Zulfadhli Al Fahmi
Zulfadhli Al Fahmi
20 years
1881 views

Bleh shabat2 bri pndngan tntang Nasyid or Hiburan?

Assalamualaikum...

Saya tak pernah tgok AF 1,2,3.. Tak berminat sebab hiburan tu bukan nak bagi ana duit or menambah akaun ibadah saya..

Masa AF3 tu saya terkejut jugak sebab dengar kata ada budak Qari yang join AF.. Mawi...

Punyalah glamer dia till now.. Kalau betullah pandangan pihak media yang mengatakan Mawi mampu memikul beban dakwah melalui method macam tu... Adakah matlamat tu menghalalkan cara?

Mgkin pengetahuan saya cetek tentang realiti tv sekarang... dan mgkin jugak ada ya...
12 comments
Share this post

Comments (12)
mirzamohd
salam semua...

mencelah sedikit...

apa yg haram tetap haram

apa yg halal tetap halal

apabila datang barang yang 'pertengahan'...maka lihatlah kemana cenderongnya.... ke kiri atau ke kanan.....

teringat saya pada 'sekuriti' kilang arak... walau dia tak minum arak dan mengerjakan solat.....apakan daya..dia juga terpalit.....

perihal nasyid atau nyanyian.... setelah mengambil kira adab-adab dan batas-batas yang termaktub dalam Al-Quran... dan di hiasi dengan syiar buat semua...maka silalah...

namun....jika adab serta batas dilanggar... apalah maknanya 'takut' dengan azab Allah....

apapun saya percaya..warga mm semuanya arif perihal batas & adab ini...insya Allah terpelihara....

teringat juga saya pada 'janganlah kamu menghampiri zina...'....

wallah hu aklam...



AlFakirWalMiskin....LillahiTaala.................
www.baitulummah.com
20 years
sausan
sekiranya "method" itu bermaksud penggunaan alat muzik...

sebahagian ulamak ade menyatakan harus dan sebahagian lagi menyatakan haram.

Mereka yang mengharamkan berpegang kepada nas-nas Al-Quran dan sunnah serta ‘illah yang disebut oleh ulamak-ulamak terdahulu. Cuma ada juga khilaf di kalangan mereka tentang alat-alat yang diharuskan. Ada juga yang menghadkannya kepada duf (rebana) sahaja. Mereka ini pula berikhtilaf lagi pada keadaan-keadaan dibenarkan memukul dufdan siapakah yang diharuskan menggunakannya.

1. Pendapat pertama menyatakan bahawa duf hanya boleh digunakan di dalam upacara-upacara perkahwinan, hari raya, dan suasana-suasana kegembiraan yang lain seperti berkhatan. Hanya kaum perempuan sahaja yang dibenarkan memukul duf. Pendapat ini ialah pendapat Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Saleh Fauzan, Syeikh Muhammad bin Saleh Al-‘Usaimin dan Syeikh Nasiruddin Al-Albani. Mereka bersandarkan kepada mazhab Hanbali.[xviii]

2. Pendapat kedua pula menyatakan duf boleh digunakan dalam semua keadaan dan boleh dipukul oleh kaum lelaki dan wanita.



"Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
sausan
"But sekarang terlalu berbeza method nasyidnya...

Seolah2 mereka mempopularkan LAGU dan mengistilahkannya sebagai NASYID...

Relevenkah NASYID macam nie?"

boleh saye tanye ape yg dimaksudkan dengan method nasyid tu??? adakah "method" bermaksud penggunaan alat muzik??



"Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
Zulfadhli Al Fahmi
Em.... Ana dah tanya semua pensyarah2 kat sini... Majoriti membangkang dan mengatakan hukumnya HARAM_jika ada unsur2 seperti yang diutarakan oleh sahabat SAUSAN, MAT_KILAU..

Dulu al-Akh Yassin_Brothers student kat UM Nilam Puri dia nak masukkan unsur nasyid dalam Nilam Puri ni... punyalah hebat tentangan oleh Pensyarah2 kat sini... Tu pun ana dapat sumber dari pensyarah yang pernah join mesyuarat berkenaan isu Yassin ni dulu..

Kalau nasyid jenis macam tu dah ditentang.. 'NASYID' jenis sekarang ni lagilah...

Kalau kawan2 tgok dulu konsep yang di bawa al akh-Yassin n the gang diterima oleh masyarakat... macam yang dikatakan oleh Zana..

"Nasyid...

Semakin hayati semakin tengelam dalam rindu Allah..."

But sekarang terlalu berbeza method nasyidnya...

Seolah2 mereka mempopularkan LAGU dan mengistilahkannya sebagai NASYID...

Relevenkah NASYID macam nie?

Atau dasar kata lain.. Mengkomersialkan LAGU yang diistilahkan sebagai NASYID untuk tujuan populariti dan keuntungan..

Susah ana nak terima yang method nasyid sekarang ni boleh mendekatkan diri kepada ALLAH.

Al kulli hal.. Ana nak rujuk balik pendapat2 tentang hiburan ni.. Boleh kita kongsi bersama yek..

Syukran semua...

Biarlah tangisan ibumu kerana kejayaanmu...
20 years
Itaarissa
a. isi, senikata, lirik, dan motif yg tidak bertentangan dgn adab dan susila Islam

b. Cara penyampaian, apakah ia menyuburkan syahwat dan ciri-ciri seksualiti dan yg diharamkan

c. Suasana (iklim) semasa ia disampaikan

d. Sederhana (tidak berlebihan dan melampaui) dalam menyintai seni muzik dan seni suara

e. Uruf pendengar adalah sebaik-baik hakim.

rasanya ciri genaral dah ada kat sini...uruf pendengar adalah sebaik2 hakim........

andaikata saya tgk AF...tujuan saya untuk lihat betapa lalai nya makhluk ciptaan Allah seperti saya.....bukan dgn tujuan utk berlalai adalah salah juga?

dalam ayat Quran pun suh kita berjalan dan perhatikan orang yg ingkar utk buat pengajaran kan?

Wallahua`lam...
20 years
atai
atai setuju ngan pndpt kak shima (yg bleh lak berpegang tangan )

setahu atai kalau nak salam dgn bukan muhrim kena alas tapak tangan (yg diajari uztaz)

A SMILE can make people happy, LOVE can make the world go round..HATE can add wrinkles but FRIENDS? They make life worth living...THANKS for being ONE
20 years
mat_kilau
Yang halal bila bercampur dengan yang haram ianya tetap menjadi haram...

firman Allah yg bermaksud:

"Dan janganlah kamu mencampurkan yang hak dengan yang bathil dan (jangan pula) kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahuinya".

surah baqarah ayat 42.

kadang2 niat kita baik dan nak ajak org utk buat buat kebaikan tapi dlm masa yg sama kita tak sedar yang cara pelaksaan kita itu salah.

muzik mmg diharuskan dan mmg fitrah manusia perlukan hiburan tapi Allah swt sudah tetapkan hiburan tadi mestilah mengikut kehendak agama dan bukannya melampau2...Allah swt lebih maha mengetahui dan Dia lebih tahu mana yg baik utk kita...

muzik yg diharamkan termasuklah bercampur gaul antara lelaki dan perempuan, muzik yg didalamnya ada permainan gitar dan juga serunai atau saksofon...kerana bunyian dari serunai dan saksofon itulah bunyian yang paling disukai syaitan...

wallahu a'lam.

Jadilah seperti mutiara, walau didasar lautan tetap diburu nilainya...
20 years
Zana.
Nasyid...

Semakin hayati semakin tengelam dalam rindu Allah...

Lagu...

Semakin dihayati semakin terbuai kenangan dan rindu Manusia...

Walahualam...



"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
20 years
shima talib
tanda-tanda kiamat ialah apabila hiburan dan nyayian diagung-agungkan semua org suka kepada hiburan itulah tanda tandanya, bercampur lelaki dan perempuan adalah haram tambahan yang bukan muhrim pakaian menjolok mata, berpegang tangan halal ke tu??? itulah rancangan realiti tak pedulik la yang masuk tu ustaz ker atau tok imam yang haram tetap haram.....
20 years
sausan
tak berani saye nak menyatakan hukum Af tu...haram ke harus???..... soal hukum hakam ni mugkin ade yg lebih arif



"Kata aku, Tuhan akan menunjukkan
kepada yang mencari. Ya, asal kau mahu mencari, Dia menunjukkan"
20 years
Post a Comment
Add photos or video
Be respectful and constructive.