingin mendapat kedoktoran diwajibkan menulis sebuah buku ilmiah, kerana itu sekian banyak buku ilmiah dapat memenuhi keperluan pelajar di institusi pengajian tinggi.''

``Ya! Kalau tidak dipecahkan ruyung di manakah dapat sagunya? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih!'' tegas Tun Fatimah.

``Kita akhiri di sini dahulu, perbincangan kita kali ini. Dialog pertama dulu kita adakan dalam gua di Bukit Seri Indera, membincangkan tentang `hijrah'. Dialog terakhir di bilik mesyuarat Putera Jaya, membicarakan tentang `moral anak-anak muda kita masa kini'. Mudah-mudahan perbincangan kita sebagai mewakili pahlawan-pahlawan negara, ada manfaatnya kepada generasi masa kini dan akan datang. Assalamualaikum...''

Mereka menjawab salam Hang Tuah dan saling bersalam-salaman.

Sesudah itu, tiba-tiba saja semua lampu dalam bilik mesyuarat bangunan tiga puluh satu tingkat yang memartabatkan bahasa Melayu, padam serta-merta. Tinggallah bilik itu dalam kegelapan.



TAAT SETIA......When war comes to our doorstep, the very existence of the nation and society will depend on 'A Few Good Men'...who call themselves
20 years
Mami Ros
ajin,

adek nurul kirim salam....

dia skrg ada kat poli PD, so kalau singgah kem PD...carilaa dia kat sana...

Sabda Rasullullah SAW ~~ " Berusahalah mengosongkan hatimu dari keprihatinan memikirkan dunia, semampunya. "....
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.