Lelaki dan wanita adalah dua asbab yang mewujudkan zuriat. Kecuali tiga insane yang wujud mereka di dunia tanpa melalui dua asbab ini atau salah satunya. Pertama Nabi Adam as. Baginda wujud tanpa ibu dan juga bapa. Kedua Siti Hawa. Wujud-nya tanpa melalui ibu, hanya bapa (pada pengistilahan sahaja. Maksudnya dari lelaki). Manakala yang ketiga ialah Nabi Isa as. Baginda wujud hanya melalui ibu, tanpa bapa.
Selain ketiga-tiga mereka yang tersebut itu, semua manusi...
Oleh : Tarikuddin Hassan
Lelaki dan wanita adalah dua asbab yang mewujudkan zuriat. Kecuali tiga insane yang wujud mereka di dunia tanpa melalui dua asbab ini atau salah satunya. Pertama Nabi Adam as. Baginda wujud tanpa ibu dan juga bapa. Kedua Siti Hawa. Wujud-nya tanpa melalui ibu, hanya bapa (pada pengistilahan sahaja. Maksudnya dari lelaki). Manakala yang ketiga ialah Nabi Isa as. Baginda wujud hanya melalui ibu, tanpa bapa.
Selain ketiga-tiga mereka yang tersebut itu, semua manusia wujud atas dunia ini melalui ibu dan bapa. Dengan itu peranan anak terhadap kedua orang tua mereka adalah besar sekali.
Di dalam hal ini, agama Islam mengajar bahawa tanggungjawab anak terhadap kedua orang tuanya atau kedua ibu bapanya adalah sa-ngat besar dan perlu dititikberatkan melebihi daripada segala-gala perkara. Melainkan yang bersifat penderhakaan terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya sehingga Islam mengancam sesiapa yang menderhakai ibu bapanya dengan bekaran api neraka.
Syurga pula diletakkan di bawah telapak ibu, kenapa? Kerana besarnya kedudukan ibu pada pandangan Allah SWT terhadap seseorang anak. Keredhaan Allah terhadap seseorang anak hanyalah bergantung dari keredhaan kedua ibu bapanya.
Namun sebagaimana yang telah disebut di atas, bahawa ketaatan terhadap ibu bapa hanyalah sekadar dalam lingkungan batasan ketaatan terhadap Allah dan Rasul-Nya sahaja. Kalau ibu bapa menghendaki anaknya menderhakai Allah dan Rasul-Nya, pada ketika itu hilanglah kewajipan anak di dalam mentaati kedua ibu bapanya.
Kenapa Islam sangat menekankan persoalan ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa? Kenapa tidaknya, tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ketika anak-anak masih kecil dan memerlukan tempat pergantungan, di kala itu betapa susah payah dan jerit lelahnya ibu bapa di dalam mela-yani keperluan anak-anak mereka.
Sebab itulah Allah SWT mela-rang keras setiap anak daripada bersikap kasar dan biadab terhadap kedua ibu bapa terutamanya setelah kedua-dua nya meningkat tua. Firman Allah di dalam al-Quran surah Isra' ayat 23 - 24 bermaksud:
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia. Dan agar kamu berbuat baik terhadap kedua ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang daripadanya sampai umur lanjut dalam pemeliharaanmu, janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada ke-dua-duanya perkataan 'Ah!' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku!, kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sejak aku kecil lagi.
Orang-orang yang fasik tetapi sangat memulia dan menghormati ibu bapanya adalah lebih dikasihi oleh Allah daripada orang-orang yang terkenal banyak ibadatnya tetapi menderhakai ibu bapa mereka. Kenapa?
Bukankah berapa banyak orang-orang yang melanggar hak Allah tetapi mendapat pengampunan? Tetapi tidak pada orang-orang yang memperkosa hak mereka terhadap ibu bapa mereka. Allah SWT pasti tidak akan mengampuni dosa anak-anak yang menyakiti ibu bapa se-hingga ibu bapa sendiri yang memaafkannya.
Lihat pada cerita seorang sahabat Rasulullah yang bernama Alqamah. Ketika dia dalam sakaratul maut, Rasulullah hampir-hampir membakarnya kerana dia gagal mengucap kalimah tauhid pada saat itu. Setelah diselidiki ternyata Alqamah yang terkenal banyak sembahyang malam dan berpuasa itu telah gagal menunaikan haknya terhadap ibunya yang telah tua. Mujurlah dia kemudiannya mendapat kemaafan daripada ibunya.
Berlainan dengan apa yang te-lah berlaku kepada seorang dari umat Nabi Isa as. Di mana setiap hari pemuda itu memandi, memberi makan dan menjaga dua ekor babi. Bila ditanya kenapakah dia menjaga babi-babi yang najis itu de-ngan begitu kasih sayang sekali? Pemuda itu menjawab, kerana ke-dua-dua ekor babi itu adalah sebenarnya dua ibu bapanya yang telah melakukan sesuatu dosa yang menyebabkan dikutuk oleh Allah dan menjadi babi. Kerana menu-naikan hak anak terhadap kedua ibu bapa, pemuda itu telah memberi khidmatnya sehingga kerana itu telah memnyebabkan dia masuk syurga.
Pengorbanan kedua ibu bapa terhadap anak-anak tidak ada tolak bandingannya. Anak-anak dikan-dung oleh ibu dengan susah payahnya sebagaimana diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran surah Luqman ayat 14 bermaksud:
Dan Kami amanatkan kepada manusia (agar menghormati dan memuliakan) terhadap kedua ibu bapanya. Ibunya telah mengan-dungnya dalam keadaan lemah dan bertambah kesusahannya dan me-nyusuinya selama dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua ibubapamu, dan kepada-Kulah kembalimu.
Kemudian setelah besar mencapai usia remaja, ibu bapa memberi pelajaran secukupnya dengan harapan apabila benar-benar dewasa nanti akan menjadi manusia yang berilmu dan berguna di dalam masyarakat.
Kenapakah setelah kedua-dua ibubapanya mencapai usia tua dan sampai giliran mereka pula untuk menjadi beban kepada anak-anak, ada setengah daripada anak-anak yang tergamak memperlakukan kedua-dua ibu bapanya itu (atau salah seorang daripada) mereka dengan cara yang tidak sepatutnya?
Ada anak-anak yang menengking ibu mereka kerana melakukan sesuatu yang tidak berkenan di hati mereka. Mengapakah si anak tidak menghadapi telatah ibu mereka yang telah tua itu dengan tabah dan sabar? Sewajarnya anak-anak yang mula bosan terhadap telatah orang tua mereka membayangkan betapa susah dan payahnya kedua-dua ibu bapa mereka menjaga dirinya dan melayani telatah dan kerenahnya di zaman kanak-kanak?
Atau apakah si anak yang memperlihatkan sikap biadab terhadap ibu bapa mereka kerana ingin membalas dendam terhadap perbuatan yang dianggap kejam yang dilakukan oleh orang tua mereka terhadap mereka ketika masih kecil dahulu? Dan setelah mereka dewasa, mereka mahu membalas dendam pula? Alangkah malangnya ibu bapa yang mempunyai anak yang memiliki hati sebegini.
Apakah kerana perbuatan orang tua yang mahu mengajar anaknya agar setelah dewasa menjadi manusia yang berakhlak mulia dianggap telah menganiayainya dan bertindak kejam terhadap mereka? Sehingga mereka menunggu masa untuk membalas dendam setelah mereka dewasa dan ibu bapa mereka menjadi tua dan lemah? Alangkah kejamnya manusia ini.
Memang tidak dinafikan terhadap ibu bapa yang bertindak kejam terhadap anak-anak seperti melakukan penderaan yang menyeksakan sehingga boleh mengakibatkan kecederaan kepada si anak (dan sewajarnya ibu bapa sebegini menerima hukuman yang berat sesuai de-ngan perbuatan mereka terhadap anak mereka). Namun anak tetap dilarang untuk membalas perbuatan ibu bapa terhadap mereka itu. Dan anggaplah itu sebagai ujian ke atas diri mereka moga-moga dengan ujian yang seberat itu akan dibalas oleh Allah SWT dengan pahala yang berlipat kali ganda di akhirat nanti.
Walau bagaimanapun Allah SWT melarang keras sebarang tindakan yang boleh menyebabkan berlakunya penderhakaan terhadap ibu bapa. Tidak ada jalan untuk dijadikan alasan untuk membalas dendam terhadap ibu bapa. Sejahat-jahat ibu bapa masih tidak dapat untuk dibalasi jasa dan susah payah mereka terhadap anak-anak. Walaupun betapa kejamnya ibu bapa terhadap anak-anak, tetap akan membawa anak-anak ke hospital atau berjumpa bomoh untuk mengubati sakit si anak kalau si anak ditimpa sakit. Bukankah ini satu pengorbanan yang besar dan tergamakkah si anak apabila dewasa mahu bersikap kasar dan biadap terhadap orang-orang yang telah menjaga mereka itu ketika kecil dahulu?
Bagi orang-orang yang memahami nilai pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak, mereka sekali-kali tidak sanggup untuk menderhakai ibu bapa mereka sekalipun mereka telah diperlakukan dengan bermacam-macam kekejaman ketika kecil.
Justeru itu, jasa-jasa ibu bapa dianggap oleh Allah SWT sebagai satu amal yang nilainya cukup besar dan tidak boleh dipandang mudah oleh anak kandung sendiri. Manakala bagi anak-anak yang menganggap jasa-jasa ibu bapa tidak lebih daripada tanggungjawab bagi setiap orang yang menjadi ibu dan bapa akan dicap oleh Allah sebagai manusia yang tidak memiliki budi yang mulia dan tidak tahu menilai sesuatu yang dinamakan budi. Dari itu wajar sekali manusia jenis ini tidak mendapat keredhaan Allah dan tempatnya di akhirat nanti ialah di neraka.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."
memang lah sekarang budak2 tak tau perkatan,p'buatan cam ne yang dikira sebagai derhaka kat mak bapak....ni semua salah mak,bapak coz tak ajar anak dia apa yang ada dalam Al-quran...JANGAN LAH KAMU BERKATA UHH"....
tapi nak salah kat mak bapak dia tak leh gak...coz kena salah kat mak bapak kepada mak bapak dia gak...
betul tu kak zana.x sangka tahun ni cukup 7 thn mak & abah mninggalkan saya.emm sedihnya.Ya Allah rahmatilah ke dua ibu bapaku dan tempatkan mereka dikalangan soleh & solehah.
bagi mereka yg mempunyai mak & ayah perlu menghargainya.mcm saya ni selalu kerinduan sbb dah x ada mak & ayah.seronaknya bg mereka yg mempunyai keduanya
tu le zana, kadang sedih tengok mereka yg mengabaikan ibu bapa sendrik, sanggup tengking tengking mereka.. dah cam tadak beza dgn org org kafir tu.. mereka humban ibu bapa yg dah tua ke rumah org org tua, kita pun ada gak yg mengikut..
perkataan pun mahu jelas...sbb dr sekeciknya pun bleh jadi hal...
wallahualam..
MaNuSia aKaN BeRJaYa SeLaGiMaNa Dia LeTaKKan DiRiNYe DaLaM aGaMa.